Pergi ke kandungan

Terier Staffordshire Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Staffordshire Amerika
(2) Ch Rowdytowns Hardrock Cafe - AmStaff.jpg
Terier Staffordshire Amerika dalam pertunjukan anjing
Nama ringkas
  • AmStaff
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat kira-kira 50–80 lb (23–36 kg)
Tinggi 16.9–18.8 in (43–48 cm)[1]
Bulu licin
Warna hitam, perang kekuning-kuningan, merah, putih, biru, padu, sebahagian atau bertompok, brindle
(putih menyeluruh, putih 80%+, hitam dan sawo matang, dan warna hati tidak digalakkan). Mesti mempunyai hidung hitam dan bukan merah. Perhatikan bahawa tiada "amstaff hidung biru" atau amstaff berwarna merle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Staffordshire Amerika,[a] juga dikenali sebagai amstaff, ialah satu baka anjing berbulu pendek dan bersaiz sederhana Amerika Syarikat[2][3][4][5] yang diiktiraf oleh American Kennel Club, tetapi tidak oleh United Kennel Club, yang sebaliknya mengizinkan agar terier Staffordshire Amerika didaftarkan di bawah baka pitbulterier Amerika.[6]

Ketinggian terier Staffordshire Amerika ialah 18–19 inci (46–48 cm) dan beratnya ialah 40–70 paun (18–32 kg).[2] American Kennel Club (AKC) memerihalkan baka ini sebagai anjing "yakin, pintar, dan bersifat baik". Terier Staffordshire Amerika tidak patut dikelirukan dengan pitbulterier Amerika. Walaupun pitbulterier Amerika mempunyai keleluhuran serupa, kedua-duanya merupakan baka berasingan. Ia juga tidak patut dikelirukan dengan "staffy" bulterier Staffordshire dari United Kingdom.[2]

Salah seekor juara AKC terawal

Sesetengah keragaman bull-and-terrier dari Kepulauan British mula menemukan jalan ke Amerika[2] seawal tahun 1850. Nama Staffordshire Terrier ("terier Staffordshire") diluluskan kerana leluhur baka ini berasal dari Staffordshire, England. Nama baka ini disemak semula pada 1 Januari 1969 kepada American Staffordshire Terrier ("terier Staffordshire Amerika") untuk membezakannya daripada bulterier Staffordshire British yang merupakan jenis anjing pertunjukan baka tulen yang sama sekali berbeza yang diiktiraf di England pada tahun 1935.[7][8][9][10][11]

AKC membuka Buku Pembaka amstaff kepada anjing UKC beberapa kali lagi sehingga tahun 1970-an. Sejak itu, kedua-dua induk perlu didaftarkan dengan AKC untuk mendaftarkan anak. Pemilihan baka didasarkan sepenuhnya pada pengakuran dan piawaian baka mantap yang, selama beberapa dekad, telah mengubah terier Staffordshire Amerika menjadi baka jauh berbeza daripada pitbulterier Amerika.[9][11]

Menurut American Kennel Club, anjing ini ialah "pendamping pintar, yakin, dan baik hati. Keberaniannya terkenal. AmStaff yang dibiakbakakan secara bertanggungjawab dan tersosialisasi dengan baik ialah sahabat yang setia dan boleh dipercayai hingga ke akhirnya."[2]

Seekor juara pengakuran tahun 1990-an
Terier Staffordshire Amerika jantan putih dan brindle

Menurut piawaian baka terbitan AKC yang diluluskan pada 10 Jun 1936, "Terier Staffordshire Amerika patut memberikan kesan kekuatan hebat untuk saiznya, anjing yang tersusun dengan baik, berotot, tetapi tangkas dan anggun, sangat bersemangat terhadap sekelilingnya. Ia patut berbadan besar, tidak bertungkai panjang, atau kuat dari segi garis luar. Keberaniannya terkenal." Kepalanya patut sederhana panjang dengan tengkorak lebar, stop jelas, dan otot jelas di pipi. Telinganya patut terletak tinggi-tinggi di atas kepalanya dan dapat dipotong atau tidak dipotong, tetapi telinga tidak terpotong lebih diutamakan. Ketinggian dan berat patut berperkadaran. Ketinggian kira-kira 18–19 inci (46–48 cm) pada paras bahu untuk jantan dan 17–18 inci (43–46 cm) untuk betina dianggap lebih diutamakan. Hidungnya patut sentiasa hitam. Banyak warna lapis bulu diterima. Walau bagaimanapun, anjing dengan lapis bulu hati atau hitam dan sawo matang dan anjing dengan lebih daripada 80% putih tidak digalakkan.[12][2]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Terier Staffordshire Amerika brindle biru betina

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[13]

Baka ini cenderung terhadap penyakit kulit alahan dan demodikosis.[14] Sebuah kajian Amerika mendapati bahawa 20% terier Staffordshire Amerika juvenil (berusia kurang daripada dua tahun) menderitai demodikosis berbanding dengan 0.58% secara keseluruhan.[15]

Sebuah kajian Amerika Utara terhadap 1,000,000 imbasan pinggul dan 250,000 imbasan siku mendapati bahawa 24.4% daripada populasi terier Staffordshire Amerika menghidap displasia pinggul dan 16.1% menghidap displasia siku.[16] Sebuah lagi kajian Amerika Utara mendapati bahawa 1.84% daripada populasi terier Staffordshire Amerika menghidap keadaan ini, separuh daripada kadar keseluruhan sebanyak 3.52%.[17]

Perundangan dan sekatan spesifik baka

[sunting | sunting sumber]

Di seluruh dunia, terier Staffordshire Amerika telah kerap disertakan dalam larangan baka yang menyasarkan anjing jenis pitbul dan/atau baka anjing laga. Perundangan spesifik baka (BSL) sedemikian mungkin terdiri daripada larangan langsung ke atas pemilikan kepada sekatan dan syarat pemilikan. Perundangan spesifik baka telah digubal di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat,[18] di Perancis,[19] di Australia,[20] di Austria,[21] di Kanada,[22] di Denmark,[23] di Jerman,[24] di Kanpur,[25] di Ireland,[26] di Norway,[27] di Turki,[28] dan di Malaysia.[29]

Kepopularan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, baka ini ialah baka anjing kelapan paling popular menurut Australian National Kennel Council.[30] Menurut Société Centrale Canine, ia merupakan anjing keenam paling popular di Perancis.[31] Menurut American Kennel Club pula, ia merupakan anjing ke-85 paling popular pada tahun 2020.[32]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تيريئر ستافوردشير اميريکا; bahasa Inggeris: American Staffordshire terrier
  1. ^ "FCI-Standard N° 286 AMERICAN STAFFORDSHIRE TERRIER" [Piawaian FCI No. 286 Terier Staffordshire Amerika] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 1 Disember 1997. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e f "American Staffordshire Bull Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Bulterier Staffordshire Amerika]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2005. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ Campbell, Dana M. (Julai–Ogos 2009). "Pit Bull Bans: The State of Breed–Specific Legislation" [Larangan Pitbul: Keadaan Perundangan Spesifik Baka]. GPSolo Magazine (dalam bahasa Inggeris). Jil. 26 no. 5. American Bar Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2009. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ "Frequently Asked Questions" [Soalan Lazim]. Pit Bull Rescue Central (dalam bahasa Inggeris). Pit Bull Rescue Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2015. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  5. ^ "The Truth about Pitbulls" [Kebenaran tentang Pitbul]. American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015.
  6. ^ UKC APPLICATION FOR AMERICAN PIT BULL TERRIER SINGLE REGISTRATION [PERMOHONAN UKC UNTUK PENDAFTARAN TUNGGAL PITBULTERIER AMERIKA] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), United Kennel Club, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Jun 2022, dicapai pada 24 Januari 2024
  7. ^ Frome, Jane Hogg (13 Mac 2012). Staffordshire Bull Terrier: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Bulterier Staffordshire: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593789879. OCLC 798535371.
  8. ^ Smith, Alison; Taylor, David (2009). Staffordshire Bull Terrier: An Owner's Guide [Bulterier Staffordshire: Panduan Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: HarperCollins. ISBN 9780007274284. OCLC 263294093.
  9. ^ a b Stahlkuppe, Joe (Mei 2013). The American Pit Bull Terrier Handbook [Buku Panduan Pitbulterier Amerika] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9781438081410. OCLC 1285475663.
  10. ^ "A Breed That Came Up the Hard Way" [Baka yang Bangkit dengan Cara Susah]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 19 September 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2017. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  11. ^ a b Zaurisio, Neylor (16 Mei 2019). "The so-called "modern" bloodlines" [Susur galur yang kononnya "moden"]. Medium (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  12. ^ "American Staffordshire Terrier Standard" [Piawaian Terier Staffordshire Amerika] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Disember 2014. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  13. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  14. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
  15. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (12 Ogos 2010). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile-onset generalized demodicosis in the USA" [Kajian kes kawalan tentang faktor-faktor risiko untuk demodikosis menyeluruh permulaan juvenil anjing di Amerika Syarikat]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 1365-3164. PMID 20707860. S2CID 42496439.
  16. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. G.; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan J. (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111.
  17. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
  18. ^ Walden, Charlotte A. (2012). "Overview of Breed Specific Legislation (BSL) Ordinances" [Gambaran Keseluruhan Ordinan Perundangan Spesifik Baka]. Animal Legal & Historical Center (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  19. ^ "Avoir un chien susceptible d'être dangereux : quelles sont les règles ?" [Mempunyai anjing yang mungkin berbahaya: apakah peraturannya?]. www.service-public.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  20. ^ Australian Veterinary Association. "Breed-specific legislation" [Perundangan spesifik baka]. www.ava.com.au (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  21. ^ "Allgemeines zur Haltung von Listenhunden ("Kampfhunden")" [Maklumat umum tentang pembelaan anjing tersenarai ("anjing laga")]. oesterreich.gv.at - Österreichs digitales Amt (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  22. ^ "Information on The Dog Owners' Liability Act and Public Safety Related to Dogs Statute Law Amendment Act, 2005 – Ministry of the Attorney General" [Maklumat tentang Akta Liabiliti Pemilik Anjing dan Keselamatan Awam Berkaitan dengan Akta Pindaan Undang-undang Statut Anjing, 2005 – Kementerian Peguam Negara]. www.attorneygeneral.jus.gov.on.ca (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  23. ^ Bekendtgørelse af lov om hunde [Pengumuman undang-undang anjing] (dalam bahasa Denmark), Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan, 3 Februari 2021, dicapai pada 16 Mac 2024
  24. ^ "Dangerous dogs" [Anjing berbahaya]. www.zoll.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  25. ^ "Kanpur bans rearing of pitbull, rottweiler dog breeds within city limits" [Kanpur larang penternakan baka anjing pitbul, rottweiler di dalam had bandar raya]. The Economic Times (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2024.
  26. ^ Book (eISB), electronic Irish Statute. "electronic Irish Statute Book (eISB)" [Buku Statut Ireland elektronik (eISB)]. www.irishstatutebook.ie (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  27. ^ "Forskrift om hunder - Lovdata" [Arahan tentang anjing - Data perundangan]. lovdata.no (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  28. ^ "Tehlike Arz Eden Hayvanlara İlişkin Genelge" [Arahan tentang Haiwan Berbahaya] (dalam bahasa Turki). Kementerian Pertanian dan Perhutanan. 9 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  29. ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (pdf). Putrajaya, Malaysia: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. 2019. m/s. 29. Dicapai pada 15 Jun 2024.
  30. ^ "What are the top 10 dog breeds in Australia 2017? Here's a list" [Apakah 10 baka anjing teratas di Australia 2017? Ini senarai]. www.news.com.au (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  31. ^ "Le chien de race en 2018 : Bousculades dans le Top 20 du LOF" [Anjing baka tulen pada 2018: Rempuhan dalam senarai 20 teratas LOF]. www.centrale-canine.fr (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  32. ^ "The most popular dog breeds in America" [Baka anjing paling popular di Amerika]. www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Beyond the Myth: A Film About Pit Bulls and Breed Discrimination (dalam bahasa Inggeris), 2010, Libby Sherrill; IMDb 1993286
  • Foster, Sarah (8 Disember 1998). The American Staffordshire Terrier: Gamester and Guardian [Terier Staffordshire Amerika: Pemain dan Penjaga] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876050033. OCLC 1052716164.
  • Fraser, Jacqueline L. (1990). Jonas, Mary Garland (penyunting). The American Staffordshire Terrier [Terier Staffordshire Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Disusun oleh R. Annabel Rathman dan William Watson Denlinger. Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. ISBN 9780877141341. OCLC 20490081.
  • Janish, Joseph (2004). American Staffordshire Terrier: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Terier Staffordshire Amerika: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593782481. OCLC 57370713.
  • Linzy, Jan (Februari 1998). American Staffordshire Terrier Champions: 1988 - 1995 [Terier Staffordshire Amerika Juara: 1988–1995] (dalam bahasa Inggeris). Incline Village, Nevada, Amerika Syarikat: Camino E E & Book Co. ISBN 9781558930544. OCLC 71946249.
  • Linzy, Jan (28 Oktober 2002). American Staffordshire Terrier Champions: 1996 - 2001 [Terier Staffordshire Amerika Juara: 1996–2001] (dalam bahasa Inggeris). Incline Village, Nevada, Amerika Syarikat: Camino E E & Book Co. ISBN 9781558931022. OCLC 71934855.
  • Nicholas, Anna Katherine (1991). The Staffordshire Terriers: American Staffordshire Terrier and Staffordshire Bull Terrier [Terier Staffordshire: Terier Staffordshire Amerika dan Bulterier Staffordshire] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866226370. OCLC 24883500.
  • Off the Chain (dalam bahasa Inggeris), 2005, Bobby J. Brown; IMDb 0472478.
  • Ormsby, Clifford & Alberta. The American Staffordshire Terrier (dalam bahasa Inggeris), 1956

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]