Pulau Nanas
Pulau Nanas, Johor | |
---|---|
Geografi | |
Status | Pulau |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Johor Bahru |
Pulau Nanas merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pulau ini terletak diantara Pasir Gudang dan Tanjung Langsat sepanjang Selat Johor.
Pulau Nanas terletak berhampiran Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang yang berkeluasan sekitar dua ekar juga terletak berhampiran dengan Pulau Ubin, Singapura.
Sebahagian besar pulau ini telah musnah berikutan kegiatan memecah batu yang dijalankan di pulau ini kira-kira 10 tahun lalu.
Kerja-kerja memecah batu yang dilakukan ini bagaimanapun sudah dihentikan beberapa tahun lalu. Kesan daripada kegiatan memecah batu di pulau ini menyebabkan terbentuknya sebuah tasik yang begitu luas di tengah-tengah pulau ini.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.