Portal:Hal semasa di Eropah/2008
Penampilan
2008
[sunting sumber]![Rusuhan Greece 2008](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/Dec2008-riot-komotini-2.jpg/100px-Dec2008-riot-komotini-2.jpg)
![MV Faina](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f4/MV_Faina_sideview.jpg/100px-MV_Faina_sideview.jpg)
![Pelarian Ossetia Selatan](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d1/Tbilisi-2008-08-10.jpg/100px-Tbilisi-2008-08-10.jpg)
![Radovan Karadžić](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6d/Evstafiev-Radovan_Karadzic_3MAR94.jpg/78px-Evstafiev-Radovan_Karadzic_3MAR94.jpg)
![Negara ahli Kesatuan Mediterranean](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bb/EU27-2008-Union_for_the_Mediterranean.svg/100px-EU27-2008-Union_for_the_Mediterranean.svg.png)
- 22 Disember - Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
- 13 Disember - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
- 9 Disember - Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.
- 15 November - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- 9 November - Satu kemalangan di atas kapal selam Russia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- 2 November - Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.
- 18 Oktober - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 8 Oktober - Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 1 Oktober - 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.
- 14 September - Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
- 26 Ogos - Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 11 Ogos - Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
- 9 Ogos - Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- 30 Julai - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- 21 Julai - Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić (gambar) ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang, termasuk genosid, setelah diburu selama 12 tahun.
- 13 Julai - Ahli Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean (gambar negara ahli).
- 7 Julai - Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
![ATV Jules Verne](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1b/Jules_verne_at_iss.jpg/100px-Jules_verne_at_iss.jpg)
![Dmitry Medvedev](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ed/MedvedevD.jpg/73px-MedvedevD.jpg)
- 30 Jun - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.
- 21 Mei - Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
- 8 Mei - Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
- 8 April - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
- 8 April - Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
- 3 April - ATV Jules Verne (gambar) berjaya berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 27 Mac - Ahli politik Belanda Geert Wilders mengeluarkan filem pendek Fitna yang menyamakan Islam dengan keganasan.
- 19 Mac - Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- 2 Mac - Dmitry Medvedev (gambar) dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.
- 27 Februari - Kesatuan Eropah mendenda Microsoft sebanyak €899 juta kerana tidak mematuhi keputusan kes antimonopolinya pada 2003.
- 17 Februari - Denmark menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki dan Wanita Eropah 2008.
- 17 Februari - Parlimen Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- 23 Januari - Pesawat EADS CASA C-295 Tentera Udara Poland terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara ke-12 berhampiran Mirosławiec, menyebabkan semua 20 kakitangan di atasnya maut.
- 22 Januari - Rusia mengadakan latihan ketenteraan laut terbesar sejak kejatuhan Kesatuan Soviet di Teluk Biscay, melibatkan kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov, 11 kapal sokongan dan 47 pesawat pengebom jarak jauh.
- 12 Januari - Sebuah helikopter Mil Mi-17 milik tentera Macedonia terhempas dalam kabus tebal di tenggara Skopje, mengorbankan kesemua 11 anggota tentera di dalamnya.
- 1 Januari - Cyprus, Malta, dan Akrotiri dan Dhekelia mula menggunakan mata wang euro.