Daerah Tangkak
Daerah Tangkak | |
---|---|
Koordinat: 2°16′06″N 102°32′21″E / 2.2683829553015196°N 102.53907778821655°EKoordinat: 2°16′06″N 102°32′21″E / 2.2683829553015196°N 102.53907778821655°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Pusat pentadbiran | Bandar Tangkak |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Tangkak |
Pengisytiharan sebagai daerah di Johor | 9 Jun 2008 |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Azman Mohamed Shah[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 977 batu persegi (970.24 km2) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 163,449 |
• Kepadatan | 170/batu persegi (170/km2) |
Daerah Tangkak adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.[2]. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang.
Daerah Tangkak secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 dan dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang[3].
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Tangkak ditadbir oleh Majlis Daerah Tangkak dan berpusat di Bandar Tangkak. Daerah ini merangkumi enam mukim, lima bandar dan sebuah pekan;
Bandar dan pekan
[sunting | sunting sumber]Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Tangkak terletak di barat laut negeri Johor bersempadan dengan daerah Tampin, Negeri Sembilan dan Segamat di utara, daerah Muar di selatan, daerah Jasin, Melaka di barat dan Selat Melaka di barat daya. Terdapat tiga batang sungai utama di daerah ini iaitu Sungai Kesang dan Sungai Chohong yang menjadi sempadan antara daerah Tangkak dengan daerah Jasin, Melaka serta Sungai Muar yang menjadi sempadan antara daerah ini dengan daerah Muar. Gunung Ledang (1,276 m), iaitu titik tertinggi daerah ini serta seluruh negeri Johor, terletak ke arah timur laut, berdekatan dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu ialah 26.84 °C (80.3 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.6 °C (81.7 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.1 °C (79.0 °F).[4] Purata kerpasan di Tangkak adalah 2286.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 330.4 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 110.6 milimeter.[4]
Data iklim untuk Tangkak (1990-2019) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.3 (79.3) |
26.8 (80.2) |
27.2 (81.0) |
27.3 (81.1) |
27.6 (81.7) |
27.3 (81.1) |
27.0 (80.6) |
26.9 (80.4) |
26.7 (80.1) |
26.6 (79.9) |
26.3 (79.3) |
26.1 (79.0) |
26.8 (80.3) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 187.0 (7.36) |
110.6 (4.35) |
172.9 (6.81) |
188.7 (7.43) |
180.2 (7.09) |
150.5 (5.93) |
151.6 (5.97) |
177.2 (6.98) |
168.8 (6.65) |
211.4 (8.32) |
257.5 (10.14) |
330.4 (13.01) |
2,286.8 (90.04) |
Sumber: ClimateCharts[4] |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2010 | 131,890 | — |
2020 | 163,449 | +23.9% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Tangkak ialah seramai 163,449 orang dengan kepadatan penduduk 167 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 66 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 43,438 tempat kediaman dengan sebanyak 38,178 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 114 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 35 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 13 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 103,381 |
Cina | 42,789 | |
India | 8,392 | |
Lain-lain | 788 | |
Bukan warganegara | N/A | 8,099 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk di daerah Tangkak beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[5]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 108,783 |
Buddha | 41,096 |
Hindu | 9,226 |
Kristian | 1,963 |
Lain-lain | 1,883 |
Tidak beragama | 498 |
Tidak diketahui | 0 |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Daerah Tangkak mempunyai beberapa laluan persekutuan yang menjadi penghubung utama pergerakan penduduk di daerah ini; antaranya ialah Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkan Jasin dan Muar dengan Tangkak dan Laluan Persekutuan 23 yang menghubungkan pekan-pekan utama di daerah ini seperti Sagil, Tangkak, Pengkalan Kundang dan Sungai Mati.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://pdnj.johor.gov.my/profil/pd-tangkak/profil_pegawai_daerah
- ^ Ledang becomes 10th district
- ^ [1]
- ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Tangkak". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Tangkak |