Sabarudin Tukang Kasut
Penampilan
(Dilencongkan daripada Sabaruddin Tukang Kasut)
Sabarudin Tukang Kasut | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee |
Dibintangi | P. Ramlee Saloma |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sabarudin Tukang Kasut merupakan sebuah filem fantasi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Sabarudin Tukang Kasut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem imi mempunyai persaman dengan cerita Aladdin.
Filem Sabarudin Tukang Kasut diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 31 Mei 1966.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]- Kisah mengenai Sabarudin yang bekerja sebagai Tukang Kasut dan mempunyai isteri yang bermain kayu tiga. Sabarudin seorang yang miskin tapi mempunyai hati yang mulia. Pelbagai liku hidup terpaksa ditempuhi antaranya difitnah oleh Halobayah sehingga dia dihalau dari kampung halaman dan bertemu dengan seorang rakan lama iaitu Putar Alam Syah. Di sinilah Sabarudin bertemu dengan Tuan Puteri dan atas nasihat rakannya itu dia telah menggunakan helahnya dengan mengatakan dia adalah seorang putera raja dan berjaya mengahwini Tuan Puteri. Setelah Sabaruddin menjadi menantu raja, dia selalu memberi sedekah kepada fakir miskin seluruh kota dengan menggunakan harta kerajaan. Kejayaan Sabaruddin itu telah mendatangkan rasa iri hati kepada Memanda Menteri sehingga timbul konflik antara dia dan Sabarudin menyebabkan Sabarudin terdampar jauh di padang pasir. Di sini Sabarudin telah bertemu dengan seorang wali dan diberikan hadiah berupa cincin diatas ketulusan hatinya bersedekah menggunakan harta kerajaan. Setelah pulang ke kota, Sabarudin bertemu dengan Menteri dan berjaya mengalahkannya dan seterusnya mendapatkan kembali Tuan Puteri.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Idris Hashim sebagai Putar Alam Syah
- Raden Sudiro sebagai Sultan
- Mahmud Jun sebagai Memanda Wazir, Menteri
- Jamal Kerdil sebagai Jin Afrit
- Ibrahim Din sebagai Ahmad Tipulizam
- Jah Ismail sebagai Halobayah, isteri Sabarudin
- Sanidy Ismail sebagai Malaon
- Ahmad Dadida sebagai Tok Kadi
- Sharif Babu sebagai Tuan Kedai
- Pak Yem
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Sabar"
- "Gelang Suasa"
- "Bahagi"
- "Awan Mendong Telah Tiba"
- "Sri Bulan"