Smoushond Belanda
Nama lain | Anjing pemburu tikus Belanda | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belanda | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Smoushond Belanda[a] ialah satu baka anjing kecil yang berkaitan dengan jenis pincer dan schnauzer yang dibela di kandang kuda untuk membasmi tikus dan mencit di Jerman dan di Belanda. Ia sangat jarang dan tidak begitu terkenal di luar Belanda, tanah airnya.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Smoushond Belanda bersaiz kecil, dengan berat maksimum 10 kg (22 lb) dan ketinggian 43 cm (17 in) pada paras kelasa. Lapis bulu kalis airnya adalah kasar dan berjumbai dan mempunyai sebarang cahaya warna kuning. Rupa bentuk kepala khususnya adalah lebar dan pendek, dengan telinga labuh yang terletak tinggi-tinggi di atas kepala.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hollandse Smoushond Club (Smoushondenclub) dibentuk pada tahun 1905 untuk mendokumenkan dan mendaftarkan anjing kandang kuda kecil ini sebagai baka tulen, kerana ia berada dalam bahaya kepupusan. Asal usulnya mungkin terletak pada leluhur baka schnauzer dengan warna kuning salah. Namanya merujuk bulu dan muka berjumbai, kerana lelaki Yahudi (dipanggil smouzen pada tahun 1800-an, cemuhan yang diterbitkan daripada nama Moses (Musa)[2]) mempunyai janggut dan rambut panjang. Ia dipanggil "Belanda" untuk mengelakkan kekeliruan dengan grifon Brussel yang serupa. Semasa Perang Dunia Kedua, baka ini hampir lenyap. Pada tahun 1973, beberapa orang pembiak baka mula membangunkan baka ini semula dengan beberapa ekor anjing yang tersisa,[3] yang kebanyakannya telah dibiakbakakan secara bersilang dengan baka-baka lain. Kebanyakan pembangunan semula dicapai dengan penggunaan silangan terier sempadan.[4] Terdapat rujukan berilustrasi tentang baka ini dalam buku popular tahun 1996 daripada seniman Belanda Rien Poortvliet, "Dogs".
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Walaupun popular di Belanda, baka ini tidak cukup terkenal di tempat lain di dunia. Ia diiktiraf pada tahun 2001 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan ditempatkan dalam Kumpulan 2, Seksyen 1: Pincer dan Schnauzer, Seksyen 1.3 Smoushond.[5] Antara kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris, ia diiktiraf hanya oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat (dikelaskan dalam Kumpulan Terier-nya). Ia juga boleh didapati disenaraikan oleh sesetengah pejabat pendaftaran kecil berdasarkan Internet dan pejabat perniagaan pendaftaran anjing sebagai "baka jarang".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: سماءوسهون بلندا , Sebutan bahasa Melayu: [s(ə)maushɔn]; Belanda: Hollandse smoushond ; bahasa Inggeris: Dutch smoushond
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FCI-Standard N° 308 DUTCH SMOUSHOND (Hollandse Smoushond)" [Piawaian FCI No. 308 Smoushond Belanda] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Hollandse Smoushonden Club. Diluluskan oleh Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland pada 2 Jun 2010. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 16 Mac 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ Wiktionary: 'smous' (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "United Kennel Club: Dutch Smoushond" [United Kennel Club: Smoushond Belanda] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Hollandse Smoushond Club (dalam bahasa Belanda) Diarkibkan 18 September 2009 di Wayback Machine
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 2 : Pinscher and Schnauzer - Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 2: Pincer dan Schnauzer - Molossoid dan Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 18 Januari 2024.