Jambatan Merdeka
Jambatan Merdeka | |
---|---|
Maklumat umum | |
Membawa | Kenderaan bermotor, Pejalan kaki |
Diselenggarakan oleh | Jabatan Kerja Raya Kuala Muda and Seberang Perai |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Tied-arch bridge (en) |
Panjang keseluruhan () | -- |
Lebar () | -- |
Rentangan terpanjang | -- |
Sejarah | |
Pereka bentuk | Jabatan Kerja Raya (JKR) |
Dibina oleh | Jabatan Kerja Raya (JKR) |
Dibuka pada | 1957.[1] |
Dirasmikan | 1957 |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Jalan Butterworth-Sungai Petani |
Negara | Malaysia |
Menyeberangi | Sungai Muda |
5°33′49″N 100°25′40″E / 5.563703°N 100.427852°E | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Merdeka merupakan sebuah jambatan penghubung negeri Kedah dan Pulau Pinang. Ia terletak di Jalan Butterworth-Sungai Petani di Sungai Muda.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jambatan Merdeka yang terletak di Kepala Batas merupakan laluan biasa yang sering digunakan untuk menghubungi antara dua daerah di kedua-dua negeri itu iaitu Kepala Batas dan Sungai Petani. Menurut penduduk tempatan, struktur jambatan itu asalnya dibina oleh penjajah British, tetapi ianya dirobohkan dan dimusnahkan oleh British apabila Jepun menyerang Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.[3][4]
Salah satu penduduk kampung yang berdekatan berkata tentera British merobohkan jambatan dengan menggunakan bom yang kuat pada tahun 1941 untuk menyekat kemaraan tentera Jepun yang hendak menyerang Tanah Melayu dengan melalui kawasan di sebelah utara.[3][4]
Sebaliknya, tentera Jepun telah membina jambatan yang baharu menggunakan bahan sasar kayu untul menyeberang Sungai Muda. Pada tahun 1945, selepas British kembali mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu, mereka membina semula jambatan dengan menggunakan bahan dasar besi dan konkrit agar lebih kukuh.[3][4]
Nama
[sunting | sunting sumber]Jambatan Merdeka mendapat namanya untuk memperingati sejarah dan jasa-jasa pengorbanan penduduk tempatan yang membantu membina semula jambatan tersebut.[3]
Ia juga dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia ke-1) pada tahun 1957.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Jambatan Merdeka". mypenang.gov.my. myPenang. Dicapai pada 5 Februari 2021.
- ^ "Kedah's Merdeka Bridge: Scene of battles lost and won". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-27. Dicapai pada 2020-10-28.
- ^ a b c d "Sejarah tersendiri Jambatan Merdeka". hmetro.com.my. Harian Metro. 17 Ogos 2019. Dicapai pada 5 Februari 2021.
- ^ a b c "Jambatan Merdeka simpan sejarah tersendiri". bharian.com.my. Berita Harian. 17 Ogos 2019. Dicapai pada 5 Februari 2021.