Pergi ke kandungan

Anjing kacuk Alentejo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing kacuk Alentejo
Anjing kacuk Alentejo jantan
Nama lainRafeiro Alentejo
Negara asalPortugal
Trait
Berat Jantan 45–60 kilogram (99–132 lb)[1]
Betina 35–50 kilogram (77–110 lb)[1]
Tinggi Jantan 66–74 sentimeter (26–29 in)[1]
Betina 64–70 sentimeter (25–28 in)[1]
Bulu pendek hingga sederhana panjang; lurus, tebal, padat
Warna kuning, perang kekuning-kuningan, brindle, kelabu serigala, atau hitam - sentiasa dengan tanda-tanda putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing kacuk Alentejo atau rafeiro Alentejo[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Portugal. Ia dinamai sempena kawasan asal usulnya, Alentejo, di Portugal selatan.[2]:33 Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura,[3] dan diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[1]

Anjing jenis ini secara tradisional digunakan untuk melindungi kawanan semasa pindah ternak dua kali setahun ke padang ragut musim panas di pergunungan dan kemudian kembali ke penara Alentejo untuk musim sejuk.[4] Sejak lewat abad kesembilan belas, ia telah dikenali sebagai Rafeiro do Alentejo ("anjing kacuk Alentejo").[4] Pada tahun 1954, baka ini telah diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1]

Sebuah kelab baka, iaitu Associação dos Criadores do Rafeiro do Alentejo ("Persatuan Pembiak Baka Anjing Kacuk Alentejo"), ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai pengganti kepada sebuah kelab terdahulu, Clube Português do Rafeiro do Alentejo ("Kelab Anjing Kacuk Alentejo Portugal").[5][6]

Seekor anjing baka ini bernama Bobi disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai anjing tertua yang pernah hidup, dengan umur 30 tahun dan 226 hari pada 1 Februari 2023.[7][8] Ia mati pada usia 31 tahun dan 165 hari pada 21 Oktober 2023.[9][10]

Beberapa bulan kemudian, terdapat bukti bahawa Bobi bukan anjing kacuk Alentejo.[11]

Rafeiro ialah anjing besar yang lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya dengan dada lebar. Kepalanya besar; matanya kecil dan gelap, telinganya kecil, berbentuk segi tiga, dan tergantung. Lapis bulunya padat dan lurus dan pendek atau sederhana panjang. Ia mungkin hitam, perang kekuning-kuningan, kelabu serigala, atau kuning, sama ada brindle atau tidak, tetapi sentiasa dengan tanda-tanda putih; atau mungkin bertanda putih dengan warna-warna ini.[4] Lapis bulunya tidak setebal lapis bulu pada anjing pastoral lain seperti anjing Tatra Poland.[12]

  1. ^ Jawi: انجيڠ کاچوق الينتيجو; رافيرو الينتيجو; Portugis: rafeiro do Alentejo, sebutan dalam bahasa Portugis: [ʁɐˈfɐj.ɾu ðu ɐ.lẽˈtɛ.ʒu]; bahasa Inggeris: rafeiro of Alentejo
  1. ^ a b c d e f "FCI breeds nomenclature: RAFEIRO DO ALENTEJO (96)" [Tatanama baka FCI: ANJING KACUK ALENTEJO (96)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.
  3. ^ Rafeiro do Alentejo (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ a b c "FCI-Standard N° 96 RAFEIRO DO ALENTEJO (Rafeiro of Alentejo)" [Piawaian FCI No. 96 Anjing Kacuk Alentejo] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Clube Português de Canicultura. Disemak oleh Jennifer Mulholland dan Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Mei 2009. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ Clubes Filiados (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  6. ^ A ACRA (dalam bahasa Portugis). Monforte, Portugal: Associação de Criadores do Rafeiro do Alentejo. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  7. ^ Kathryn Armstrong (3 Februari 2023). Bobi breaks Guinness World Record for oldest dog ever (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  8. ^ Sanj Atwal (2 Februari 2023). Oldest dog EVER record broken by 30-year-old Bobi from Portugal (dalam bahasa Inggeris). London: Guinness World Records Limited. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  9. ^ Kathryn Armstrong (23 Oktober 2023). Bobi, the world's oldest dog ever, dies aged 31 (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  10. ^ "Bobi, anjing tertua di dunia mati pada usia 31". Lisbon, Portugal: Berita RTM. 26 Oktober 2023. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  11. ^ Donn, Natasha (22 Februari 2024). "Portugal Resident news" [Berita Portugal Resident]. Portugal Resident (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  12. ^ Hancock, David (31 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 27. ISBN 9781847978097. OCLC 900020382.