Noran Nordin
Noran Nordin (1947 – 22 November 2004) ialah seorang pelakon filem Melayu arahan P. Ramlee.
Noran Nordin | |
---|---|
Kelahiran | 1947 |
Meninggal dunia | 22 November 2004 Terengganu, Malaysia | (umur 56–57)
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1966–1974 |
Terkenal kerana | Watak Ling dalam filem Do Re Mi |
Pasangan | Osman Maulud |
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Diusia muda ini, bakatnya sudah dikesan oleh seniman agung P. Ramlee ketika melakukan pementasan drama di sebuah sekolah di Ampangan Negeri Sembilan.
Beliau terkenal sebagai watak 'LING' iaitu isteri Re dalam filem Do Re Mi (1966) dan juga isteri Ibrahim Din dalam Anak Bapak (1968) terlebih dahulu telah berlakon dalam beberapa buah filem sebelum itu. Noran Nordin dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1947, mula bergerak aktif dalam bidang lakonan drama pentas diwaktu persekolahan beliau.
Ketika Noran baru berusia 14 tahun, P. Ramlee telah diundang sebagai juri dalam satu pementasan drama, beliau terpandang lakonan Noran ketika itu lantas tertarik hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh Noran. Selepas itu P. Ramlee telah menawarkan Noran untuk ujibakat di Singapura tetapi terpaksa ditolak, kerana masih bersekolah.
Pada tahun 1965, Noran yang ketika itu berusia 18 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur apabila ditawarkan watak tambahan oleh P. Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. Selepas itu, Noran Nordin terus ditawarkan untuk berlakon dalam filem Bumiputra (1965). Noran mula menjadi pelakon yang sering mumcul dalam filem filem keluaran Studio Merdeka.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Masam-Masam Manis (1965)
- Bumiputra (1965)
- Gadis Langkawi (1966)
- Do Re Mi (1966)
- Keluarga 69 (1967)
- Anak Bapak (1968)
- Lain Jalan Ka-Shorga (1968)
- Gemiris (1968)
- Kembang Layu (1968)
- Dr. Rushdi (1970)
- Perintah Seri Paduka (1970)
- Dosa Remaja (1973)
- Jantina (1974)
- Mastura (1974)
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Selain dari berlakon, Noran mempunyai bakat menyanyi. Pada hujung tahun 60an, Noran telah memasuki kugiran Dendang Remaja KL yang dipimpin oleh Osman Maulud. Kugiran ini kerap kali menjadi band undangan dalam beberapa buah filem di Studio Merdeka. Kalau dah jodoh tidak ke mana. Noran telah mendirikan rumahtangga dengan Osman Maulud dan mereka berhijrah ke Seberang Takir, Terengganu. Kedua suami isteri ini menetap di sana hingga ke akhir hayat mereka.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Noran Nordin meninggal dunia pada 22 November 2004 dalam usia 57 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.
Sumber:
[sunting | sunting sumber]Repair Gambar Lama
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
Berita Filem