Raja Temenggung Muar
1707–1935 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negeri Berdaulat Muar | ||||||||
Ibu negara | Kuala Segamat Kampung Bunga Tanjung, Panchor Pengkalan Kota | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Melayu, | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||
Raja Temenggong Muar | |||||||||
• 1707-1732 | Engku Sa’Akar Diraja bin Engku Pasir Diraja @ Tun Sayyid Jaffar Al-Aydrus | ||||||||
• 1732-1761 | Engku Sa’Amar Diraja bin Engku Sa’Akar Diraja | ||||||||
• 1761-1801 | Engku Burok bin Engku Sa’Amar Diraja | ||||||||
• 1801-1834 | Engku Konit @ Sonetv @ Konek @ Kamil bin Engku Burok | ||||||||
• 1834-1847 | Engku Saiyid bin Engku Konit | ||||||||
• 1847-1879 | Engku Ismail bin Engku Ibrahim | ||||||||
• 1879-1902 | Engku Mohamad Saleh bin Engku Ismail | ||||||||
• 1902-1935 | Wan Abdul Rahman bin Engku Mohamad Saleh | ||||||||
Era Sejarah | - | ||||||||
• Penyerahan Wilayah Muar kepada Engku Pasir Diraja @ Tun Sayyid Jaffar bin Tun Muhammad Ali Al-Aydarus | - 1707 | ||||||||
• Penyerahan semula Wilayah Muar kepada Kesultanan Johor Moden
Wilayah Muar kini menjadi Kini berpusat di Bandar Maharani, Bandar Diraja | - 1935 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Johor, Malaysia |
Yang Maha Mulia Raja Temenggung Muar ialah pemerintah wilayah Muar yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Raja Temenggung Muar telah diberikan autonomi oleh Sultan Johor dalam menjalankan roda pemerintahan Muar.
Muar adalah anugerah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah kepada Dato' Pasir Diraja atau nama sebenarnya Sayyid Jaafar sebagai hadiah maskahwin kerana Sultan Ibrahim mengahwini adinda Dato' Pasir Diraja Sayyid Jaafar yang bergelar Marhum Bakal yang kelak melahirkan Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang. Keturunan beliau terus memerintah Muar sehingga zaman pemerintahan Maharaja (Sultan) Abu Bakar.
Penguasaan Temenggung Di Muar
[sunting | sunting sumber]Menurut Newbold, seorang kapten Inggeris, daerah Muar menurutnya terdapat kampung-kampung seperti berikut:
- Bekok
- Langkat
- Gersik
- Ring
- Pagoh
- Pengkalan Kota yang juga tempat kediaman Temenggung Muar
Newbold juga mencatatkan bahawa terdapat lapan orang penghulu di bawahnya iaitu empat di hulu (Penghulu Besar, Penghulu Tanjung, Penghulu Dagang dan Penghulu Mungkal) dan empat di hilir (Penghulu Gersik, Penghulu Bukit Raya, Penghulu Liang Batu dan Penghulu Ring)
Raja-raja Temenggong Muar dari Wangsa Bendahara
[sunting | sunting sumber]Dato’ Engku Pasir Diraja @ Tun Sayyid Jaffar bin Tun Muhammad Ali bin Tun Dagang @ Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Abdullah III bin Sayyid Syekh bin Sayyid Abdullah II bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Abdullah I Al-Sagoff Al-Aydrus (Wangsa Bendahara) telah berangkat ke Negeri Muar mulai tahun 1700 dari Kota Tinggi (Johor Lama) untuk membuka, memerintah dan berkerajaan di situ sebagai menebus dan melaksanakan amanah maskahwin yang dikurniakan “Negeri Muar’’ daripada Al Marhum Kota Tinggi, Sultan Ibrahim Shah (1677-1685), Sultan Johor Ke-9.
Beliau telah membuka pusat pemerintahan di Pantai Layang. Dato’ Engku Pasir Diraja telah dikurniakan dua orang zuriat lelaki bernama Engku Sa’Akar Diraja dan Engku Paduka Tuan. Dato’ Engku Pasir Diraja adalah nenek moyang dan induk bagi Wangsa Temenggong Muar kerana selepas kematiannya pada tahun 1707, jawatan Raja Temenggong Muar telah beralih dari anaknya hingga kepada keturunannya. Beliau dimakamkan di Kampung Pantai Layang, Sungai Mati, Muar.
( Raja Temenggong Muar Pertama )
- Dato’ Seri Engku Sa’Akar Diraja bin Dato’ Engku Pasir Diraja @ Tun Sayyid Jaffar Al-Aydrus (1707-1732) menggantikan ayahandanya menjadi Temenggong Muar di dalam Negeri Muar dan berkerajaan di Kuala Segamat iaitu berhampiran Kampung Batu Badak.
- Beliau mendapat tauliah perlantikan daripada Al Marhum Sultan Abdul Jalil IV. Beliau mempunyai dua orang zuriat lelaki bernama Engku Sa’Amar Diraja dan Engku Perdana Menteri. Mangkat Temenggong Engku Sa’Akar Diraja dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,
( Raja Temenggong Muar Ke-2 )
- Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Sa’Amar Diraja bin Engku Sa’Akar Diraja (1732-1761) telah dilantik menjadi Raja Temenggong Muar oleh Sultan Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Abd Jalil Riayat Shah dan berkerajaan di Kuala Segamat sama tempat ayahandanya.
- Beliau mendapat gelaran Dato’ Temenggong Paduka Tuan. Beliau mempunyai tiga orang zuriat lelaki bernama Engku Burok, Engku Abdul Kadir dan Engku Pandak.
( Raja Temenggong Muar Ke-3 )
- Temenggong Engku Burok bin Engpku Sa’Amar Diraja (1761-1801) dilantik menjadi Temenggong Muar menggantikan ayahandanya yang mangkat oleh Sultan Abd Jalil Riayat Shah V Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat.
- Pusat pemerintahannya masih di Kuala Segamat dan kemudian berpindah di Kampung Bunga Tanjung, Panchor, Muar. Beliau telah disahkan sebagai Temenggong Muar oleh Al Marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Beliau mempunyai dua orang zuriat lelaki bernama Engku Konit dan Engku Ibrahim.
- Mangkat Engku Burok dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,
( Raja Temenggong Muar Ke-4 )
- Dato’ Engku Konit @ Sonet @ Konek @ Kamil bin Engku Burok (1801-1834) telah dilantik menjadi Temenggong Muar dan telah disahkan oleh Al Marhum Sultan Mahmud Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah. Beliau membuat pusat pemerintahan baru bertempat di Pengkalan Kota, Muar selain sekitar Kota Buruk di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, Jorak, Muar. Dikurniakan dua orang zuriat bernama Engku Chomot seorang perempuan dan Engku Saiyid seorang lelaki. Bonda Temenggong Engku Konit bernama Engku Puan.
- Di Zaman pemerintahan Temenggong Engku Konit, ada lapan Penghulu dibawahnya. Empat memerintah di sebelah hulu iaitu Penghulu Besar, Penghulu Tanjung, Penghulu Dagang dan Penghulu Mungkal. Empat orang lagi memerintah di sebelah hilir iaitu di Gersik, Bukit Raya, Liang Batu dan Ring.Adinda baginda bernama Engku Ibrahim mempunyai lima orang zuriat iaitu Engku Mi seorang perempuan, Engku Zainal, Engku Ismail, Engku Idris dan Engku Tik seorang perempuan. Selepas kemangkatan Temenggong Engku Konit dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,
( Raja Temenggong Muar Ke-5 )
- Temenggong Dato' Seri Maharaja Engku Saiyid bin Engku Konit (1834-1847) telah menggantikan ayahandanya dan masih lagi berkerajaan di Pengkalan Kota. Engku Saiyid menerima gelaran Temenggong Dato’ Seri Maharaja daripada Al Marhum Sultan Husain Shah Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Shah di Singapura. Pada masa pemerintahannya, daerah Segamat telah menarik diri tidak mahu duduk di bawah pemerintahan Temenggong Muar tetapi akhirnya beliau dapat menguasai daerah Segamat kembali. Engku Saiyid tidak mempunyai zuriat dan apabila mangkat dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,
( Raja Temenggong Muar Ke-6 )
- Saudara sepupunya bernama Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Ismail bin Engku Ibrahim (1847-1879) putera kepada Engku Ibrahim telah dilantik menjadi Temenggong Muar pada tahun 1861 oleh Al Marhum Sultan Ali di Singapura. Perlantikan beliau mendapat pengiktirafan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu E.A. Blundell.
- Di waktu pemerintahannya, pusat pemerintahan Negeri Muar telah berpindah dari Pengkalan Kota ke Kuala Segamat di kawasan Kampung Batu Badak, sebelah kiri Sungai Muar. Ketika itu Kerajaan Muar telah diambil alih oleh Temenggong Abu Bakar Johor yang berkerajaan di Johor.
- Walau bagaimanapun segala cukai dan lain-lain hasil masih dipungut oleh Temenggong Engku Ismail. Tujuan beliau berpindah ke Kuala Segamat kerana tidak mahu Kerajaan Muar menyembah ke Johor dan ingin berpisah dari pemerintahan Johor kerana ketika itu Kerajaan Muar telah berada di bawah pemerintahan Johor.
- Setelah didesak dan diugut akhirnya beliau menurut kemahuan. Temenggong Engku Ismail dikurniakan sebelas orang zuriat iaitu Engku Abdullah, Engku Mohamad Saleh, Engku Mahmud, Engku Kechut, Engku Jaffar, Engku Aminah, Engku Maimunah, Engku Abdul Kadir, Engku Daud, Engku Hamidah dan Engku Aishah. Setelah mangkat Temenggong Engku Ismail dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat.
( Raja Temenggong Muar Ke-7 )
- Temenggong Paduka Tuan Dato’ Engku Mohamad Saleh bin Engku Ismail (1879-1902) telah menggantikan ayahandanya menjadi Temenggong pada tahun 1879-1902 yang dilantik Maharaja Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim Johor dan pusat pemerintahannya di Pengkalan Kota, ulu Sungai Muar.
- Temenggong Engku Mohamad Saleh bergaji bulan sewaktu menjadi Raja Temenggong Kerajaan Muar. Mendapat anugerah Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia daripada Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1875.
- Beliau mempunyai sepuluh adik-beradik iaitu Engku Abdullah, Engku Mahmud, Engku Kechut, Engku Jaffar, Engku Aminah, Engku Maimunah, Engku Abdul Kadir, Engku Daud, Engku Hamidah dan Engku Aishah.
- Temenggong Engku Mohamad Saleh dikurniakan sebelas orang zuriat dari tiga isteri iaitu Engku Fatimah Binti Ali dikurniakan Engku Abdul Rahman, Engku Daik dan (meninggal ketika kecil). Dari isteri ke dua bernama Wan Aishah Binti Awang dikurniakan dua orang zuriat iaitu Engku Wok dan Engku Jamilah. Dari isteri ke tiga bernama Wan Ketik Binti Ahmad dikurniakan enam orang zuriat iaitu Engku Timah, Engku Halimah, Engku Dara, Engku Mahadi, Engku Sailan dan Engku Mariam.
( Temenggong Muar Ke-8 dan Terakhir )
- Temenggong Wan Abdul Rahman bin Engku Mohamad Saleh (1902-1935) menjadi Raja Temenggong Kerajaan Muar pada tahun 1902-1935 apabila ayahandanya mangkat dan dimakamkan di Kampung Pengkalan Kota, Muar
- Beliau dilantik oleh Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar. Baginda juga bergaji bulan dan pusat pemerintahannya di Pengkalan Kota dan seterusnya berpindah ke Kuala Segamat. Beliau juga menetap di Kampung Lubok Batu dan seterusnya di Kampung Jalan Temenggong Segamat. Kampung baginda ketika itu dikatakan di sekitar kawasan jambatan Muar – Segamat di Batu 46.
- Di tahun-tahun 1920-an, terdapat pusat perkampungan dan penduduk yang ramai ketika itu. Negeri Muar yang luas itu mengandungi kampung-kampung yang bernama Bekok, Langkat, Gersik, Ring dan Pagoh dan kampong kediaman Temenggong Muar di Pengkalan Kota.
- Dengan kemangkatan Raja Temenggong Wan Abdul Rahman pada tahun 1935 dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu Segamat, maka Kerajaan Muar tiada lagi diperintah oleh Raja-Raja berketurunan Temenggong dari nasab Dato’ Engku Pasir Diraja @ pTun Sayyid Jaffar bin Tun Muhammad Ali bin Tun Dagang @ Sayyid Zainal Abidin Al-Aydrus Al-Saqqāf
Kuasa pemerintahan Kerajaan Muar telah bertukar tangan kepada pemerintah Negeri Johor ketika itu iaitu Maharaja Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim pada akhir abad ke-19 atau lebih tepat lagi pada 5 Februari 1879.
Sejarah pemerintahan Raja Temenggong Muar berakhir apabila Negeri Muar dimasukkan ke dalam jajahan pentadbiran Negeri Johor ketika itu.Walau bagaimanapun, waris dan nasab keturunan Raja-Raja Temenggong Kerajaan Muar masih lagi tinggal dan bermastautin di daerah Segamat dan Muar.
Keturunan Raja Temenggong Muar Ke-7 dan 8 diberi pencen kerabat (politik) sebagai gantirugi di atas kehilangan kuasa memerintah Negeri Muar secara turun-temurun.
Almarhum Raja Temenggong Muar menerima pencen sebanyak RM600 sebulan manakala waris dan kerabatnya menerima RM600 juga sebulan. Waris-waris dari keturunan Raja Temenggong Muar masih lagi mendapat pencen dari Kerajaan Negeri Johor hingga ke hari ini.
Pada tahun 1922, gelaran Raja Temenggong Muar telah dihapuskan sama sekali pada zaman pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (1895–1959) dan selepas itu hanya menggunakan nama Tunku Temenggong Johor yang hanya dilantik ahli kerabat diraja Johor Moden (Wangsa Temenggong) sahaja, Tunku Ahmad ibni Sultan Sir Ibrahim ialah Tunku Temenggong Johor ke-I dan seterusnya Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim ialah Tunku Temenggong Johor saat ini, gelaran rasmi Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor.
Senarai Raja Temenggong Muar
- Engku Sa' Akar Diraja, Raja Temenggung Muar ke-I
- Engku Sa' Amar Diraja, Raja Temenggung Muar ke-II
- Engku Burok, Raja Temenggung Muar ke-III
- Engku Konit @ Sonet, Raja Temenggung Muar ke-IV
- Engku Saiyid, Raja Temenggung Muar ke-V
- Engku Ismail, Raja Temenggung Muar ke-VI
- Engku Muhammad Saleh, Raja Temenggung Muar ke-VII
- Wan Abdul Rahman, Raja Temenggung terakhir Muar
Penyerahan Muar
[sunting | sunting sumber]Muar telah diserahkan oleh waris-waris Sultan Ali Iskandar Shah, Yang Dipertuan Kesang kepada Temenggung Johor yang disokong oleh British pada 1877. Pada tahun 1879, waris-waris Raja Temenggung Muar bersetuju untuk menyerahkan kuasa pemerintahan di Muar kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan) dengan syarat mereka diberi pencen selama-lamanya. Keturunan Temenggung Muar masih menerima pencen sehingga hari ini. Adalah difahamkan dari sumber2 yang boleh dipercayai dari waris keturunan Temenggung Muar yang asal, kerajaan Johor sejak pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Johor sejak 26 April 1984 - 25 April 1989 tidak lagi memberi pencen kepada mereka.
Namun sumber yang dikatakan boleh dipercayai pada ayat di atas itu tidaklah mengetahui perkara sebenar kerana memang waris Temenggung Muar terakhir yang tinggal di Labis Johor masih menerima wang pencen sehingga ke hari ini iaitu tahun 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pejabat Daerah Muar Diarkibkan 2010-07-01 di Wayback Machine
- Peta-peta Muar