Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Johor ke-XVI | |||||
Fail:Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah.jpg | |||||
Sultan Johor ke 18 | |||||
Pemerintahan | 1811 – 1819 | ||||
Kemahkotaan | Januari 1812 | ||||
Didahului oleh | Sultan Mahmud Shah III | ||||
Diikuti oleh | Sultan Hussain Shah | ||||
Pemangku raja | - | ||||
Pasangan | - | ||||
Anakanda | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah Sultan Muhammad II Muazzam Shah | ||||
| |||||
Wangsa | Bendahara Johor | ||||
Ayahanda | Sultan Mahmud Shah III | ||||
Bonda | Cik Mariam binti Bandar Hassan | ||||
Agama | Islam |
Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah | |
---|---|
Sultan Riau-Lingga ke I | |
Sultan Riau-Lingga Pertama | |
Pemerintahan | 1811 – 1832 |
Kemahkotaan | 1811 |
Didahului oleh | jawatan baru |
Diikuti oleh | Sultan Muhammad II Muazzam Shah |
Pemangku raja | - |
Almarhum Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah III (lahir sebagai Raja Jumaat Abdul Rahman) merupakan Sultan Johor ke-16 dan termasuk Pahang serta jajahan takluknya (1811–1819). Baginda juga merupakan Sultan Riau-Lingga yang pertama serta jajahan takluknya (1811–1832).
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada 1780 dengan gelaran Raja Jumaat. Baginda Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah merupakan anakanda ke-15 dan baginda juga merupakan putera kedua kepada pasangan Sultan Mahmud Shah III dan Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan.
Sultan Johor
[sunting | sunting sumber]Perebutan kuasa antara pihak Tengku Abdul Rahman dan pihak Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III telah berlaku apabila Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai sultan Johor dahulu berbanding abang tirinya Tengku Hussain Shah.
Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada 1812-1819.
British mula hendak campur tangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dengan melantik Tengku Hussain Shah sebagai Sultan Johor.
Kesultanan Lingga-Riau
[sunting | sunting sumber]Dalam tahun 1818, dengan sokongan kuat dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).
Baginda merupakan pengasas kepada Kesultanan Lingga-Riau. Ketika era pemerintahan baginda, Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.
Mangkat
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.
Penyandang Terdahulu | Sultan Johor ke-16 1811 – 1819 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Mahmud Shah III | Sultan Hussain Shah |
Penyandang Terdahulu | Sultan Lingga-Riau Pertama 1811 – 1832 |
Penyandang Kemudian |
Pengasas | Sultan Muhammad II Muazzam Shah |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.