Kanchan Tirana
Kanchan Tirana | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | P. Ramlee |
Dibintangi | |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1969 |
Masa tayangan | 102 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Kanchan Tirana ialah sebuah filem genre aksi Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1969. Filem ini telah diarahkan oleh P. Ramlee.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan hidup seorang pemuda Kanchan (Jins Shamsuddin). Sang Nila (Osman Botak), watak jahat dalam filem ini, telah bergelut dengan Kanchan dalam satu pertengkaran sehingga mengakibatkan Kanchan teruk di pukul oleh Sang Nila. Dengan kekalahan itu Kanchan berazam hendak menuntut ilmu dalam seni mempertahankan diri dari seorang pakar silat (P. Ramlee). Apabila tibanya masa Kanchan rasa dirinya cukup hebat dan berilmu dia ingin membalas dendam terhadap Sang Nila dan membela nasib orang-orang kampung yang teruk dibuli oleh Sang Nila.
Kanchan adalah anak yatim, dia tinggal bersama ibunya di kampung. Pada satu hari, Domba dan konco-konconya telah membuat huru hara di pekan dan Kanchan teruk dibelasah. Mereka mahu merosakkan ekonomi penduduk setempat supaya menolak pimpinan penghulu Darmaji.
Ibu Kanchan kesal kerana tidak membenarkan anak lelakinya mewarisi ilmu persilatan dari bapanya yang juga guru silat dan juga pendekar handal. Tetapi menemui ajal akibat diracun.
Dalam perjalanan Kanchan terpegun dengan kemahiran Tirana dalam mempertahankan diri dan sukarela menawarkan diri menjadi anak muridnya.
Tirana baru sahaja menetap di kampung itu tetapi disebabkan keengganan membayar duit kopi kepada orang suruhan Sahamboi maka dia kerap menjadi sasaran anak buah Sahamboi. Tetapi Tirana seorang pendekar yang hebat, tiada masalah dalam menewaskan anak buah Sahamboi.
Selepas memperkenalkan diri masing-masing, Tirana terkejut apabila mengetahui Kanchan itu anak kepada gurunya, Tri Buana. Sementara itu Tilani anak perempuan Sahamboi yang menentang keras perniagaan peras ugut ayahnya mula tertarik pada Tirana meskipun keliru pada awalnya dengan menyangkakan Kanchan itu adalah Tirana.
Dibawah asuhan Tirana, Kanchan di didik dan diberi pengajaran supaya tidak menyalahgunakan ilmu persilatan. Pada malam pertandingan beradu ilmu silat, Kanchan telah menewaskan satu demi satu anak buah Sahamboi bersaksikan Raja Muda dan penduduk kampung. Sebelum sempat mencabar Tirana, dia telah mati di tangan Kanchan yang berang dengan sikap mulut celupar Sahamboi.
Tilani yang kematian bapa telah menipu Tirana untuk diberi perlindungan di rumah mereka. Semasa hendak membunuh Kanchan, keris yang dihunusnya sebenarnya bukan keris asli. Tirana menerangkan kepada Tilani, siapa bapanya itu dan kenapa dia dibunuh oleh Kanchan.
Sebaik sahaja berlangsung majlis perkahwinan Tirana dan Tilani, si Kanchan pun tamat perguruan dan kembali ke kampung untuk menuntut bela.
Penghulu Darmaji telah digulingkan oleh Domba hasil arahan bapanya, Sang Nila yang mahukan jawatan Penghulu untuk memerintah. Isteri penghulu terkorban, mujur Darmaji dan anaknya, Cempaka (Norlia Ghani) bersembunyi di rumah Kanchan.
Sang Nila memperkenalkan peraturan baru dengan mengutip cukai sebulan sekali berbanding setahun sekali. Akan tetapi, rancangan jahatnya itu digagalkan oleh Kanchan.
Selepas penghulu Darmaji menjadi penghulu semula, Kanchan berkahwin dengan Cempaka.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Pendekar Tirana
- Sarimah sebagai Tilani
- Jins Shamsuddin sebagai Kanchan
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Dadida sebagai Pendekar Sahamboi
- Minah Hashim sebagai isteri Pendekar Sahamboi
- Idris Hashim sebagai Tok Penghulu Darmaji
- Osman Botak sebagai Sang Nila
- Tony Azman sebagai Domba
- Tamam Idris sebagai kawan Domba
- Kamal Idris sebagai kawan Domba
- Rohaya Rahman sebagai Ibu Kanchan
- Ismail Mahmud sebagai Raja Muda
- Norlia Ghani sebagai Cempaka (anak tok Penghulu Darmaji)
- Yusof Bujang sebagai Apek
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Abdul Kadir Mamat @ Pak Kadir sebagai Penjahat
Trivia
[sunting | sunting sumber]Filem ini merupakan penampilan sulung Norlia Ghani di layar perak.