Senarai Sultan Johor
Sultan Johor ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Dalam zaman lampau, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang bendahara. Pada masa ini peranan Bendahara diambil alih oleh Menteri Besar.
Sultan Johor mempunyai sejarah pemerintahan yang panjang yang berubah dari satu dinasti ke satu dinasti. Kini, tampuk takhta Johor dipegang oleh dinasti Temenggung yang turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Moden.
Kesultanan Johor-Riau كسلطانن جوهر-رياو
[sunting | sunting sumber]Wangsa ini berasal daripada keturunan Sultan Melaka yang pertama sehingga jatuhnya Melaka di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Kampar bersama anaknya dan mangkat di sana. Anaknya Raja Muzaffar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Muzaffar Shah manakala anaknya yang lain iaitu Raja Ali mengasaskan Kesultanan Melayu Johor yang dinisbahkan kepada keturunan Sultan Melaka. Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Baginda juga membina Kota Sayong (1535-1540) sebelum berpindah ke Kota Batu (Johor Lama) pada tahun 1540.
Nama Tempoh Pemerintahan |
Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Hubungan dengan sultan terdahulu | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Sultan Alauddin Riayat Shah II ibni Sultan Mahmud Shah I سلطان علاءالدین رعاية شاه إبن سلطان محمود شاه (Raja Ali @ Raja Alauddin @ Raja Kechil Besar) 1528 – 1564 (kira-kira 36 tahun) |
1513 Kopak, Bentan, Kepulauan Riau Putera kepada Sultan Mahmud Shah I dan Tun Fatimah binti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali |
Puteri Kesuma Dewi binti Sultan Mansur Shah | 1564 (sekitar umur 51 tahun) Aceh |
- (Pengasas Kesultanan Johor-Riau) |
[1] [2] |
Sultan Muzaffar Shah II ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II سلطان مظفر شاه إبن سلطان علاءالدین رعاية شاه (Raja Muzaffar) 1564 – 1570 (kira-kira 6 tahun) |
1546 Putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II dan Puteri Kesuma Dewi |
(1) Tun Mas Jiwa binti Tun Hassan Temenggung ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali (2) Tun Terang binti Tun Ali[a] ibni Seri Nara Diraja Tun Tahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali (kemudian berkahwin dengan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II) (3) Puteri kepada Sultan Husain Ali Riayat Syah (bekas isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II) (4) Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang (bekas isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II) |
1570 (sekitar umur 24 tahun) Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor |
Anakanda | [3] [4] |
Sultan Abdul Jalil Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II سلطان عبد الجليل شاه إبن سلطان علي جلا عبد الجليل شاه (Raja Abdul Jalil) 1570 – 1571 (kira-kira kurang setahun) |
1562 Putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II |
Tidak berkahwin | 1571 (sekitar umur 9 tahun) Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor |
Anakanda saudara | [5] [6] |
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II ibni Raja Ahmad سلطان علي جلا عبد الجليل شاه إبن راج أحمد (Raja Umar) 1571 – 1597 (kira-kira 26 tahun) (Raja Kelantan dari 1565 hingga 1570) (kira-kira 5 tahun) |
(Tidak diketahui) Putera kepada Raja Ahmad ibni Raja Muhammad dan Puteri Kamala Dewi binti Sultan Mahmud Shah I |
(1) Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang (kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II) (2) Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II (3) Puteri kepada Sultan Husain Ali Riayat Syah (kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II) (4) Tun Terang binti Tun Ali (bekas isteri kepada Sultan Muzaffar Shah II) |
1597 Kota Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor |
Ayahanda | [7] [8] |
Sultan Alauddin Riayat Shah III ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II سلطان علاءالدین رعاية شاه إبن سلطان علي جلا عبد الجليل شاه (Raja Mansur) 1597 – 1615 (kira-kira 18 tahun) |
(Tidak diketahui) Putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang |
Raja Bonda | 1615 Aceh |
Anakanda | [9] [10] |
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah ibni Sultan Muzaffar Shah II سلطان عبدﷲ معيات شاه إبن سلطان مظفر شاه (Raja Abdullah @ Raja Bongsu @ Raja Seberang @ Raja di Hilir @ Yang di-Pertuan di Hilir) 1615 – Mac 1623 (kira-kira 8 tahun) |
1571 Putera kepada Sultan Muzaffar Shah II dan Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang |
(1) Puteri Ratna Jauhari (adinda kepada Sultan Iskandar Muda) Banda Aceh, Aceh 1613 (2) Puteri Kamaliah binti Sultan Ahmad Shah II (kemudian berkahwin dengan Sultan Iskandar Muda) |
Mac 1623 (sekitar umur 52 tahun) Pulau Tambelan |
Adinda tiri (saudara lelaki seibu) | [11] [12] |
Sultan Abdul Jalil Shah III ibni Sultan Alauddin Riayat Shah III سلطان عبد الجليل شاه إبن سلطان علاءالدین رعاية شاه (Raja Bujang) 1623 – 22 November 1677 (kira-kira 54 tahun) (Sultan Pahang dari Ogos 1615 hingga 1617) (kira-kira 2 tahun) (Takhta Sultan Pahang disatukan dengan takhta Sultan Johor pada tahun 1638)[13][14] |
1590 Putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III |
(1) Puteri kepada Raja Hassan ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II 1610 (2) Puteri kepada Sultan Ahmad Shah II 1612 (3) Raja Kuning binti Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah Patani 1624 |
22 November 1677 (sekitar umur 87 tahun) Kuala Pahang, Pahang |
Anakanda saudara | [15] [16] |
Sultan Ibrahim Shah ibni Yamtuan Muda Raja Bajau سلطان إبراهيم شاه إبن يڠ دڤرتوان مودا راج باجاو (Raja Ibrahim) 22 November 1677 – 16 Februari 1685 (7 tahun, 87 hari) |
(Tidak diketahui) Putera kepada Yamtuan Muda Raja Bajau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah yang memerintah Pahang dari 1641 hingga 1676 |
Puteri kepada Dato’ Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil ibni Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad sebelum 1674 |
16 Februari 1685 Kepulauan Riau |
Sepupu | [17] [18] |
Sultan Mahmud Shah II ibni Sultan Ibrahim Shah سلطان محمود شاه إبن سلطان إبراهيم شاه (Raja Mahmud) 16 Februari 1685 – 3 September 1699 (14 tahun, 200 hari) |
1675 Putera kepada Sultan Ibrahim Shah dan Puteri kepada Dato’ Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil ibni Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad |
Tidak diketahui | 3 September 1699 (sekitar umur 24 tahun) Kota Tinggi, Johor |
Anakanda | [19] [20] |
Wangsa ini berasal dari keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu anak kepada Tun Muhammad Ali bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus ialah keturunan daripada pedagang Arab yang berasal dari Hadramaut yang berkahwin dengan Tok Mengkudu binti Tun Jenal, cucunda kepada Tun Sri Lanang. Adik beradik kepada Tun Abdul Majid iaitu Tun Muhammad mempunyai seorang anakanda yang bernama Laksamana Tun Abdul Jamil yang merupakan bapa kepada isteri Sultan Ibrahim Shah - Sultan Johor wangsa Sultan Melaka serta Tun Sayyid Jaafar yang melahirkan keturunan Temenggung Muar. Anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu Tun Abdul Jalil mengambil alih tampuk kekuasaan sebagai Sultan Johor kerana Sultan Mahmud Shah II dikatakan mangkat tanpa meninggalkan waris. Sesuai dengan peranan Bendahara iaitu bertanggungjawab bagi pewarisan diraja sekiranya Sultan mangkat tanpa waris.
Nama Tempoh Pemerintahan |
Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Hubungan dengan sultan terdahulu | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid سلطان عبد الجليل رعاية شاه إبن داتوء بنداهارا سري مهاراج تون حبيب عبد المجيد (Tun Abdul Jalil) 3 September 1699[b] – 21 Mac 1718[c] (18 tahun, 200 hari) (Bendahara Johor bergelar Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dari 27 Julai 1697 hingga 3 September 1699) (2 tahun, 39 hari) |
(Tidak diketahui) Putera kepada Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid dan Tun Rembiah |
(1) Raja Embun (2) Encik Nusamah (3) Raja Mas Chayam binti Sultan Long Bahar (4) Daeng Sirat |
21 November 1721 Kuala Pahang, Pahang |
- (Menjadi Sultan Johor dengan sokongan pembesar Johor selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang tidak mempunyai waris) |
[21] [22] |
Muncul seorang yang mengaku dirinya sebagai zuriat Sultan Mahmud Shah II iaitu Raja Kechil. Baginda bertindak mengambil takhta daripada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu menjadi Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV pula diturunkan takhta dan masih dijadikan sebagai Bendahara Johor. Namun, cubaan untuk mengambil semula takhta tetap ada namun melarikan diri ke Pahang bersama adindanya Tun Zainal Abidin - pengasas kesultanan Terengganu. Namun, Sultan Abdul Jalil Shah IV mangkat di Kuala Pahang - terletak beberapa kilometer dari Pekan, Pahang.
Nama Tempoh Pemerintahan |
Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Hubungan dengan sultan terdahulu | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah سلطان عبد الجليل رحمة شاه (Raja Kechil) 21 Mac 1718[d] – 4 Oktober 1722[e] (4 tahun, 198 hari) |
1699 Minangkabau, Sumatera Dikatakan putera kepada Sultan Mahmud Shah II dan Che Pong |
Tengku Kamariah binti Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV | 1746 (sekitar umur 47 tahun) Siak |
- (Menjadi Sultan Johor selepas menang dalam peperangan melawan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) |
[23] [24] |
Cubaan untuk menuntut takhta masih berlarutan sehingga sampai kepada anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Raja Sulaiman yang akhirnya meminta bantuan kepada Bugis Lima Bersaudara. Raja Sulaiman dan pakatan Bugis itu berjaya menghalau Raja Kechil ke Siak. Raja Sulaiman akhirnya ditabalkan sebagai Sultan Johor manakala salah seorang daripada Bugis Lima Bersaudara, Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Riau. Kakanda Raja Sulaiman iaitu Tun Abbas dilantik sebagai Bendahara Johor.
Nama Tempoh Pemerintahan |
Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Hubungan dengan sultan terdahulu | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV سلطان سليمان بدر العالم شاه إبن سلطان عبد الجليل رعاية شاه (Raja Sulaiman) 4 Oktober 1722[f] – 20 Ogos 1760 (37 tahun, 322 hari) |
11 November 1699 Putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan Encik Nusamah |
(1) Encik Che Puan Perak (2) Wan Mak (3) Cik Sunah |
20 Ogos 1760 Kepulauan Riau |
(umur 60)- (Menjadi Sultan Johor selepas menang dalam peperangan melawan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara) |
[25] [26] |
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah سلطان عبد الجليل معظم شاه إبن سلطان سليمان بدر العالم شاه (Raja Abdul Jalil @ Raja di Baroh) 20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761 (163 hari) |
11 Mac 1738 Putera kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Encik Che Puan Perak |
(1) Raja Embun binti Engku Encik Hussain (2) Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak |
29 Januari 1761 Kuala Selangor, Selangor |
(umur 22)Anakanda | [27] [28] |
Sultan Ahmad Riayat Shah ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V سلطان أحمد رعاية شاه إبن سلطان عبد الجليل معظم شاه (Raja Ahmad) 29 Januari 1761 – 1761 (kira-kira kurang setahun) |
1752 Putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V dan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak |
Tidak berkahwin | 1761 (sekitar umur 9 tahun) Bulang, Kepulauan Riau |
Anakanda | [29] [30] |
Sultan Mahmud Riayat Shah III ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V سلطان محمود رعاية شاه إبن سلطان عبد الجليل معظم شاه (Raja Mahmud) 1761 – 12 Januari 1812 (kira-kira 51 tahun) |
24 Mac 1756 Tanjung Pinang, Kepulauan Riau Putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V dan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak |
(1) Encik Engku Puteh binti Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid (2) Encik Makoh binti Jaafar (3) Encik Mariam binti Dato’ Hasan 1780 (4) Engku Puteri Raja Hamidah binti Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah Kepulauan Riau 1803 |
12 Januari 1812 Daik, Kepulauan Lingga |
(umur 55)Adinda | [31] [32] |
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III سلطان عبدالرحمن معظم شاه إبن سلطان محمود رعاية شاه (Tengku Abdul Rahman) 14 Januari 1812 – 29 Oktober 1830[g] (18 tahun, 289 hari) |
1780 Tanjung Pinang, Kepulauan Riau Putera kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III dan Encik Mariam binti Dato’ Hasan |
(1) Raja Antia Tik Fatima binti Encik Engku Raja Sulaiman (2) Encik Ayu Buruk (3) Tengku Suanhit binti Sultan Zainal Abidin II Kuala Terengganu, Terengganu 1821 |
9 Ogos 1832 (sekitar umur 52 tahun) Daik, Kepulauan Lingga |
Anakanda | [33] [34] |
Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pada 29 Oktober 1830, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, wakil Kesultanan Johor-Riau, dan Residen Riau, wakil Belanda, menandatangani perjanjian yang memisahkan Johor dan Pahang daripada Empayar Kesultanan Johor-Riau yang berpusat di Lingga dan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.[35] Akibat perjanjian ini, berakhirnya Kesultanan Johor-Riau yang memerintah selama kira-kira 300 tahun lalu bermulanya Kesultanan Riau-Lingga di mana Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah menjadi Sultan Riau-Lingga pertama. Johor berada di bawah kekuasaan Temenggung manakala Pahang kekal diperintah oleh Bendahara.
Dalam pertikaian (Disputed claimant)
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Februari 1819, Temenggung Tun Abdul Rahman bersama Tengku Hussein dan Stamford Raffles yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris menandatangani Perjanjian 1819 di mana Tengku Hussein diangkat sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Hussein Muhammad Shah. Temenggung Tun Abdul Rahman kemudian menulis surat kepada Bendahara Tun Ali bagi memaklumkan tentang pelantikan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor. Namun, Bendahara Tun Ali membalas bahawa beliau tidak mencampuri urusan di Singapura dan beliau kekal bertuankan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang bersemayam di Daik, Kepulauan Lingga.[36] Bendahara Tun Ali mengiktiraf Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai Sultan Johor kerana pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah lebih mengikuti adat istiadat raja-raja Melayu berbanding Sultan Hussein Muhammad Shah yang jelas diangkat oleh Inggeris dan upacara pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah yang dilakukan tidak mengikuti adat-istiadat raja-raja Melayu.[37] Menurut Gabenor Negeri-Negeri Selat, Kenneth Murchison, kedudukan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor tidak pernah diakui oleh negeri-negeri Melayu lain dan baginda tidak pernah menikmati apa-apa hasil di Johor dan menjalankan kegiatan politik.[38][39]
Nama Tempoh Pemerintahan |
Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Hubungan dengan sultan terdahulu | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Sultan Hussein Muhammad Shah ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III سلطان حسين محمد شاه إبن سلطان محمود رعاية شاه (Tengku Hussein @ Tengku Long) 6 Januari 1819[h] – 5 September 1835 (16 tahun, 243 hari) |
1776 Tanjung Pinang, Kepulauan Riau Putera kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III dan Encik Makoh binti Jaafar |
(1) Tun Encik Che Puan Bulang binti Tun Engku Muhammad bin Dato’ Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Jamal Bulang, Kepulauan Riau sebelum 12 April 1804 (2) Che Wan Aisha binti Bendahara Paduka Raja Tun Koris Kuala Pahang, Pahang 1811 (3) Cik Wuk binti Sulaiman (4) Tengku Prabu binti Tengku Mahmud ibni Sultan Daud Kuala Pahang, Pahang sebelum 12 Mac 1811 |
5 September 1835 (sekitar umur 59 tahun) Tengkera, Melaka |
Kakanda | [40] [41] |
Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Hussein Muhammad Shah سلطان علي إسکندر شاه إبن سلطان حسين محمد شاه (Tengku Ali) 5 September 1835[i] – 20 Jun 1877 (41 tahun, 289 hari) |
1824 Singapura Putera kepada Sultan Hussein Muazzam Shah dan Tengku Prabu binti Tengku Mahmud |
(1) Tengku Ngah Anjang Singapura (2) Daeng Siti (3) Cik Sembuk binti Mu’min Melaka |
20 Jun 1877 (sekitar umur 53 tahun) Umbai, Melaka |
Anakanda | [42] [43] |
Selepas kemangkatan Sultan Ali Iskandar Shah, pada 29 Jun 1877, Pemangku Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Archibald Edward Harbord Anson menulis surat kepada Maharaja Abu Bakar untuk meminta baginda menjadi pemerintah sementara daerah Kesang dan permintaan tersebut dipersetujui oleh Maharaja Abu Bakar.[44] Namun, keputusan ini dibantah oleh putera sulung Sultan Ali Iskandar Shah iaitu Tengku Alam kerana bertentangan dengan Perjanjian Setia 1855 di mana daerah Kesang merupakan hak milik Sultan Ali Iskandar Shah dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.[45] Untuk menyelesaikan masalah ini, satu pemilihan diadakan pada 7 November 1877 untuk memilih pemerintah Kesang yang baru. Dalam pemilihan tersebut, Temenggung Paduka Tuan Muar, Engku Ismail bin Engku Ibrahim dan penghulu-penghulu di Kesang bersetuju untuk memilih Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Kesang.[46] Pada 5 Februari 1879, Maharaja Abu Bakar diisytiharkan sebagai Pemerintah Kesang dalam satu istiadat yang diadakan di Johor Bahru dan tidak lama selepas itu daerah Kesang menjadi sebahagian daripada negeri Johor.[47] Namun, keputusan pemilihan dan pengisytiharan tersebut menimbulkan kemarahan Tengku Alam lalu tercetusnya Perang Saudara Jementah 1879 yang berakhir dengan kemenangan Maharaja Abu Bakar. Tengku Alam kemudian diampunkan dan diberikan elaun bulanan oleh Maharaja Abu Bakar dengan syarat baginda perlu sentiasa berkelakuan baik dan tidak menimbulkan kekacauan. Akhirnya, Tengku Alam tinggal di Istana Kampong Gelam, Singapura hingga akhir hayatnya. Kini, kerajaan Republik Singapura menjadikan Istana Kampong Gelam sebagai pusat kebudayaan dan muzium yang bernama Taman Warisan Melayu untuk mempamerkan warisan dan sejarah orang Melayu Singapura.
Ketemenggungan Johor كتمڠڬوڠن جوهر
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Mac 1855, Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Tengku Ali menandatangani Perjanjian Setia 1855 di mana Tengku Ali menyerahkan sepenuhnya kerajaan Johor dan hak baginda ke atas Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya. Sebagai balasan, Tengku Ali diangkat sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Ali Iskandar Shah tetapi baginda tidak boleh campur tangan dalam urusan pemerintahan Johor dan Temenggung Tun Daeng Ibrahim membayar elaun bulanan kepada Sultan Ali Iskandar Shah.[48] Pada tahun yang sama, Temenggung Tun Daeng Ibrahim memilih tempat yang bertentangan dengan Singapura iaitu Tanjung Puteri, Johor sebagai pusat pentadbiran beliau yang baru. Temenggung Tun Daeng Ibrahim menamakan tempat tersebut sebagai Iskandar Puteri. Nama Iskandar Puteri ini merupakan hasil gabungan nama penuh Temenggung Tun Daeng Ibrahim iaitu Tun Ibrahim Iskandar dan nama Tanjung Puteri iaitu tempat Temenggung Tun Daeng Ibrahim mendarat untuk mencari kawasan pentadbiran.[49]
Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemerintah Johor yang sah dari segi adat-istiadat Melayu, Temenggung Tun Daeng Ibrahim memujuk Bendahara Tun Mutahir supaya mengiktiraf kedudukan terkininya berdasarkan Perjanjian Setia 1855. Hal ini demikian kerana Bendahara ialah penaung kepada adat raja-raja Melayu.[50] Akhirnya, pada bulan Disember 1861, Temenggung Tun Daeng Ibrahim mewakili kerajaan Johor dan Bendahara Tun Mutahir mewakili kerajaan Pahang telah membuat satu perjanjian setia di mana Bendahara Tun Mutahir telah mengiktiraf Temenggung Tun Daeng Ibrahim sebagai pemerintah Johor yang sah dan keturunan Temenggung Tun Daeng Ibrahim memerintah Johor untuk selama-lamanya. Dalam perjanjian yang sama, Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Bendahara Tun Mutahir bersepakat untuk membantu antara satu sama lain jika negeri mereka diserang musuh dan jika timbul sebarang masalah antara mereka, mereka akan menyerahkan masalah mereka kepada Inggeris sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka.[51]
Nama Tempoh Pemerintahan |
Gambar | Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Pewaris | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Rahman داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون عبدالرحمن (Tun Ibrahim Iskandar) 10 Mac 1855[j] – 31 Januari 1862 (6 tahun, 328 hari) |
8 Disember 1810 Pulau Bulang, Kepulauan Riau Putera kepada Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Rahman dan Encik Yah binti Moffar |
(1) Encik Ngah sebelum 1832 (2) Engku Long Muda (3) Tengku Andak binti Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebelum 1841 (4) Encik Aisha binti Abdullah (Che Moi @ Neng Teoh binti Abdullah) |
31 Januari 1862 Teluk Belanga, Singapura |
(umur 51)Tun Abu Bakar | [52] [53] | |
Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Abu Bakar ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون أبو بکر إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم (Tun Abu Bakar) 2 Februari 1862 – 30 Jun 1868 (6 tahun, 150 hari) |
3 Februari 1833 Teluk Belanga, Singapura Putera kepada Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim dan Encik Ngah |
(1) Encik Wan Chik binti Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad Tahir Pahang Jun 1858 1 orang puteri (2) Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange) 1870 1 orang putera dan 1 orang puteri (3) Sultanah Fatimah binti Abdullah (née Wong Ah Gew) Singapura Disember 1885 Tiada anak (4) Sultanah Khadijah Khanum Istanbul, Turki 22 September 1893 2 orang puteri |
4 Jun 1895 The Bailey’s Hotel, South Kensington, London |
(umur 62)Tunku Ibrahim Iskandar | [54] [55] |
Kemaharajaan Johor كمهاراجأن جوهر
[sunting | sunting sumber]Ketika Temenggung Tun Abu Bakar melawat negara India dan Eropah pada tahun 1866, baginda menyedari bahawa gelaran Temenggung tidak terkenal di dunia Eropah berbanding gelaran Maharaja yang digunakan oleh raja-raja di India. Ini menyebabkan Temenggung Tun Abu Bakar ingin menggunakan gelaran baru yang lebih dikenali. Pada 18 April 1868, Temenggung Tun Abu Bakar menghantar sepupunya Ungku Haji Muhammad ibni Tun Haji Abdullah dan Dato’ Bentara, Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad sebagai wakilnya ke Riau untuk berjumpa dengan Raja Ali Haji, seorang sejarawan Bugis dan penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau bagi bertanyakan tentang adat-istiadat Kesultanan Melayu.[56]
Raja Ali Haji bersetuju dengan permintaan Temenggung Tun Abu Bakar untuk menukar gelarannya selepas beliau melakukan kajian salasilah Temenggung Tun Abu Bakar dan berpuas hati bahawa keluarga Temenggung mempunyai kuasa sebenar ke atas pentadbiran Johor dan Temenggung Tun Abu Bakar berketurunan Sultan Abdul Jalil Shah IV. Pada 7 Mei 1868, Raja Ali Haji menabalkan Temenggung Tun Abu Bakar sebagai Maharaja Johor bergelar Maharaja Abu Bakar di Teluk Belanga, Singapura. Sultan Riau-Lingga, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II memperkenan penggunaan gelaran Maharaja oleh Maharaja Abu Bakar. Pada 30 Jun 1868, Maharaja Abu Bakar memperoleh persetujuan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Harry St. George Ord berkenaan permintaannya untuk menggunakan gelaran Maharaja.[57][58]
Nama Tempoh Pemerintahan |
Gambar | Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Pewaris | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
Maharaja Abu Bakar ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim مهاراج أبو بکر إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم (Tun Abu Bakar) 30 Jun 1868 – 13 Februari 1886 (17 tahun, 229 hari) |
3 Februari 1833 Teluk Belanga, Singapura Putera kepada Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim dan Encik Ngah |
(1) Encik Wan Chik binti Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad Tahir Pahang Jun 1858 1 orang puteri (2) Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange) 1870 1 orang putera dan 1 orang puteri (3) Sultanah Fatimah binti Abdullah (née Wong Ah Gew) Singapura Disember 1885 Tiada anak (4) Sultanah Khadijah Khanum Istanbul, Turki 22 September 1893 2 orang puteri |
4 Jun 1895 The Bailey’s Hotel, South Kensington, London |
(umur 62)Tunku Ibrahim Iskandar | [59] [60] |
Kesultanan Johor moden كسلطانن جوهر مودن
[sunting | sunting sumber]Wangsa Temenggung berketurunan Bendahara Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang juga kakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.[61][62] Anakanda Bendahara Tun Abbas iaitu Temenggung Tun Abdul Jamal berkahwin dengan puteri kepada Daeng Perani iaitu Raja Maimunah.[63][64] Temenggung Tun Abdul Jamal merupakan leluhur kepada Sultan Johor Wangsa Temenggung yang kini memerintah Johor.[65][66] Cicit kepada Temenggung Tun Abdul Jamal iaitu Temenggung Tun Ibrahim menggunakan gelaran 'Daeng'. Hal ini demikian kerana gelaran 'Daeng' dipercayai lebih berpengaruh pada zaman beliau. Beliau kurang dikenali dengan gelaran 'Tun' yang diwarisi daripada bapanya sehingga menyebabkan sebahagian rakyat pada zaman sekarang menyangka beliau berketurunan Bugis secara mutlak sebelah bapanya.
Pada tahun 1885, setelah mendengar khabar angin bahawa Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Frederick Aloysius Weld ingin meletakkan seorang Residen Inggeris di Johor, Maharaja Abu Bakar membuat keputusan untuk berangkat ke England.[67] Pada 11 Disember 1885, Perjanjian 1885 antara Maharaja Johor, Maharaja Abu Bakar mewakili kerajaan Johor dan Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, Sir Frederick Arthur Stanley mewakili kerajaan Inggeris ditandatangani di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London.[68] Dalam perjanjian ini, Inggeris mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Abu Bakar.[69] Pada 13 Februari 1886, Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Muhammad telah mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan oleh Sultan Abu Bakar ke seluruh negeri Johor.[70] Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar telah mengadakan istiadat menandatangani dan mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di Johor Bahru, Johor.[71] Johor telah menjadi negeri Melayu pertama yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Kerajaan dan mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan Abu Bakar telah melakukan banyak pembaharuan dan pemodenan dalam sistem pentadbiran negeri Johor untuk memajukan Johor dan mengelakkan campur tangan Inggeris dalam hal-ehwal pentadbiran Johor.
Nama Tempoh Pemerintahan |
Gambar | Keputeraan Tarikh, Tempat, Ibu bapa |
Perkahwinan | Kemangkatan | Tunku Mahkota | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim سلطان سر أبو بکر الخليل إبراهيم شاه إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم (Tun Abu Bakar) 13 Februari 1886[k] – 4 Jun 1895 (9 tahun, 112 hari) |
3 Februari 1833 Teluk Belanga, Singapura Putera kepada Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim dan Encik Ngah |
(1) Encik Wan Chik binti Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad Tahir Pahang Jun 1858 1 orang puteri (2) Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange) 1870 1 orang putera dan 1 orang puteri (3) Sultanah Fatimah binti Abdullah (née Wong Ah Gew) Singapura Disember 1885 Tiada anak (4) Sultanah Khadijah Khanum Istanbul, Turki 22 September 1893 2 orang puteri |
4 Jun 1895 The Bailey’s Hotel, South Kensington, London |
(umur 62)Tunku Ibrahim Iskandar | [72] [73] | |
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah سلطان سر إبراهيم المشهور إبن سلطان سر أبو بکر الخليل إبراهيم شاه (Tunku Ibrahim Iskandar) 7 September 1895 – 8 Mei 1959 (63 tahun, 244 hari) |
17 September 1873 Istana Bidadari, Serangoon, Singapura Putera kepada Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah dan Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange) |
(1) Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid Istana Tyersall, Tanglin, Singapura 5 Oktober 1892 2 orang putera (2) Sultanah Ruqaiyah 1897 1 orang putera (3) Che Hasana binti Dato' Jaafar (Cik Dara) 1 orang putera (4) Ungku Intan binti Ungku Ahmad 1926 Tiada anak (5) Sultanah Helen Ibrahim (née Helen Bartholomew) Woking, Surrey, England 15 Oktober 1930 Tiada anak (6) Sultanah Marcella Ibrahim (née Marcella Mendl) Caxton Hall Register Office, London 6 November 1940 1 orang puteri |
8 Mei 1959 Grosvenor House Hotel, London |
(umur 85)Tunku Ismail | [74] [75] | |
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur سلطان سر إسماعيل الخالدي إبن سلطان سر إبراهيم المشهور (Tunku Ismail) 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 (22 tahun, 3 hari) |
28 Oktober 1894 Istana Semayun, Johor Bahru Putera kepada Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur dan Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid |
(1) Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad Dewan Negara, Johor Bahru 30 Ogos 1920 4 orang putera dan 3 orang puteri (2) Sultanah Nora binti Tengku Ahmad 13 November 1977 Tiada anak |
10 Mei 1981 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru |
(umur 86)(1) Tunku Mahmud Iskandar (8 Mei 1959 - 10 Ogos 1961) (29 April 1981 - 10 Mei 1981) (2) Tunku Abdul Rahman (10 Ogos 1961 - 29 April 1981) |
[76] [77] | |
Sultan Iskandar Al-Haj ibni Sultan Sir Ismail Al-Khalidi سلطان إسکندر الحج إبن سلطان سر إسماعيل الخالدي (Tunku Mahmud Iskandar) 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010 (28 tahun, 257 hari) |
8 April 1932 Istana Semayun, Johor Bahru Putera kepada Sultan Sir Ismail Al-Khalidi dan Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad |
(1) Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow) Istana Bukit Stulang, Johor Bahru 5 Januari 1956 1 orang putera dan 3 orang puteri (2) Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Kuala Lumpur 20 Ogos 1961 1 orang putera dan 5 orang puteri |
22 Januari 2010 Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru |
(umur 77)Tunku Ibrahim Ismail | [78] [79] | |
Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Al-Haj سلطان إبراهيم إسماعيل إبن سلطان إسکندر الحج (Tunku Ibrahim Ismail) 23 Januari 2010 – Kini (14 tahun, 279 hari) |
22 November 1958 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Putera kepada Sultan Iskandar Al-Haj dan Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow) |
Permaisuri Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak 19 September 1982 5 orang putera dan 1 orang puteri |
Masih hidup (65 tahun, 341 hari) |
Tunku Ismail Idris | [80] [81] |
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Tun Ali ialah sepupu dan suami pertama kepada Tun Fatimah binti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
- ^ Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat oleh orang besar-besar Johor menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 kerana Sultan Mahmud Shah II tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta Sultan Johor.
- ^ Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menyerah kalah kepada Raja Kechil selepas pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor ditawan oleh Raja Kechil pada tahun 1718. Walaupun begitu, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV diampunkan dan diangkat kembali menjadi Bendahara Johor oleh Raja Kechil yang menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
- ^ Raja Kechil menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah selepas baginda mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan menawan pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor pada tahun 1718.
- ^ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah tidak lagi menjadi Sultan Johor selepas baginda kalah dalam peperangan melawan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara yang membantu Raja Sulaiman untuk mendapatkan kembali takhta Sultan Johor pada tahun 1722. Selepas itu, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah berpindah ke Siak dan menubuhkan Kesultanan Siak lalu menjadi Sultan Siak yang pertama.
- ^ Raja Sulaiman ditabalkan oleh Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah selepas baginda dengan bantuan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah pada tahun 1722. Sebagai balasan, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah melantik salah seorang daripada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Marewah sebagai Yang Dipertuan Muda Johor-Riau yang pertama mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh mereka. Jawatan Yang Dipertuan Muda dikhaskan kepada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara dan waris-waris mereka.
- ^ Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya menjadi Sultan Riau-Lingga selepas Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda menandatangani Perjanjian 29 Oktober 1830 di mana Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dalam erti kata lain, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar bersetuju bahawa negeri Johor dan Pahang tidak lagi berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya.
- ^ Tengku Hussein menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Hussein Muazzam Shah selepas baginda dan Temenggung Tun Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 6 Februari 1819 dengan Inggeris di Singapura. Sebagai balasan, Sultan Hussein Muazzam Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman bersetuju untuk melindungi loji-loji Inggeris dan membantu Inggeris melawan musuh-musuh Inggeris tetapi mereka dan waris-waris mereka tidak dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain. Namun, pelabuhan Singapura tertakluk di bawah perlindungan dan undang-undang Inggeris dan Inggeris mempunyai kuasa untuk mengutip cukai yang dikenakan ke atas kapal-kapal yang datang ke Singapura.
- ^ Tengku Ali diakui sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Ali Iskandar Shah oleh Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Inggeris selepas baginda menandatangani Perjanjian 10 Mac 1855. Sebagai balasan, baginda menyerahkan sepenuhnya hak kedaulatannya ke atas negeri Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.
- ^ Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas beliau menandatangani Perjanjian 10 Mac 1855 di mana Sultan Ali Iskandar Shah menyerahkan sepenuhnya hak kedaulatannya ke atas negeri Johor kepada beliau dan waris-warisnya untuk selama-lamanya kecuali daerah Kesang untuk diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah.
- ^ Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abu Bakar oleh Inggeris selepas baginda dan Inggeris menandatangani Perjanjian 11 Disember 1885 di London. Selepas itu, Menteri Besar Johor Dato' Jaafar bin Haji Muhammad mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan oleh Sultan Abu Bakar ke seluruh negeri Johor pada 13 Februari 1886.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.

- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 82
- ^ Suzana Haji Othman, Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 188
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

- ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 211
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 248
- ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 281
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 282
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 288
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 295
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 249-251
- ^ Zuraidah Mohamed (22 November 2017), Iskandar Puteri bandar raya ke-14, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353911/iskandar-puteri-bandar-raya-ke-14
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 335
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 337-338
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ R.O. Winstedt (2020), A History of Johore (1365-1895): Re-edited version, halaman 171
- ^ R.O. Winstedt (2020), A History of Johore (1365-1895): Re-edited version, halaman 172
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 275
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 123
- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 153
- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
- ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
- ^ Suzana Haji Othman, Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 434
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 298-299
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 302
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 304
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 305
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 313-314
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.