Fong Po Kuan
![]() |
Fong Po Kuan 冯宝君 | |
---|---|
![]() | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Gajah, Perak | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Yeong Chee Wah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Perak | 15 September 1973
Parti politik | ![]() |
Pasangan | ![]() ![]() |
Pekerjaan | ![]() |
Laman web | http://pokuan.blogsome.com |
Fong Po Kuan (Bahasa Cina: Tulisan Cina Ringkas 冯宝君; pinyin: Féng Bǎojūn) (lahir 15 September 1973 di Perak) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mengambil STPM di Anglo Chinese School, Ipoh pada tahun 1992. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dari tahun 1993 hingga 1997, memperolehi ijazah undang-undang.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada pilihanraya Malaysia 1999, Fong telah memenangi kerusi parlimen Batu Gajah, dan ini menjadikannya Ahli Parlimen (MP) termuda di Malaysia ketika itu.[perlu rujukan] Beliau memenangi 19,867 dari 38,774 undian keseluruhan, dan mendapat majoriti 2,071 dengan 67.5% peratus pengundian.
Selepas pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, Fong Po Kuan berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya.
Keputusan Pilihanraya[1]
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Undian | Majoriti | Jumlah Undian | Lawan | Peratus pengundian |
---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P63 Batu Gajah | 19,867 | menang dengan 2,071 | 38,774 | Yeong Chee Wah (BN - MCA) Yang Kar Ming (MDP) |
65.68% |
2004 | P66 Batu Gajah | 28,847 | menang dengan 8,033 | 50,952 | Ong Ka Chuan (BN - MCA) | 69.66% |
2008 | P66 Batu Gajah | 39,922 | menang dengan 24,627 | 56,270 | Cheah Yoke Can (BN - MCA) | 72.78% |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Fong, 34, telah berkahwin dengan setiausaha penganjuran DAP Johor, Tan Chen Choon, 37, pada 12 Januari 2008.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Blog Diarkibkan 2005-12-08 di Wayback Machine.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Maklumat calon Parlimen Batu Gajah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-05. Dicapai pada 2018-08-05.
- Rencana BOH kekurangan sumber dari September 2018
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1973
- Orang hidup
- Anggota wanita Parti Tindakan Demokratik
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina
- Orang dari Perak
- Buddha Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Peguam Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12