Pergi ke kandungan

Yahya Sulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yahya Sulong
Kelahiran1928 (1928)
Meninggal dunia6 Februari 2013 (berumur 84–85)
Sebab kematianPenyakit asma serta jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor
Nama lainPak Ya
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1961–2013
PasanganDatin Alisah Ali (k. 1978; m. 2013)
Anak-anak11

Datuk Yahya Sulong (1928 – 6 Februari 2013) juga dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak di Malaysia.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.

Selain menjadi anak seni, dia pernah bertugas sebagai anggota keselamatan selepas pentas bangsawan ditutup pada 1948. Untuk meneruskan sumber rezeki, dia menyertai pasukan polis dan bertugas di bahagian skuad hutan. Pak Ya bertugas pada zaman komunis di Balai Polis Ipoh, Perak.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Abu Nawas Filem pertama
1968 Ahmad Albab Kawan Mas'hud Al-Buaya
Miang-Miang Keladi Yahya
1971 Durjana Yahya
Asmara Kirana
Putus Sudah Kaseh Sayang Peniup Saksafon
1972 Anak Ku Suami Ku
1978 Gila-Gila Yahya
1979 Panglima Badol Pualam
Kisah Seorang Biduan Yahya
1980 Penyamun Tarbus Penjual Buah
Toyol Yahya
1981 Da Di Du Badi
Si Luncai Pak Malas
1983 Manis-Manis Sayang Budak Pejabat
1984 Talak Ramli
1985 Anak Niat
1989 Oh Fatimah Abu
1990 Janda Meletup Ketua Gangster
1999 Senario The Movie Pengunjung Funfair Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1989 Hikayat Hang Setia TV1

Bangsawan

[sunting | sunting sumber]
  • Laila Majnun
  • Batu Belah Batu Bertangkup

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Pernah bersama kumpulan 4 Serama dulu pernah menghasilkan album berjudul Rencah Ketawa Asam Pedas bersama Mek Habsah dan Osman Kering.

Lain-lain album yang dihasilkan Pak Ya ialah Oh Fatimah dan Apa Dah Jadi.

  • Setelah menderita mengalami penyakit asma serta jantung, Beliau telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang Rabu, 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan balunya, Alisah Ali pada usia 85 tahun.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]