Kampung Paya Besar, Johor
Kampung Paya Besar (poskod 85000) adalah sebuah kawasan perkampungan Melayu yang terletak di mukim Pogoh dalam daerah Segamat, Johor. Nama asal Kg. Paya Besar ialah Kg. Paya Lebar dan mendapat namanya kerana terdapat banyak paya di sekitar kampung tersebut. [1]
Kampung Paya Besar pada asalnya adalah sebahagian daripada Kampung Melayu Raya. Sempadan asal Kampung Paya Besar ialah dari kawasan estet Labis Baru (Kulim) hingga Lubok Lanjut (Kg. Tekam) dan dari Kg. Chodan hingga Kg. Sri Rahmat.
Selain kampung Paya Lebar (Paya Besar), terdapat sebuah lagi kampung Paya Lebar di Batu Anam. Kewujudan dua buah kampung Paya Lebar dalam daerah Segamat telah menimbulkan kekeliruan urusan surat-menyurat pada masa itu. Akhirnya, nama Paya Lebar ditukar kepada Paya Besar secara rasmi pada tahun 1973 melalui keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang dipersetujui bersama oleh ketua kampung Melayu Raya (Imam Budi) dan timbalannya (Hj. Arif Melan).
Antara penduduk asal kampung ialah Haji Arif Melan (Ketua Kg. Paya Besar yang pertama), Pakcik Mohamad Budin, Imam Haji Md Tap, Haji Mahat dan Allahyarham Haji Mahsuri (Bilal Mohd Musuri). Pekerjaan utama penduduk kampung adalah menanam padi dan menoreh getah.
Antara individu terkenal yang berasal dari Kampung Paya Besar:
- ^ Sumber Lisan: Ketua Kg. Paya Besar 2024