Semalam Di Malaysia
Semalam Di Malaysia | |
---|---|
Pengarah | Nico Pelamonia |
Penulis | Asrul Sani Sitor Situmorang |
Dihasilkan oleh | Tuti Mutia Runme Shaw |
Dibintangi | Sam Bimbo Kusno Soedjarwadi Rina Hasyim Nozie Nani Aedy Moward Tina Melinda Mang Udel Frank Rorimpandey Sri Harto Sarifah Nora Lin Parlina |
Sinematografi | Warna |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1975 |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Semalam Di Malaysia merupakan sebuah filem drama Indonesia 1975. Filem Semalam Di Malaysia diterbitkan dalam bentuk berwarna. Filem ini satu-satunya filem dalam Bahasa Indonesia dan dilakonkan oleh semua pelakon dari Indonesia serta lokasi pengambaran juga dijalankan di negara Indonesia, Malaysia.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Victor Abdullah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Victor telah berkenalan dengan Sandra seorang mahasiswa yang ketika itu sedang mengadakan pertunjukan di Indonesia.
Sandra sempat memberitahu latar belakang kekasihnya kepada pembantu rumahnya, Ruminah. Dia menceritakan tentang Victor yang telah terpisah dengan ibu dan adik perempuannya kerana kapal dagangannya telah karam dan terkandas di laut Malaysia beberapa tahun dahulu. Nama asalnya semasa kecil adalah Jarot. Ruminah tergamam dan teringat semula kisah silamnya, anak lelakinya Jarot dan ayahnya, Marto telah menaiki kapal dagangan tersebut. Sebelum meninggalkan Ruminah, Marto sempat menamakan jika anak yang akan dilahirkan adalah seorang perempuan, nama yang dipilih Marto ialah Salmah. Jika yang lahir seorang lelaki, Ruminah berhak menamakan anak tersebut. Beberapa bulan selepas itu, Ruminah selamat melahirkan seorang anak perempuan dan menamakannya Salmah. Selepas sekian lama menunggu, kedua-dua beranak tersebut masih tidak pulang dari laut. Ruminah dan Salmah yang masih bayi berjumpa dengan juragan kapal Salim untuk bertanyakan khabar tentang keadaan suami dan anak lelakinya. Salim memberitahu, kapal dagangan tersebut mengalami kemalangan dan tiada seorang yang terselamat. Ketika Ruminah berjalan kaki melalui di hadapan rumah seorang kaya di kota Jakarta. Orang kaya tersebut bersimpati dengannya dan beliau telah menawarkan pekerjaan kepada Ruminah. Mereka sangat berkenaan dengan Salmah memandangkan isteri orang kaya tersebut seorang yang mandul. Ruminah diarahkan untuk merahsiakan hubungan dia dengan Salmah. Mereka telah menukarkan nama bayi tersebut kepada Sandra. Beberapa tahun kemudian, Sandra sudah dewasa dan dia sangat rapat dengan pembantu rumahnya. Ruminah teringin untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada Sandra tetapi tidak terdaya.
Sementara itu Marto juga telah terpisah dengan Jarot diatas kemalangan tersebut. Marto sebenarnya terselamat walaupun terkandas beberapa hari di lautan. Dia dibantu oleh sebuah perahu tetapi anaknya, Jarot disahkan telah hilang dan berkemungkinan telah terkorban. Marto menyalahkan alam dan laut adalah punca kecelakaan ini bukan salahnya sendiri. Pada suatu malam, Victor dan Sandra telah mengadakan persembahan nyanyian di kota Jakarta. Keesokan harinya, Victor telah datang ke rumah Sandra untuk berkenalan dengan keluarga Sandra. Sandra juga memperkenalkan Ruminah kepada Victor. Ruminah kian terseksa batinnya apabila melihat kesan parut luka di pergelangan tangan kanan Victor. Itulah kesan parut luka Jarot semasa dia kecil dahulu.
Victor diwawancara oleh wartawan dan dia telah menceritakan latar belakangnya dan mengesahkan dia bukan rakyat Malaysia tetapi adalah rakyat Indonesia dan dibesarkan di Malaysia selepas kemalangan tersebut. Victor memberitahu nama kedua orang ibu bapanya iaitu Marto seorang nakhoda perahu dan Ruminah ibunya. Dengan bantuan informasi dari televisyen, Marto ditemani rakan-rakannya bergegas untuk berjumpa dengan Victor di kantor penyiaran tetapi itu adalah rakaman 3 hari yang lepas. Marto sungguh kecewa. Sementara itu, Ruminah merayu kepada orang kaya agar jangan mengahwinkan antara Sandra dengan Victor. Kerana Victor adalah abang kandungnya Sandra. Orang kaya kebingungan apabila mendengar kisah silam Ruminah. Ruminah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah orang kaya sebelum Sandra berkahwin. Ruminah mengarahkan Sandra agar tidak berkahwin dengan Victor. Sandra telah berkasar dengan Ruminah sehingga orang kaya menampar mukanya. Ruminah juga telah dikasari oleh Sandra sehingga Ruminah cedera parah. Sandra yang terlalu kecewa telah berjumpa Victor di hotel untuk mengajaknya bernikah dengan kadar segera. Dengan bantuan informasi dari surat khabar, Marto tiba di hotel tersebut untuk membuktikan yang dia ayah kandungnya Victor. Ibu dan ayah angkat Victor mengizinkan. Victor bersyukur kerana dipertemukan dengan ayahnya yang terpisah selama 20 tahun. Orang kaya juga tiba di hotel tersebut dan memujuk Sandra pulang ke rumah memandangkan Ruminah sedang nazak akibat kemalangan tersebut. Victor dan Marto juga pergi menziarahi Ruminah. Ruminah sangat gembira kerana dipertemukan semula dengan Marto dan Jarot. Marto juga dipertemukan dengan Salmah. Baharu itulah mereka mengetahui cerita sebenarnya yang mereka adalah sekeluarga sedarah sedaging. Ruminah akhirnya menghembuskan nafasnya terakhir disisi Marto, Jarot, Salmah dan ahli-ahli keluarganya lain.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh Nico Pelamonia pada tahun 1975 di bawah syarikat penerbitan Merdeka Film Productions.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Indonesia 1976
- Pelakon Wanita Terbaik: Rina Hasyim
- Pengarah Terbaik: Nico Pelamonia