Taman Asuhan Tunas Islam
Taman Asuhan Tunas Insan atau TASTI merupakan sebuah pusat jagaan kanak-kanak milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan TASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia. TASTI menempatkan bayi berusia 2 bulan hingga 4 tahun, dibangunkan sebagai sistem sokongan utama untuk ibu bapa bekerjaya memastikan cahaya mata mereka mendapat pendidikan awal kanak-kanak berteraskan iman, Islam dan ihsan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah sebelum diasuh di peringkat pra sekolah.
Sejarah Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Cetusan untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak ini merupakan usul yang dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, ia mula beroperasi pada tahun 2016. Negeri Kedah dipilih sebagai negeri perintis untuk TASTI.[1]