Pergi ke kandungan

K-152 Nerpa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal selam Projek 971 Shchuka-B dalam perjalanan di Laut Baltik
Sejarah
Russian Navy Ensign
Pengguna: Tentera Laut Rusia
Pendaftaran pelabuhan: Rusia
Dibaringkan: 1991
Dilancarkan: 2008
Nota: Menunggu keputusan pajakan kepada India
Ciri-ciri umum
Sesaran: 8140 tan (timbul)
Panjang: 108.0 - 111.7 m (berdasarkan sumber)
Lunas: 13.5 m
Draught: 9.6 m

K-152 Nerpa (Rusia: К-152 «Нерпа») adalah sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear dari Kelas Akula (NATO: Akula II). Pembinaannya telah bermula sejak tahun 1991, tetapi digantung disebabkan oleh kekurangan dana. K-152 Nerpa telah dilancarkan pada Oktober 2008 [1] dan akan disewakan kepada Tentera Laut India pada 2009 dan dinamakan sebagai INS Chakra. Nerpa adalah perkataan Rusia bagi Anjing laut Baikal, manakala chakra pula adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud piring, roda atau tenaga vorteks.

Ketika K-152 Nerpa menjalani ujian di Laut Jepun pada 8 November 2008, satu kemalangan telah berlaku dan penyebabkan kematian 20 orang anak kapal dan mencederakan 21 orang yang lain.[2] Sistem pemadam kebakaran telah membebaskan gas freon di bahagian haluan kapal selam, dan melemaskan pakar-pakar dari kalangan orang awam dan anaka kapal tentera laut.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Pembinaan telah dimulakan di limbungan kapal Komsomolsk-on-Amur pada 1991, akan tetapi berlaku kelewatan pada kemajuan pembinaannya disebabkan oleh kekurangan dana ekoran krisis ekonomi pada awal 1990-an.[3][4] Selepas satu jangka masa yang lama, kapal yang separuh siap ini disimpan, K-152 Nerpa telah dilengkapkan dilimbungan kapal Vostok di bandar tertutup di Bolshoy Kamen, Primorsky Krai.[3] Ia dilancarkan pada Oktober 2008.[1][3] Laporan media India mensyaki pembinaan kapal selam ini telah diteruskan setelah mendapat suntikan dana dari India.[5] Setakat 2008, kapal selam ini dimiliki oleh Angkatan Pasifik.

Alexander Golts, penyunting surat khabar pertahanan Yezhednevny Zhurnal, telah menyatakan pada awal 1980-an, limbungan kapal Amur tidak putus-putus membina kapal selam, akan tetapi sejak 1993 sehingga 2008 hanya membina sebuah kapal selam. "Pakar-pakar berpengalaman telah bersara, manakala pekerja baru pula kekurangan professionalisma." [6]

Perjanjian pajakan kepada India

[sunting | sunting sumber]

Setakat 2008, Rusia mempunyai perjanjian yang belum selesai dengan India bernilai AS$ 2 bilion bagi memajak kapal selam Kelas Nerpa dan sebuah lagi kapal selam dalam Projek 971 Shchuka-B.[1] Berdasarkan perjanjian ini, K-152 Nerpa akan dipajakan selama 10 tahun kepada India dengan nilai dianggarkan kira-kira AS$ 650 juta. Setelah diserahkan kepada Tentera Laut India, kapal selam ini akan dinamakan semula sebagai INS Chakra.[7]

Anak-anak kapal dari Tentera Laut India telah menjalani latihan bagi menggunakan kapal selam berdekatan St. Petersburg dan satu kumpulan pelayar yang lain dijangka akan tiba di Vladivostok pada penghujung 2008 untuk menjalani latihan di laut.[8] Latihan ini dilihat sangat penting kepada program kapal selam nuklear India, juga dikenali sebagai Kapal Teknologi Termaju.[9]

Kemalangan 2008

[sunting | sunting sumber]

Satu kemalangan berlaku di atas K-152 Nerpa pada 8:30 PM waktu tempatan pada 8 November 2008,[10] semasa satu ujian di bawah permukaan air di Lautan Pasifik[11]. Sejumlah 208 orang - 81 kakitangan tentera dan 127 orang awam dari kedua-dua limbungan kapal - berada di dalam kapal semasa kejadian itu berlaku.[3] Sekurang-kurangnya 20 orang mati lemas[12] dan 21 lagi tercedera,[13] menjadikannya kecelakaan kapal selam terburuk sejak Kursk tenggelam pada 2000.[14][15] Tiga yang maut merupakan kakitangan tentera dan selebihnya orang awam dari limbungan kapal Vostok, Zvezda, Era dan Amur yang merupakan ahli pasukan penerimaan.[16]

Kejadian ini tercetus akibat sistem pemadaman kebakaran diaktifkan tanpa sengaja hingga menyebabkan dua bahagian hadapan tertutup dan gas Freon-22 (klorodifluorometana) dibebaskan ke bahagian berkenaan.[3] Gas ini merupakan sejenis bahan penyejuk hidroklorofluorokarbon yang digunakan dalam sistem pemadaman kebakaran LOKh (lodochnaya obyemnaya khimischeskaya - "bahan kimia isi padu") Tentera Laut Rusia. Setiap bahagian dalam kapal selam Rusia mempunyai stesen LOKh yang dapat melepaskan gas tersebut ke bahagian berkenaan atau bahagian bersebelahan.[17] Freon bertindak menggantikan oksigen, membolehkannya memadam api dengan pantas di ruang tertutup. Dalam kepekatan tinggi ia dapat menyebabkan narkosis yang secara berperingkat menyebabkan pengujaan, kekeliruan mental, kelesuan dan akhirnya pengasfiksian.[3] Sistem yang sama dilaporkan pincang tugas pada musim panas 2008 semasa persediaan untuk ujian lautnya.[18]

Mengikut orang-orang yang terselamat, mereka yang terjejas akibat pelepasan gas itu tidak bersedia dan mungkin tidak sempat sedar kerana siren amaran cuma berbunyi selepas gas mula dilepaskan. Sesetengah mangsa dilaporkan tidak dapat memakai peralatan pernafasan sebelum lemas.[19]

Akibat kejadian itu, kapal pembinasa kelas Udaloy Admiral Tributs dan kapal penyelamat Sayany dihantar dari Vladivostok untuk memberi bantuan kepada kapal selam tersebut. Mangsa yang cedera dipindahkan ke Admiral Tributs dan dihantar ke hospital tentera untuk rawatan, manakala K-152 Nerpa kembali ke pangkalannya di Primorsky Krai.[3] Mengikut jurucakap tentera laut Igor Digaylo, kapal selam itu tidak rosak akibat kejadian tersebut dan tahap sinaran kekal normal.[20]

Bilangan korban yang tinggi

[sunting | sunting sumber]

Igor Kurdin, seorang bekas komander kapal selam Kelas Typhoon dan ketua Kelab Ahli Kapal Selam St. Petersburg sekarang, menganggap bilangan korban yang tinggi disebabkan kehadiran sejumlah besar paka-pakar awam di dalam kapal selam tersebut semasa waktu kemalangan. Beliau memberitahu pemerhati awam mungkin tidak dilatih untuk bertindak balas secara betul terhadap pelepasan gas pemadam kebakaran di atas kapal, yang mana akan di dahului dengan lampu yang khusus dan isyarat bunyi, selepas itu semua orang di dalam kapal sepatutnya memakai topeng gas bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri dalam masa 30 minit yang diperlukan bagi mengudarakan ruang sebelum ianya boleh dibuka. Sebagai tambahan, kemalangan ini berlaku pada jam 8:30 malam, di mana kebanyakan pakar-pakar awam dan anak-anak kapal mungkin telah tidur, dan tidak dapat memakai topeng gas dalam masa yang ditetapkan. Di antara 20 orang mangsa, hanya 3 orang bukan merupakan orang awam. [21] Kemalangan ini merupakan kejadian terburuk di Rusia sejak 2000, yang mana letupan torpedo telah menenggelamkan sebuah kapal selam Rusia, iaitu kapal selam Kursk, yang membunuh 118 anak kapal.[22]

Mikhail Barabanov, ketua editor Moscow Defense Brief, mengatakan pelepasan tidak sengaja sistem pemadam kebakaran di dalam kapal selam adalah biasa, akan tetapi selalunya tidak akan menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun, Nerpa telah "dipenuhi dengan orang awam" dan kapal ini menjadi "terlampau sesak". Berdasarkan pemahaman beliau adalah, "penggera kebakaran gagal untuk berfungsi, oleh itu para penumpang tidak sedar bahawa gas mula mengantikan oksigen di ruang-ruang yang terlibat." [23]

Reaksi kerajaan Rusia

[sunting | sunting sumber]

Presiden Rusia Dmitry Medvedev telah mengarahkan Menteri Pertahanan Anatoliy Serdyukov untuk melakukan penyiasatan secepat mungkin dalam mencari punca-punca kemalangan.[3] Kerajaan kawasan Primorsky Krai juga mengumumkan pakej pampasan bagi meringankan beban keluarga yang mana kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ini.

Kesan ke atas pajakan India

[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, terdapat laporan media di India dan Rusia bahawa anak kapal dari Tentera Laut India akan menuju ke Vladivostok pada November 2008, di mana mereka akan memulakan "latihan dan persediaan" di atas kapal selam Nerpa.[24][25][26] Laporan-laporan ini tersebar di tengah-tengah spekulasi bahawa Rusia akan memajakkan kapal selam yang baru dibinanya kepada India.[27] Reports later confirmed that the submarine which suffered the accident was indeed the one which was planned to be leased to India.[28][29]

Pegawai-pegawai Tentera Laut India berkata, "Pegawai-pegawai kami telah berada di Rusia bagi mengawasi projek kapal selam; kedua-dua semasa fasa pembinaan dan fasa ujian laut. Kami mengawasi ketat pembangunannya."

Penganalisis pertahanan Rusia telah memberi komen bahawa kemalangan ini tidak mungkin "akan membuatkan India menjauhkan diri".

Kapal Tentera Laut Rusia yang pernah dinamakan Nerpa

[sunting | sunting sumber]

K-152 Nerpa merupakan kapal selam kedua Rusia yang telah ditauliahkan dengan nama Nerpa. Kapal pertama Nerpa adalah sebuah kapal selam Kelas Morzh yang telah dibaringkan di Nikolayev pada 25 Jun 1911, bersama-sama kapal selam sebelumnya iaitu Morzh dan Tyulen. Ia telah dilancarkan pada 28 September 1913 dan ditauliahkan dalam angkatan Tentera Laut Imperial Rusia pada 1914. Nerpa telah ditugaskan di Laut Hitam semasa Perang Dunia I, iaitu di luar pantai Bosporus menentang angkatan tentera laut Jerman dan Empayar Ottoman, Turki.

Nerpa telah dihantar untuk dibaik pulih pada 1917 di Nikolayev tetapi gagal ditugaskan kembali ke dalam perkhidmatan sehingga tahun 1922 disebabkan oleh kekurangan bahagian-bahagian penting. Ia kemudian ditauliah semula pada 3 Jun 1922 oleh Tentera Laut Soviet dengan menggunakan nama baru iaitu Politruk ("Pengajar politik") dan pada 1923, ia telah ditandakan sebagai No. 11. Kapal ini telah dilucut tauliah pada 3 Disember 1930 serta dijual sebagai besi buruk pada Februari 1931.[30]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Lebih 20 orang terbunuh dalam kemalangan kapal selam Rusia: spokesman". Agence France-Presse. 2008-11-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-23. Dicapai pada 2008-11-12.
  2. ^ "More than 20 dead in Russian nuclear sub accident". Tolerance.ca. November 8, 2008. Dicapai pada 2008-11-11.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b c d e f g h "20 orang terkorban di atas kapal selam disebabkan oleh kerosakan sistem pemadam kebakaran". Komsomolskaya Pravda, 9 November 2008
  4. ^ "Lebi 20 orang terbununh di dalam kapal selam nuklear Rusia". khabrein.info. MOSCOW, Nov 9, 2008. Dicapai pada 2008-11-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Shipping, Shipbuilding And Offshore News". Marinelog.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-13. Dicapai pada 2008-11-11.
  6. ^ "Behind the Russian Sub Disaster". Newsweek. Dicapai pada 2008-11-11.
  7. ^ "Kemalangan kapal selam nuklear membunuh 20 orang". Moscow Times. 10 November 2008. Dicapai pada 2008-11-11.
  8. ^ No Significant Damage to Russian Sub
  9. ^ "Kemalangan di atas kapal selam buatan Rusia untuk India membunuh 20 orang". The Economic Times. Dicapai pada 2008-11-11.
  10. ^ Loiko, Sergei L. (8 November 2008). "False fire alarm blamed in Russian sub deaths". The Columbus Dispatch. Dicapai pada 2008-11-11.
  11. ^ "Russia: More than 20 dead in nuclear sub accident". 2008-11-08. Dicapai pada 2008-11-08.
  12. ^ Gutterman, Steve (2008-11-09). "Russian navy: sub accident kills more than 20". Associated Press. Dicapai pada 2008-11-09.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Twenty die on Russian submarine". BBC. 02:16 GMT, Sunday, 9 November 2008. Dicapai pada 2008-11-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Syal, Rajeev (Sunday November 9 2008 00.01 GMT). "Twenty die in nuclear submarine accident". The Guardian. Dicapai pada 2008-11-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Faulconbridge, Guy (Sat 8 Nov 2008 10:57pm EST). "At least 20 die in accident on Russian nuclear sub". Reuters. Dicapai pada 2008-11-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Ren TV, Moscow, 2030 GMT 10 November 2008
  17. ^ Romanov, D.A.; Moore, Kenneth J.; trans. Acus, Jonathan E. Fire at Sea: The Tragedy of the Soviet Submarine Komsomolets, ms. 250. Brassey's, 2006. ISBN 1574884263
  18. ^ Interfax-AVN news agency, 10 November 2008
  19. ^ "Russian sub survivors: Freon killed as crew slept[pautan mati kekal]". Associated Press, 11 November 2008.
  20. ^ "Primorye flags at half-mast mourning over killed in sub accident". Information Telegraph Agency of Russia, 11 November 2008
  21. ^ "Penggera tidak benar disalahkan di atas kematian di dalam kapal selam Rusia". Los Angeles Times. Dicapai pada 2008-11-11.
  22. ^ "Tentera laut Rusia: kemalangan kapal selam membunuh sekurang-kurangnya 20 orang". Associated Press. 2008-11-09. Dicapai pada 2008-11-09.[pautan mati kekal]
  23. ^ "Tragedi di bawah laut". Newsweek. Dicapai pada 2008-11-11.
  24. ^ "Hindoos lease our submarine – Business – Vladivostok News". Vn.vladnews.ru. Dicapai pada 2008-11-11.[pautan mati kekal]
  25. ^ "The Hindu News Update Service". Hindu.com. Dicapai pada 2008-11-11.
  26. ^ Sandeep Unnithan. "India Today - India's most widely read magazine". Indiatoday.digitaltoday.in. Dicapai pada 2008-11-11.
  27. ^ "domain-b.com : Speculation mounts about Indian lease of new Russian nuclear attack sub". Domain-b.com. Dicapai pada 2008-11-11.
  28. ^ "India was planning to lease Russian sub that suffered fatalities, reports say". Kansascity.com. Dicapai pada 2008-11-11.
  29. ^ "Russian nuclear death sub 'was due for delivery to India'". Timesonline. Dicapai pada 2008-11-11.
  30. ^ Polmar, Norman; Noot, Jurrien. Kapal selam Tentera Laut Rusia dan Soviet, 1718-1990. Naval Institute Press, 1991. ISBN 0870215701