Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abdul Rahman SSMZ (Terengganu) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Timbalan | Din Adam |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi N11 Seberang Takir | |
Dalam jawatan 9 Mac 2008 – 30 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Shapian Ali |
Digantikan oleh | Khazan Che Mat |
Majoriti | 1,884 (PRU-14) 1,510 (PRU-13) 2,430 (PRU-12) |
Menteri Besar Terengganu | |
Dalam jawatan 13 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | Ahmad Said |
Digantikan oleh | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu | 7 November 1965
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | To' Puan Seri Hajah Halina Zakaria |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Guru |
Laman web | http://ybrazif.blogspot.com/ |
Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman (lahir 7 November 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (2014-2018) dan mantan ADUN Seberang Takir selama tiga penggal (2008-2023).
Pilihan Raya Umum ke-13
[sunting | sunting sumber]Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya mengekalkan kerusi yang disandang di DUN Seberang Takir selepas menang dengan mendapat 9,340 undi mengalahkan calon PAS, Mohd Fazil Wahab (7,456 undi) dan calon PKR, Abu Bakar Abdullah (939 undi).
Menteri Besar Terengganu ke-14
[sunting | sunting sumber]Pelantikan Ahmad Razif telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9.18 malam, 13 Mei 2013.
Pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
Krisis Politik Terengganu 2013
[sunting | sunting sumber]Pada awal perlantikan beliau berlaku krisis politik Terengganu di mana ia berlaku apabila 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas dan antara yang keluar sementara menjadi ADUN Bebas ialah ADUN Bukit Besi, ADUN Ajil dan ADUN Kijal. Keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu hampir-hampir tumbang.
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 27 April 2014 dan telah ditarik balik gelaran tersebut pada 22 April 2016.[1]
Pada 8 Disember 2016, beliau telah dikurniakan kembali Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri setelah Tuanku Mizan mengampuni perkenan mengurniakan semula darjah kebesaran tersebut.[2]
Transformasi Terengganu Baharu
[sunting | sunting sumber]Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu sebagai satu pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri[3]. TTB mempunyai lapan (8) prinsip.[4]
- Inklusif (suara rakyat, suara keramat),
- Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan
- keluarga bahagia, rakyat sejahtera;
- Integriti bersih dalaman dan luaran,
- Mesra tapi tegas,
- Disiplin kerja yang tinggi
- Seruan perpaduan
- Memperkasa pendidikan
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Undi | Pts | Pembangkang | Undi | Pts | Buang Undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) | 6,440 | 61.24% | Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad (PKR) | 4,010 | 38.13% | 10,718 | 2,430 | 84.06% | ||
2013 | Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) | 7,731 | 54.84% | Zakaria Dagang (PAS) | 6,221 | 44.13% | 14,302 | 1,510 | 88.22% | ||
Ahmad Nazri Mohd Yusoff (IND) | 73 | 0.52% | |||||||||
2018 | Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) | 9,340 | 45.30% | Mohd Fazil Wahab (PAS) | 7,456 | 36.20% | 17,996 | 1,884 | 87.30% | ||
Abu Bakar Abdullah (PKR) | 939 | 4.60% |
- ^ "Ahmad Razif ketuai senarai penerima bintang, darjah kebesaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-19. Dicapai pada 2015-04-28.
- ^ Ahmad Razif mengucapkan rasa syukur Diarkibkan 2016-12-09 di Wayback Machine Utusan Online, dicapai pada 8 Disember 2016
- ^ "Transformasi Terengganu Baharu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-30. Dicapai pada 2015-03-26.
- ^ "Tiga Bidang Ditekankan Dalam Transformasi Terengganu Baharu – Ahmad Razif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-22. Dicapai pada 2015-04-28.
- ^ "N11: Seberang Takir". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-12. Dicapai pada 25 October 2014.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 2013 – 2018 |
Penyandang Kemudian |
Ahmad Said | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1965
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Menteri Besar Terengganu
- Orang dari Terengganu
- Menteri Besar daripada UMNO
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14