Portal:Hal semasa di Timur Tengah/2011
Penampilan
2011
[sunting sumber]- 22 Disember - Satu siri pengeboman terlaras di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 65 orang.
- 29 November - United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.
- 23 November - Selepas berbulan-bulan bantahan dan berjanji berundur, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh akhirnya menandatangani perjanjian pemindahan kuasa.
- 12 November - Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana tindakan keras terhadap kebangkitan dalaman.
- 31 Oktober - UNESCO menjadi agensi PBB pertama menerima Palestin sebagai negara angggota penuh.
- 25 Oktober - Parti Ennahda pimpinan Hamadi Jebali memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya Majlis Perlembagaan pertama Tunisia sejak revolusi negara itu.
- 22 Oktober - Putera Mahkota Arab Saudi Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud (gambar) meninggal dunia di New York.
- 20 Oktober - Pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte, dengan Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya menguasai bandar tersebut.
- 18 Oktober - Askar Israel Gilad Shalit dibebaskan Hamas sebagai pertukaran pembebasan 1,027 tahanan Palestin.
- 30 September - Anwar al-Awlaki, dikatakan anggota kanan al Qaeda, terbunuh dalam serangan udara di Ma'rib, Yaman.
- 25 September - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding.
- 20 September - Mantan Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dibunuh di Kabul.
- 18 September - Hujan monsun menyebabkan banjir di wilayah Sindh, Pakistan, menyebabkan lebih 340 orang maut dan sejuta rumah rosak.
- 12 September - Loji Kuasa Nuklear Bushehr, kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah, mula beroperasi di Iran.
- 8 September - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".
- 3 September - Turki mengusir duta Israel selepas Israel enggan memohon maaf berkenaan serbuan 2010nya terhadap armada bantuan Gaza.
- 23 Ogos - Perang saudara Libya bertambah hebat apabila angkatan anti-Gaddafi menguasai Tripoli.
- 6 Ogos - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
- 31 Julai+ - Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama, pusat pemberontakan Syria, mengorbankan lebih 260 orang.
- 12 Julai - Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai (gambar) dibunuh.
- 27 Jun - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar al-Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- 20 Jun - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali (gambar) dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
- 17 Jun - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.
- 16 Jun - Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.
- 12 Jun - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan (gambar) terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.
- 4 Jun - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cedera dalam serangan terhadap istana presiden dan dipindahkan ke Arab Saudi untuk rawatan.
- 28 Mei - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.
- 13 Mei - Satu pengeboman berganda di daerah Charsadda, Pakistan, mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 150 lagi.
- 4 Mei - Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas Khaled Meshal memeterai perjanjian perdamaian di Kaherah.
- 2 Mei - Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di Abbottabad, Pakistan.
- 27 April - Hamas dan Fatah memeterai satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin sebelum pilihan raya akan datang.
- 23 April - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
- 13 April - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas.
- 3 April - Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 19 Mac - Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
- 14 Mac - Majlis Kerjasama Teluk bersetuju menghantar askar ke Bahrain di tengah-tengah bantahan berterusan.
- 10 Mac - Di tengah pemberontakan di Libya, Perancis menjadi negara pertama mengiktiraf Majlis Peralihan Nasional sebagai kerajaan Libya yang sah.
- 3 Mac - Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.
- 27 Februari - Beji Caid el Sebsi menjadi Perdana Menteri Tunisia selepas Mohamed Ghannouchi meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 26 Februari - Akibat kekerasan terhadap pembantah, Majlis Keselamatan PBB merujuk Libya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mengenakan sekatan terhadap Muammar al-Gaddafi.
- 19 Februari - Ketegangan di Timur Tengah dan Afrika Utara terus berlaku dengan bantahan di Bahrain, Libya dan Yaman.
- 11 Februari - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir (gambar), Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
- 1 Februari - Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
- 1 Februari - Marouf al-Bakhit dilantik sebagai Perdana Menteri Jordan dalam rombakan kabinet oleh Raja Abdullah II, selepas berlaku bantahan ramai.
- 30 Januari - Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan.
- 29 Januari - Bantahan anti-kerajaan (gambar) seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
- 25 Januari - Najib Mikati menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas kejatuhan kerajaan Saad Hariri.
- 24 Januari - Al-Jazeera mendedahkan ~ 1,700 dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin.
- 14 Januari - Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
- 9 Januari - Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia, Azarbaijan Barat, Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.