Istana Telipot
Istana Telipot terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan asal dibina dalam tahun 1930an sebagai rumah kerajaan dalam kawasan pejabat tanaman (pertanian) masa itu. Peringkat awal di diami pegawai pertanian negeri dan kemudian dijadikan sebagai rumah kediaman Presiden Session Court Kota Bharu.
Selepas itu menjadi rumah tetamu Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah itu diubahsuai menjadi istana tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
Pada awal tahun 2004 , sekali lagi diubahsuai terutama bahagian dalaman dengan tidak ada pindaan kepada struktur asal. Beberapa bangunan baru didirikan di kawasan itu bagi kediaman pegawai-pegawai dan petugas-petugas. Pada 25 dan 26 April 2004, Istana Telipot telah menerima tetamu D'Raja iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei yang bersemayam bagi menghadiri Majlis Santapan D'Raja sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra di Dewan Bankuet Istana Negeri, Kubang Kerian.
Pada tahun 2009, Istana Telipot menjadi istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.