Pergi ke kandungan

Hillman Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hillman Wales
Negara asalWales
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Hillman Wales (bahasa Inggeris: Welsh hillman) ialah satu baka atau jenis anjing gembala Wales purba, digunakan untuk penggembalaan dan penggiringan. Baka ini disangkakan telah pupus pada sekitar 1990.

Hillman disangkakan telah diturunkan daripada anjing gembala Wales purba.[1] Ia mungkin merupakan anjing gembala Wales paling lama,[2] dan mungkin merupakan keturunan gellgi lama atau "anjing pemburu serigala Wales" yang digunakan pada sekitar seribu tahun lalu.[3] Sesetengah sumber, tanpa sebarang bukti jelas, mencadangkan bahawa ia dibiakbakakan bersilang dengan anjing serupa yang terlihat di Afrika Utara.[4]

Ia merupaka anjing besar tetapi renceng, ssehingga kira-kira 25 in (64 cm) ketinggiannya, dan diperihalkan "pantas dan tidak takut", dengan penampilan seperti anjing gembala Jerman yang berbinaan lebih ringan.[2] Telinganya mencucuk. Bulunya biasanya berwarna perang kekuning-kuningan pucat, perang muda atau merah-emas[5][2] dengan pelana hitam, dada putih, putih pada kaki dan hujung ekor dan takik pada muka.[1] Anjing merle biru juga terlihat kadang-kadang.

Baka ini adalah tidak kerap pada zaman moden. C L B Hubbard, mengarang pada 1948, memerihalkannya "hampir pupus" dan "hampir tidak terlihat langsung bekerja kini."[3] Hillman Wales terakhir yang dikenali, Jess, dibeli pada 1974 dari sebuah ladang bukit dekat dengan Hay-on-Wye oleh pengarang dan penyiar Jeanine McMullen, dan malangnya dikembiri sebelum pemiliknya menyedari kejarangannya.[1][5]

  1. ^ a b c Carpenter, B. The Shepherd's Dogge, Musim Luruh 1994: lihat Welsh Sheep Dog Diarkibkan 2013-02-07 di Wayback Machine, The Border Collie Museum Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "carpenter" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c Wildhagen, P. History of the Australian Shepherd Diarkibkan 2012-02-17 di Wayback Machine, ASCA Yearbook, 1977 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "wildhagen" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Hubbard, C L B. Dogs In Britain, Macmillan, 1948
  4. ^ Seis, C. Working Dogs: Training for Sheep and Cattle, Elsevier, 1996, ms. 11
  5. ^ a b McMullen, J. A Small Country Living Goes On, W W Norton, 1991, ms. 137 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "mcmullen" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza