Raja Jaafar bin Raja Aris
R. Jaafar | |
---|---|
Kelahiran | Raja Jaafar bin Raja Aris 1932[1] |
Meninggal dunia | 14 September 1996 Hospital Universiti, Petaling Jaya, Malaysia | (umur 63–64)
Sebab kematian | Serangan jantung dan penyakit paru-paru berair |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
Tahun aktif | 1969–1996 |
Pasangan | Aishah Abdullah |
Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar (1932 – 14 September 1996) merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul[2] di Ipoh, Perak.
Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kemudian Allahyarham menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Dian Bangsawan, Sentosa Opera dan Bintang Timur, yang kemudian membuka laluannya dalam bidang lakonan televisyen dan filem.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1967 | Darma Kesuma | Filem pertama | |
1969 | Keranda Jingga | Kuncu Kedua | |
1971 | Jangan Tinggal Daku | Pembaca Berita | Pelakon tambahan |
1972 | Dang Lenggang | ||
1973 | Satria | Kuncu Kinta | |
1978 | Gila-Gila | Jaafar | |
1979 | Panglima Badol | Kokok | |
Si Badol | Drebar Teksi | ||
1980 | Anak Tunggal | ||
1981 | Sumpah Semerah Padi | Langat | |
Si Luncai | Si Luncai | ||
1983 | Aku Yang Berhormat | ||
Sayang Ibu | |||
1984 | Pagar-Pagar Cinta | Mamat | |
1985 | Anak Niat | ||
Bujang Selamat | Pendekar Salim | ||
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | Yahya | |
1995 | Penyu | Chal | |
1996 | Super Star | ||
Suami, Isteri dan .....? | Filem terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Lain Tunang "Eh" Kawin Lain | ||
1993 | Perang Mertua | Ayah Azmi |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1975 | Bakat TV | Peserta | TV1 | bersama A. R. Badul |
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]R. Jaafar meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya pada 14 September 1996 akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.[3][4][5]
Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.[6][7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [R. Jaafar meninggal.
- ^ Pengalaman kahwin tujuh kali
- ^ "R. Jaafar meninggal dunia, Berita Harian, 14 September 1996.
- ^ "Pelakon R. Jaafar meninggal", Utusan Malaysia, 14 September 1996.
- ^ "Veteran actor R. Jaafar dies", New Straits Times, 14 September 1996.
- ^ "Jenazah pelakon R. Jaafar selamat dikebumikan", Berita Harian, 15 September 1996.
- ^ "R. Jaafar laid to rest", New Straits Times, 15 September 1996.