Pergi ke kandungan

Teh Faridah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teh Faridah Ahmed Norizan merupakan pelakon yang dikenali di Malaysia lewat tahun 70 an dan awal 80 an. Filem pertama beliau yang berjudul Dendang Perantau bergandingan bersama Latif Ibrahim dan Uji Rashid merupakan filem sulung dalam sejarah kariernya sebagai seorang pelakon.Filem tersebut dilancarkan pada tahun 1979.

Sebelum bergelar seorang pelakon, beliau telah menempa nama sebagai seorang wanita cantik di Perak apabila dinobatkan sebagai Miss Perak pada tahun 1976 seterusnya mewakili Perak untuk pertandingan Miss Malaysia pada tahun yang sama. Nasib serta tuah menyebelahi beliau apabila telah memenangi pertandingan tersebut seterusnya mewakili negara di acara kecantikan di Miss Universe 1976 di Hong Kong. Namun demikian, beliau hanya mampu bertahan di peringkat awal. Selepas pertandingan berakhir, Faridah telah memutuskan untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.