Mohd Mazri Yahya
Dr. Mohd Mazri Yahya KMN; MD | |
---|---|
Ahli Jawatankuasa Parti Perikatan Nasional Johor | |
Menyandang jawatan 15 Januari 2021 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Mazri bin Yahya Johor Bahru, Johor |
Parti politik | PAS |
Pasangan | Dr. Rosilawati Mohd Noor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Dr. Mohd Mazri Yahya adalah seorang pegawai perubatan, aktivis kemasyarakatan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor[1]. Beliau juga merupakan AJK Perikatan Nasional negeri Johor[2]. Dalam organisasi masyarakat, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Johor[3].
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau menamatkan pengajian dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1994, dan menyambung pengajian pascasiswazah sebagai Sarjana dalam Pembedahan dari tahun 1997 hingga 2001 di Universiti yang sama. Beliau menamatkan kursus latihan berstruktur 4 tahun dengan pelbagai posisi. Beliau menamatkan latihan Kepakaran Khusus dalam Pembedahan Vascular & Endovascular di Jabatan Pembedahan Hospital Kuala Lumpur dan diikuti tawaran kerja setahun di Jabatan Pembedahan Vaskular, Hospital Diraja Perth sebagai Pendaftar Kanan[4].
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Master of Surgery (MS), 2001, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Medical Degree. (M.D), 1994, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- B.Sc. in Medicine,1992, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[5]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mohd Mazri Yahya di Portal Daftar Pakar Kebangsaan, Majlis Perubatan Malaysia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://malaysiagazette.com/2019/11/04/kalau-pas-boleh-terima-calon-mca-tiada-sebab-pengundi-perlu-tolak-jeck-seng/
- ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ https://malaysiagazette.com/2018/11/25/peluang-kedua-kepada-waytha-moorthy-tidak-boleh-diterima/
- ^ https://www.kpjpgsh.com/Drmazri
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.