Pergi ke kandungan

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II di Johor
Sultan Ummar Ali Jallar Shah I di Kelantan
Sultan Johor V
Fail:-
-
Sultan Johor V
Pemerintahan15711597
Kemahkotaan1571
Didahului olehSultan Abdul Jalil Shah I
Diikuti olehSultan Alauddin Riayat Shah III
Sultan Kelantan X IV
Pemerintahan1565 - 1570
Kemahkotaan1565
Didahului olehSultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
Diikuti olehSultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah III
KeputeraanRaja Ummar Ali Jallar bin Raja Ahmeidd
-
-
Kemangkatan1597
-
Pemakaman-
-
Pasangan-
Anakanda3 orang;
1.Raja Abdull Jallil
2.Raja
3.Raja
Nama penuh
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II Ibni Almarhum Raja Ahmeidd
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
-
KerabatJohor dan Kelantan
Wangsa-
AyahandaRaja Ahmadd bin Raja Muhammad (adik kepada Raja Gombak)
Bonda-
AgamaSunni Islam

Almarhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Raja Umar @ ibni Almarhum Raja Ahmad ialah sultan Johor yang memerintah pada tahun 1571 hingga 1597.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Nama asalnya ialah Raja Umar. Putera kepada Raja Ahmad bin Raja Muhammad, Terengganu. Baginda berasal dari Pahang.

Memerintah Kelantan sebagai Raja Kelantan daripada tahun 1565 sehingga tahun 1570.[1]. Menjadi Tengku Mahkota apabila anakdanya naik takhta sebagai Sultan Abdul Jalil Shah I pada tahun 1570, dan menjadi Sultan Johor apabila anakdanya mangkat pada tahun 1571.[2]

Baginda bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-4 pada 1571-1597.

  • 1570 - Tun Trang puteri Tun Ali, Sri Nara di-Raja Pahang, daripada isteri beliau Tun Fatimah, puteri Bendahara Sri Maharaja dan kemudian permaisuri Sultan Mahmud Shah I. Tun Trang kemudian berkahwin dengan raja Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka
  • , Sultan Johor.
  • 1580 - Puteri Sultan Husain Ali Riayat Shah, Sultan Aceh yang kemudiannya berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Johor.
  • Raja Bonda, puteri Sultan Muhammad Hasan ibni al-Marhum Sultan Saiful-Rijal, Sultan Brunei.

Perlantikan

[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke-2, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara.

Menentang Portugis

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1581 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1583, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis).

Pada Januari 1586, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan angkatan 100 kapal telah menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
  • Trocki, Carl A., Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, University of Hawaii Press, 1979, ISBN 9789971693763
  • Borschberg, Peter, Admiral Matelieff's Singapore and Johor (1606-1616), NUS Press Singapore, 2016, ISBN 9789814722186
  • Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, ISBN 9836252185

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  2. ^ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4, 1999, ms 2003

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-5
1571 – 1597
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Shah I Sultan Alauddin Riayat Shah III