Chengkaman Maut
Chengkaman Maut | |
---|---|
Pengarah | S. Sudarmaji |
Dibintangi | Ed Osmera Hussein Abu Hassan Artini Dahlan Dinda Sumanteri |
Sinematografi | Hitam Putih |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1972 |
Masa tayangan | 100 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Chengkaman Maut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1972.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Chengkaman Maut diarah oleh pengarah S. Sudarmaji
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Putra yang baru kematian kedua ibu bapanya mengembara untuk mencari pembunuh ayah dan ibunya. Di dalam perjalanannya, Putra telah membantu Tini dan ibunya daripada di serang oleh samseng di sebuah kampung. Sebagai membalas jasa Putra, ibu Tini membawa Putra menumpang tinggal di rumah adiknya.
Mamat dan kuncu-kuncunya sering membuat kekacauan dan huruhara di kampung itu. Orang kuat Mamat iaitu Tikun selalu menindas penduduk kampung sehinggakan mereka hidup di dalam ketakutan. Mamat mengajak Puta menyertai kumpulannya tapi tidak diendahkan oleh Putra. Mamat telah berjaya menyogok wang kepada Kepala Desa sehingga dia telah berpihak kepadanya. Kehidupan masyarakat kampung bertambah sengsara kerana Kepala Kampung selalu mengadili masalah yang timbul dengan tidak adil dan saksama.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Ed Osmera sebagai Putra
- Hussein Abu Hassan sebagai Mamat / Mat Tedung
- Artini Dahlan sebagai Tini
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Dinda Sumanteri sebagai Tikun
- Ahmad B sebagai Sukri (Ayah Tini)
- Rohaya Rahman sebagai Ibu Tini
- Osman Botak sebagai Kepala Desa