Pergi ke kandungan

PlayStation 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada PS3)
Sony PlayStation 3
PlayStation 3 logo
PlayStation 3 logo

Model asal, Alat pengawal DualShock dan model Slim
Atas: Versi asal dan logo PlayStation baru
Kiri:
Model pertama PlayStation 3 (2006)
Kanan:
Model slim PlayStation 3 (2009)
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony, Foxconn, ASUSTeK[1]
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat 5 Januari 2006
  • Malaysia 7 Januari 2006
  • Kanada 22 Januari 2006
  • Singapura 29 Januari 2006
  • Kesatuan Eropah 23 Januari 2006
  • Jepun 8 Januari 2006
  • Indonesia 10 Januari 2006
  • Finland 25 Januari 2006
  • Sweden 24 Januari 2006
  • Rusia 28 Januari 2006
  • Australia 28 Januari 2006
  • Switzerland 20 Januari 2006
  • Slovenia 25 Januari 2006
  • Slovakia 13 Januari 2006
  • Lubnan 29 Januari 2006
  • India 18 Januari 2006
  • Pakistan 20 Januari 2006
  • Korea Selatan 21 Januari 2006
  • Republik Rakyat Cina 24 Januari 2006
  • Senegal 12 Januari 2006
  • Nigeria 30 Januari 2006
  • Republik Ireland 12 Januari 2006
  • Perancis 19 Januari 2006
  • Itali 16 Januari 2006
  • Jerman 17 Januari 2006
  • United Kingdom 15 Januari 2006
  • Belanda 28 Januari 2006
Ditamatkan
  • NZ: 29 September 2015
  • EU: Mac 2016
  • AU: Mac 2016
  • NA: Oktober 2016
  • JP: 29 Mei 2017
MediaCakera Blu-Ray, DVD, Cakera padat, Cakera Permainan PS2
CPUCell Broadband Engine 3.2 GHz dengan 1 PPE & 7 SPEs
Muatan storanCakera keras tetap SATA 2.5 inci (20 GB, 40 GB, 60 GB, 80 GB, 120 GB, 160 GB, 250 GB, 320 GB atau 500 GB)
Ingatan256 MB (memori sistem) dan 256 MB (memori video)
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
Permainan terlarisGrand Theft Auto V, 34 juta
PendahuluPlayStation 2
PenggantiPlayStation 4
Laman sesawanghttp://www.playstation.com/ps3/

PlayStation 3 (プレイステーション 3,, Pureisutēshon Surī) (singkatan: PS3) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, mula diumumkan secara rasmi menerusi acara E3 2005 dan telah dilancarkan pada 11 Januari 2006 di Jepun[2], 17 Januari 2006 di kawasan Amerika Utara[3] dan pada 23 Januari 2006 di Eropah[4] dan Australia. Konsol PS3 merupakan salah satu daripada konsol permainan video generasi ke-7, di samping konsol Xbox 360 yang dibangunkan oleh Microsoft dan konsol Nintendo Wii yang dibangunkan oleh Nintendo.

Konsol PS3 merupakan konsol pertama yang menggunakan pemain cakera optik terbina Blu-ray sebagai media storan[5]. Ianya juga merupakan konsol PlayStation pertama yang mengintegrasikan perkhidmatan permainan sosial, termasuklah PlayStation Network[6] serta konsol pertama yang boleh dikawal menggunakan konsol mudah alih, melalui sambungan kawalan jauh pada PlayStation Portable dan PlayStation Vita[7]. Pada bulan September 2009, model Slim bagi konsol PS3 ini telah dikeluarkan dan model ini tidak lagi menyokong keupayaan untuk mengendalikan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 2[8]. Model ini lebih ringan dan nipis berbanding model asal serta menggunakan logo dan pemasaran yang telah direka bentuk semula, selain memaparkan animasi but yang sedikit berbeza[8]. Variasi Super Slim kemudian telah dikeluarkan lewat tahun 2012, dengan reka bentuk yang dikemaskini.

Di waktu awal pelancaran, rata-rata memberikan reaksi pelbagai terhadap konsol PS3 ini, kerana harga jualan yang tinggi, penggunaan seni bina pemproses yang kompleks dan kurang permainan video yang berkualiti namun pujian diberikan kepada penggunaan teknologi Blu-ray serta "potensi yang belum diterokai". Pasaran konsol PlayStation 3 ini pada mulanya tidak begitu memberangsangkan[9] namun begitu ianya mula mendapat sambutan, terutamanya setelah pengenalan kepada model Slim dan telah terjual sebanyak 87.4 juta unit, lebih banyak berbanding Xbox 360, menjadikan konsol PS3 ini konsol kelapan paling laris dalam sejarah konsol permainan video. Pengganti konsol ini, PlayStation 4 dikeluarkan pada bulan November 2013. Pada 29 September 2015, Sony mengesahkan pasaran PlayStation 3 akan ditamatkan di New Zealand, namun konsol ini masih lagi dikeluarkan untuk pasaran lain[10]. Pada bulan Mac 2016, tiada lagi pengeluaran unit baru bagi pasaran Eropah dan Australia serta di kawasan Amerika Utara pada bulan Oktober 2016[11][12]. Menjelang tahun 2017, Jepun merupakan kawasan terakhir di mana unit baru konsol PS3 masih lagi dikeluarkan sehinggalah 29 Mei 2017, apabila Sony mengesahkan bahawa pasaran PlayStation 3 ditamatkan di sana[11][12][13][14].

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan konsol PlayStation 3 bermula seawal 9 Mac 2001 apabila Ken Kutaragi, Presiden Sony Interactive Entertainment pada ketika itu mengumumkan kerjasama di antara Sony, Toshiba, dan IBM untuk membangunkan reka bentuk mikropemproses Cell[15]. Pada masa itu, Shuhei Yoshida merupakan Presiden Pembangunan Perisian PlayStation Global yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan permainan video yang akan dikeluarkan untuk konsol-konsol di bawah jenama PlayStation[16]. Pada bulan September 2004, Sony mengatakan bahawa konsol PlayStation 3 akan menggunakan pemain Blu-ray, di samping berupaya memainkan cakera DVD dan CD[17], kemudian pada bulan Disember berikutnya, NVIDIA telah diumumkan sebagai rakan reka bentuk bagi membangunkan cip pemproses grafik konsol ini[18]. Di awal tahun 2005 pula, Sony kini memfokuskan dalam membangunkan permainan video yang akan dilancarkan di samping PS3[15].

Konsol PlayStation 3 diperlihatkan kepada umum secara rasmi pada 16 Mei 2005 semasa dalam acara E3 2005[19], di samping reka bentuk prototaip alat pengawal Sixaxis yang berbentuk seakan bumerang[20]. Namun begitu, konsol sebenar yang berfungsi tidak dipertunjukkan dalam acara itu[21], atau semasa dalam acara Pertunjukkan Permainan Tokyo yang diadakan pada bulan September 2005[22] walaupun demonstrasi permainan video (seperti permainan video Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots[21]) yang dijalankan menerusi kit pembangunan perisian dan perkakasan komputer yang memiliki spesifikasi yang lebih kurang sama diperlihatkan dalam kedua-dua acara itu. Video pendek yang berdasarkan kepada ramalan spesifikasi konsol PlayStation 3 juga dipaparkan (terutamanya dalam paparan demonstrasi teknologi Final Fantasy VII)[23].

Prototaip awal yang dipertunjukkan pada bulan Mei 2005 itu mengandungi dua sambungan HDMI, tiga sambungan Ethernet dan enam sambungan USB[24]. Namun begitu, dalam acara E3 2006 pula, bilangan sambungan pada konsol yang dipertunjukkan kini berkurangan kepada satu sambungan HDMI, satu sambungan Ethernet dan empat sambungan USB, berkemungkinan bagi mengurangkan kos[25][26]. Dua varian perkakasan diumumkan bagi konsol PS3 ini; varian 20 GB ditawarkan pada harga US$499 (€499) dan varian 60 GB ditawarkan pada harga US$599 (€599)[25]. Hanya varian 60 GB sahaja yang memiliki sambungan HDMI, sambungan Internet tanpa wayar, pembaca kad kilat dan kemasan berwarna krom dengan logo yang berwarna perak[25]. Tarikh untuk pasaran global bagi kedua-dua varian ini juga diumumkan, iaitu pada 11 November 2006 untuk pasaran di Jepun dan 17 November 2006 untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah[27].

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]
Beberapa orang pelanggan bermalam di sekitar kedai permainan 24 jam sebelum pasaran konsol PS3 di kawasan Amerika Utara bermula.

PlayStation 3 mula dipasarkan di Jepun pada 11 November 2006, tepat pukul 7 pagi[2]. Menurut pengamal media Jepun Media Create, sebanyak 81,639 unit konsol PS3 telah terjual dalam masa 24 jam selepas ianya mula dipasarkan[28]. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa segelintir ahli perniagaan Jepun mengupah sekumpulan warga China beratur di kedai-kedai permainan video bagi mendapatkan konsol PS3 ini tanpa pembelian permainan video tambahan pada hari pertama jualan konsol PS3 dilancarkan di sana[29].

Selepas pasaran Jepun, konsol PS3 mula dipasarkan di kawasan Amerika Utara pada 17 November 2006[3]. Ada beberapa insiden buruk dilaporkan semasa hari itu. Terdapat laporan mengenai seorang pelanggan yang ditembak, perompak yang bersenjata api merompak pelanggan-pelanggan yang berkhemah di sekitar kedai[30] dan insiden tembakan rambang yang melibatkan beberapa orang pelanggan yang sedang beratur bagi mendapatkan konsol PS3 ini[31]. Terdapat juga laporan mengenai kekecohan yang berlaku pada hari pertama konsol PS3 dipasarkan di kedai-kedai permainan sekitar Amerika Syarikat yang memaksa polis bertindak meleraikan keadaan[32]. Selain kawasan Amerika Utara, konsol PS3 juga mula dipasarkan di Hong Kong dan Taiwan pada hari yang sama[33].

Sony pada awalnya merancang untuk memulakan pasaran konsol PlayStation 3 di seluruh dunia bermula November 2006, namun begitu pada September 2006, pasaran di Eropah dan kawasan lain (terutamanya yang menggunakan format video PAL) ditangguhkan sehingga Mac tahun berikutnya[34][35]. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Sony, mereka menyatakan bahawa penangguhan ini adalah disebabkan oleh kelewatan pembuatan komponen diod laser biru secara besar-besaran yang tidak mengikut jadual[35]. Diod ini merupakan komponen utama dalam pembuatan pemain cakera optik Blu-ray[36]. Khabar angin mengenai kekurangan bekalan komponen ini mula tersebar apabila terdapat laporan yang menyatakan bahawa Sony menggantung penghantaran bekalan komponen ini untuk pembuatan pemain cakera optik Blu-ray kendiri buat sementara waktu[34]. Pada 24 Januari 2007, Sony mengumumkan konsol PlayStation 3 akan mula dipasarkan bermula 23 Mac 2007 di kawasan Eropah, Australasia, Timur Tengah, Afrika dan Rusia dan hanya varian 60 GB yang ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi sahaja dipasarkan buat masa ini.[37][4].

Pada 7 Mac 2007, konsol PS3 dengan varian 60 GB mula dipasarkan di Singapura dengan harga SGD 799 menerusi majlis pengenalan yang telah diadakan di pusat beli belah Clarke Quay[38]. Di Emiriah Arab Bersatu, varian 60 GB ini dipasarkan dengan harga 2499 Dirham menerusi acara majlis pelancaran yang dibuat secara besar-besaran yang dianjurkan Sony dengan persembahan penyanyi Shakira bertempat di litar Dubai Autodrome[39][40]. Pada 27 April 2007, konsol PS3 mula dipasarkan di India dengan harga Rs 39,990 untuk varian 60 GB[41]. Di Mexico pula, konsol PS3 dipasarkan menerusi varian 20 GB yang dijual dengan harga MXN 10,495[42]. Manakala di Korea Selatan, konsol PlayStation 3 mula dipasarkan pada 16 Julai 2007 versi tunggal yang dilengkapi dengan storan bersaiz 80 GB dan IPTV dengan harga 518,000 KRW[43]. Varian 80 GB ini juga mula dipasarkan untuk pasaran di Malaysia bermula pada 20 September 2008 menerusi acara majlis pengenalan yang diadakan di pusat beli belah 1 Utama, di mana Sony menawarkan sebanyak 150 pakej yang mengandungi konsol PS3, permainan video Soul Calibur IV dan beberapa cenderamata yang lain kepada pembeli terawal[44][45].

Model Slim

[sunting | sunting sumber]

Sony mengumumkan model terbaru bagi konsol PlayStation 3 (nombor model CECH-2000) pada 18 Ogos 2009 menerusi sidang akhbar dalam acara Sony Gamescom[46]. Secara tak rasmi dikenali sebagai Slim, model ini memiliki saiz dan ketebalan kerangka badan konsol yang lebih nipis berbanding model asal, kurangnya penggunaan kuasa dan menawarkan sistem penyejukkan yang lebih senyap[47]. Pada masa yang sama, logo baru bagi konsol PS3 ini juga diperkenalkan yang menggantikan logo sedia ada yang menggunakan tema seakan Spider-Man, serta penggunaan perkataan "PS3" yang menggunakan reka bentuk seakan konsol PS2[48].

Model Slim mula dipasarkan di kawasan Amerika Utara bermula pada 1 September 2009 dengan harga $299, di Eropah dengan harga €299 dan di United Kingdom dengan harga £249.99[49]. Harga yang ditawarkan ini adalah lebih rendah berbanding dengan harga bagi model asas konsol PS3, dan menurut Sony, mereka kini berdepan dengan kerugian atas setiap konsol yang dijual[46]. Di Hong Kong, model baru ini dijual dengan harga HK$2,399 menerusi acara majlis pengenalan yang diadakan bermula pada pukul 6 petang waktu Hong Kong dan bertempat di kawasan beli belah Causeway Bay[50]. Hong Kong merupakan kawasan pertama di dunia yang menerima model Slim ini[51] kerana perbezaan zon masa serta pasaran model ini di Jepun yang ditangguhkan kepada 3 September 2009[49].

Di Malaysia, model Slim mula dipasarkan bermula 31 Oktober 2009 dengan varian tunggal 120 GB berwarna hitam yang dijual dengan harga RM 1,299[52]. Di Singapura pula, model ini dipasarkan pada bulan yang sama dengan harga SGD 512[53].


Perkakasan

[sunting | sunting sumber]
Cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer pada papan induk PlayStation 3

Konsol PlayStation 3 memproses data menggunakan cip mikropemproses berteraskan kepada set suruhan PowerPC yang dikenali sebagai Cell berjenis 64-bit yang dibangunkan dengan kerjasama Sony, Toshiba dan IBM[54]. Cip mikropemproses ini terdiri daripada pemproses tunggal Power Processing Element (PPE) (Elemen Pemprosesan Kuasa) berkelajuan 3.2 GHz dan lapan pemproses Synergistic Processing Elements (SPE) (Elemen Pemprosesan Sinergi)[55]. Hanya enam daripada tujuh pemprosesan SPE sahaja yang boleh diakses oleh pembangun manakala SPE ketujuh diperuntukkan bagi kegunaan dalaman sistem operasi konsol ini[56]. SPE kelapan pula walaupun termasuk dalam cip mikropemproses Cell, namun ianya tidak digunakan[56][57]. Secara keseluruhannya, prestasi cip mikropemproses ini mampu memuncak sehingga 153.6 GFLOP bagi titik apung nombor kepersisan tunggal atau sehingga 15 GFLOP bagi titik apung nombor kepersisan berganda.

Grafik untuk konsol PS3 ini diproses menerusi cip mikropemproses grafik Nvidia RSX Reality Synthesizer, yang berupaya mengeluarkan paparan resolusi bermula daripada paparan standard 480i/576i sehingga paparan berdefinisi tinggi 1080p[58]. Prestasi yang ditonjolkan cip ini dikatakan menyamai cip mikropemproses NVIDIA G70 yang bakal dikeluarkan untuk pasaran komputer[59] dan mampu memproses grafik sehingga 500 MHz dan memiliki memori ingatan capaian rawak berkapasiti 256 MB dari jenis GDDR3[60]. Cip RSX ini juga berupaya mengeluarkan paparan pada 2 skrin serentak[60]. Kerjasama Nvidia dalam menghasilkan cip mikropemproses untuk konsol PS3 mula kedengaran seawal tahun 2003 apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Sony sedang mencari bentuk kerjasama bagi membangunkan cip mikropemproses grafik untuk konsol akan datang, walaupun pada ketika itu Sony menafikan khabar angin tersebut[61]. Konsol PS3 memiliki memori capaian rawak yang bersaiz 256MB menggunakan senibina XDR DRAM yang dilesenkan oleh pemegang hak cipta intelek Rambus Inc.[62] di mana kadar pemindahan data dianggarkan sebanyak 3.2 Gbps[55].

Selain itu, konsol PS3 mempunyai komponen Bluetooth versi 2.0, yang menyokong sehingga tujuh sambungan alatan yang menggunakan Bluetooth serentak dan juga sambungan Internet tanpa wayar yang tersedia bagi kesemua varian kecuali varian 20 GB. Terdapat juga pembaca kad imbas (yang menyokong penggunaan kad imbas berjenis Memory Stick, SD/MMC dan CompactFlash/Microdrive pada varian 60 GB dan varian 80 GB untuk nombor model bermula dengan CECHExx. Konsol PS3 juga memiliki sambungan Ethernet, HDMI 1.4 dan USB 2.0.

Alat pengawal

[sunting | sunting sumber]

Alat pengawal tanpa wayar Sixaxis (jenama rasmi "SIXAXIS") merupakan alat pengawal tanpa wayar rasmi untuk PlayStation 3 sehingga digantikan dengan alat pengawal DualShock 3. Kesemua alat pengawal Sixaxis yang dijual tidak termasuk dengan kabel USB ke mini USB, tidak termasuk dengan alat pengawal Sixaxis yang dijual bersama konsol. Nama Sixaxis juga merujuk kepada teknologi pengesanan gerakan yang digunakan dalam alat pengawal ini serta DualShock 3.

Alat pengawal ini direka berdasarkan kepada alat pengawal DualShock 2 yang mengekalkan ciri-ciri seperti butang yang sensitif kepada tekanan, susun atur butang serta reka bentuk. Namun begitu, alat pengawal ini mempunyai ciri-ciri tambahan seperti penggunaan teknologi Bluetooth untuk kawalan tanpa wayar serta memiliki teknologi pengesanan gerakan. Alat pengawal ini tidak disertakan motor gegaran. Sixaxis mengubah butang "Analog" yang terdapat dalam DualShock 2 kepada butang berlogo PlayStation yang digunakan untuk mengakses menu pada konsol.

DualShock 3

[sunting | sunting sumber]
Alat pengawal DualShock 3

DualShock 3 menggantikan alat pengawal Sixaxis sebagai alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 3. Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti Sixaxis tetapi dengan keupayaan gegaran. DualShock 3 juga mempunyai reka bentuk serupa dengan Sixaxis dengan perbezaan hanyalah pada cetakan "DUALSHOCK 3" yang terdapat pada bahagian atas alat pengawal. Fungsi gegaran yang terdapat pada alat pengawal ini tidak mengganggu fungsi pengesanan gerakan, malah ianya boleh digunakan bersama-sama[63]. DualShock 3 juga merupakan alat pengawal tanpa wayar yang mempunyai input USB mini yang digunakan untuk pengecasan bateri.

DualShock 3 dilancarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation di Jepun pada 11 Januari 2008, pada mulanya terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih ceramik, yang berpadanan dengan model konsol baru yang dilancarkan[64]. Pada 6 Mac 2008, DualShock 3 versi perak satin telah dikeluarkan di Jepun, juga bersama-sama dengan model konsol berwarna yang sama[65]. Pada 30 Oktober 2008, Sony telah memulakan pengeluaran konsol PlayStation 3 bersama alat pengawal DualShock 3[66].

Perisian sistem

[sunting | sunting sumber]

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation diberi nama CellOS, sistem operasi yang berteraskan kepada FreeBSD berdasarkan kepada rekod pengenalan TCP/IP, PlayStation 3 dikenalpasti sebagai FreeBSD[67]. Sistem pengaturcaraan untuk enjin 3D pula menggunakan LibGCM dan PSGL[68], namun begitu kebanyakkan pembangun menggunakan LibGCM yang menawarkan prestasi yang tinggi[69].

PlayStation 3 menggunakan XrossMediaBar (XMB) sebagai antaramuka grafik yang juga digunakan dalam konsol PlayStation Portable, kebanyakkan television Sony BRAVIA serta beberapa produk Sony yang lain. XMB memaparkan ikon yang mendatar di paparan skrin yang dilihat sebagai menu utama. Pengguna boleh memilih menu dengan menggerakkan ke kiri atau ke kanan menggunakan alat pengawal. Apabila sesuatu menu utama dipilih, beberapa menu kecil biasanya akan keluar sama ada dari atas atau ke bawah.

Sokongan OtherOS

[sunting | sunting sumber]
Sistem operasi Ubuntu yang dijalankan menggunakan konsol PlayStation 3.

Konsol PlayStation 3 pada awalnya dipasarkan dengan keupayaan untuk memasang sistem operasi lain (sama ada sistem operasi yang berteraskan Linux atau Unix) yang boleh dijalankan bersama sistem operasi utama konsol[70][71]. Untuk menjalankan sistem operasi yang lain ini, hanya enam daripada tujuh pemproses Elemen Pemprosesan Sinergi (SPE) di dalam mikropemproses Cell sahaja yang boleh digunakan, manakala cip grafik RSX Reality Synthesizer tidak boleh digunakan. Sistem operasi ini boleh diakses sama ada daripada pemasangan di dalam storan cakera keras atau daripada CD melalui menu yang dipaparkan pada paparan antara muka XMB konsol PS3[72].

Keupayaan menjalankan sistem operasi lain atau dikenali juga dengan nama "OtherOS" ini tidak disediakan pada model Slim atau terbaharu[73], dan ciri ini juga kemudiannya dikeluarkan dari model asal sebagai sebahagian daripada kemaskini sistem versi 3.21 yang dikeluarkan pada 1 April 2010[74][70]. Sony menyatakan bahawa faktor keselamatan merupakan sebab kenapa ciri ini dikeluarkan[71][75]. Kemaskini versi 3.21 juga diwajibkan jika pemain ingin menggunakan perkhidmatan PlayStation Network[76] .

Langkah yang dikenakan ini telah menyebabkan kontroversi kerana ramai berpendapat ciri ini telah dipromosikan secara rasmi bagi konsol yang telah terjual. Oleh kerana itu, beberapa notis tuntutan telah difailkan kepada Sony untuk mengembalikan ciri ini atau memberikan pampasan yang setimpal.[77][78]. Pada 8 Disember 2011, hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Richard Seeborg menolak kes tuntutan terakhir berkaitan isu ini (tuntutan yang lain juga turut ditolak), menyatakan bahawa "Dari segi undang-undang, ....plaintif gagal mengemukakan fakta atau menghuraikan teori di mana Sony boleh dikenakan pertuduhan"[79].

Pada tahun 2016, Sony bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak USD3.75 juta setelah pihak mahkamah di Amerika Syarikat meluluskan penyelesaian melalui tuntutan yang telah dibuat oleh beberapa plaintif[80][81]. Walaupun begitu, pampasan ini hanya dibayar kepada pemilik konsol PS3 model asal yang dijual di antara 1 November 2006 sehingga 1 April 2010 untuk varian 20 GB, 40 GB, 60 GB dan 80 GB sahaja[82].

Pepijat tahun lompat

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mac 2010, model asas konsol PlayStation 3 versi awal di seluruh dunia mengalami kegagalan berkaitan dengan sistem waktu dalaman konsol, apabila sistem tersalah dalam mengenalpasti tarikh 1 Mac sebagai 29 Februari yang menyebabkan konsol PS3 gagal berfungsi dengan baik[83]. Terdapat pelbagai simptom yang dialami sebelum Sony mengenalpasti punca atas kejadian ini. Pada mulanya, masalah dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem untuk berhubung kepada perkhidmatan atas talian PlayStation Network. Namun begitu, terdapat pemain yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan atas talian juga mengalami masalah untuk memasang permainan video luar talian (di mana sebahagian daripada permulaan proses pemasangan ini adalah berhubung dengan waktu sistem) dan menggunakan tema asas sistem.

Pada masa yang sama juga, kebanyakkan pemain mendapati bahawa waktu yang dipaparkan dalam konsol kini menunjukkan tarikh 1 Januari 2000[84]. Kegagalan yang berpunca daripada sistem waktu konsol ini digelar sebagai "ApocalyPS3", gabungan di antara perkataan apocalypse (malapetaka) dan PS3 yang merupakan singkatan kepada nama PlayStation 3. Kod kegagalan yang berkaitan dengan masalah ini biasanya akan dipaparkan sebagai 8001050F[85] dan ianya memberi kesan kepada pemain untuk log masuk ke konsol, bermain permainan video, menggunakan tema antara muka dinamik dan melihat atau menyelaras trofi[86]. Masalah berkaitan dengan sistem waktu konsol ini hanya berlaku kepada model asas konsol PS3, dan tidak terkesan kepada model Slim atau model baharu[86] kerana model-model ini menggunakan perkakasan dalaman yang berbeza untuk sistem waktu. Model yang dikeluarkan untuk pembangun dan media yang berasaskan kepada versi awal juga terkesan dengan masalah kegagalan ini[84].

Sony mengesahkan mengenai kegagalan ini dan menyatakan bahawa mereka sedang mencari punca dan berusaha untuk memulihkan keadaan itu[87]. Pada 2 Mac 2010, pemain yang memiliki versi asas PS3 ini dilaporkan berjaya berhubung dengan perkhidmatan PlayStation Network[88] dan waktu yang dipaparkan tidak lagi menunjukkan tarikh 1 Januari 2000[83]. Keadaan ini berlaku dengan sendirinya tanpa kemaskini segera atau tindakan sementara[88]. Sony menyatakan bahawa model yang terkesan ini tersilap dalam menentukan tahun 2010 sebagai tahun lompat, kerana terdapat pepijat dalam memori penyimpanan tarikh yang berdasarkan kepada penentuan perpuluhan berkod perduaan (BCD)[85][89]. Walaupun begitu, bagi kebanyakkan pemain yang mengemaskini sistem waktu untuk sistem operasi konsol berdasarkan kepada kemaskini atas talian, mereka perlu menyelaras kembali secara manual atau menggunakan Internet[87][89].

Pada 29 Jun 2010, Sony mengeluarkan kemaskini sistem perisian PS3 versi 3.40, yang menambah baik kefungsian sistem waktu dalaman bagi penentuan tahun lompat yang dikurangkan kepada 2 tahun, berbanding empat tahun sekali sebelum ini[90].


Penggunaan lain

[sunting | sunting sumber]

Superkomputer

[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi yang terdapat dalam konsol PlayStation 3 ini digunakan untuk mencipta superkomputer[91]. Pada 3 Januari 2007, Dr. Frank Mueller, Profesor Madya dalam Sains Komputer di NCSU menggabungkan 8 kelompok PlayStation 3[92]. Mueller mengatakan bahawa memori sistem yang terdapat dalam konsol ini tidak mampu menjalankan beberapa aplikasi yang memaksa beliau untuk menggabungkan konsol ini bersama[93]. Perisian yang dijalankan beliau termasuklah Fedora Core 5 Linux ppc64, MPICH2, OpenMP v 2.5, GNU Compiler Collection dan CellSDK 1.1[94]. Sebagai jalan alternatif kepada penjimatan kos untuk membeli superkomputer yang biasa, pihak tentera Amerika Syarikat juga membeli beberapa konsol PlayStation 3 dan digabungkan sebagai superkomputer bertujuan untuk melakukan kajian[95].

Pada November 2010, Makmal Penyelidikan Air Force (AFRL) membina superkomputer yang berprestasi sangat tinggi dengan menggabungkan 1,760 konsol PlayStation 3 termasuklah 168 cip mikropemproses untuk grafik dan 84 pelayan yang menyelaras kesemua proses yang mampu melaksanakan sebanyak 500 TFLOPS[96]. Superkomputer ini merupakan superkomputer ke-33 terbesar di dunia dan digunakan untuk menganalisis imej berdefinisi tinggi yang dihantar dari satelit[97].

Pada Disember 2008, sekumpulan penggodam menggabungkan 200 konsol PlayStation 3 untuk menggodam sekuriti SSL[98].

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2007, Sony Computer Entertainment dan Universiti Stanford melebarkan projek Folding@home kepada konsol PlayStation 3[99]. Pengguna PlayStation 3 akan bersama-sama dengan beribu-ribu komputer lain membantu dari segi kuasa dan prestasi komputer bertujuan untuk mengkaji ketidakseimbangan protin dalam badan dan penyakit yang berkaitan seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington dan beberapa jenis kanser[100]. Perisian yang berkaitan dengan kajian ini merupakan sebahagian daripada kemaskini perisian sistem operasi PlayStation versi 1.6 (22 Mac 2007) dan pengguna boleh memilih sama ada ingin dijalankan secara manual atau automatik apabila PS3 tidak digunakan menerusi antara muka XrossMediaBar. Kuasa pemproses dari kesemua konsol PlayStation 3 banyak menyumbang kepada projek ini dan PlayStation 3 menduduki tangga ketiga di belakang pemproses NVIDIA dan AMD dari segi sumbangan FLOPS[101]. Pada November 2012, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan servis ini kepada pengguna PlayStation 3 menerusi kemaskini sistem versi 4.30[100].

eHiTS Lightning merupakan perisian untuk saringan perubatan maya pertama dikeluarkan untuk PlayStation 3, dan dikeluarkan oleh pembangun SimBioSys[102][103]. Aplikasi ini mampu dijalankan 30 kali lebih pantas pada konsol PlayStation berbanding dengan komputer biasa.


  1. ^ Shilov, Anton (18 Julai 2006). "Asustek Computer Ships PlayStation 3 Consoles". X-bit labs. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2016. Dicapai pada 5 Mei 2007.
  2. ^ a b "PS3 sells out at launch". BBC. 11 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2007. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  3. ^ a b "Sony's PS3 makes U.S. debut". USA Today. 17 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  4. ^ a b "PlayStation 3 launches March 23 in Europe, 425". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ "PlayStation 3 Features – Blu-ray". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2010. Dicapai pada 4 Mac 2010.
  6. ^ "PlayStation.com – PLAYSTATION3 Features: Multimedia". Sony Interactive Entertainment America. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  7. ^ De Leon, Al (26 Disember 2007). "PlayStation Blog — PS3 Tips — Remote Play and PlayStation Store". blog.us.playstation.com. PlayStation Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  8. ^ a b Wilde, Tyler (20 Ogos 2009). "12 things you didn't know about the PS3 Slim". Games Radar. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2024. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  9. ^ "Sony Acknowledges Slow PS3 Sales in 2007". 4 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 30 Disember 2016.
  10. ^ Cood, Matthew. "PlayStation 3 Being Discontinued in New Zealand". NZGamer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2015. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  11. ^ a b Ashcraft, Brian (30 Mei 2017). "Sony Finally Killed Off The PS3 In Japan". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  12. ^ a b Ackerman, Dan (30 Mei 2017). "Sony PlayStation 3 ends shipments, fulfilling 10-year promise". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  13. ^ user name (8 Februari 2013). "PlayStation®3 チャコール・ブラック 500 GB | プレイステーション® オフィシャルサイト ". Jp.playstation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  14. ^ Lawrence Yee (20 Mac 2017). "Sony to Halt Playstation 3 Production in Japan – Variety". Variety.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  15. ^ a b "Mark Cerny frankly recounts Sony's mistakes with the PlayStation 3". VentureBeat. 30 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  16. ^ Lanxon, Nate (24 September 2012). "Q&A: How Sony simultaneously develops the same game for PS3 and Vita". Ars Technica. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  17. ^ Dunham, Jeremy (21 September 2004). "Kutaragi Confirms PS3 Info". IGN. IGN Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2004. Dicapai pada 4 November 2023.
  18. ^ Dunham, Jeremy (7 December 2004). "Sony Announces PS3 GPU". IGN.com. IGN Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2004. Dicapai pada 4 November 2023.
  19. ^ Sulic, Ivan (16 Mei 2005). "E3 2005: PS3 Official". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  20. ^ "E3 2005: PlayStation 3 – The ("boomerang") Controller". IGN Entertainment, Inc. 16 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2011. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  21. ^ a b "TGS 2005 booth round-up". Gamasutra. 15 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  22. ^ "Sony E3 2005 press conference video". IGN. 17 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  23. ^ Allen, Jason (15 Mei 2005). "E3 2005: Eyes-on the Final Fantasy VII Tech Demo". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2012. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  24. ^ "PlayStation 3 announced for 2006". GameSpot. 16 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2011. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  25. ^ a b c "IGN: E3 2006: The final word on PlayStation". IGN. 24 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  26. ^ "IGN's Official PlayStation 3 FAQ". IGN. 26 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  27. ^ "Sony PlayStation 3 launch details". Ars Technica. 9 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2009. Dicapai pada 18 Januari 2008.
  28. ^ "Japanese PS3 Sales Data Also Depressing". Media Create Co. melalui Kotaku. 14 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2007. Dicapai pada 24 Oktober 2008.
  29. ^ "Foreigners And Fights, PS3 JPN Launch's Dark Side". Kotaku. 12 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2007. Dicapai pada 2 September 2007.
  30. ^ "Camping PlayStation gamers robbed at gunpoint". KMTR. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2008. Dicapai pada 17 November 2006.
  31. ^ "Four People Shot While Waiting for PlayStation Console, Including 27 NEWSFIRST Reporter". WKYT News. 16 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2006. Dicapai pada 17 November 2006.
  32. ^ Kavilanz, Parija (17 November 2006). "PS3 debut leads to violence, disorder". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  33. ^ Jenkins, David (2 November 2006). "Sony Confirms Hong Kong, Taiwan PS3 Launch". Gamasutra.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  34. ^ a b Gibson, Ellie (6 September 2006). "PS3 delayed in Europe". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2009. Dicapai pada 1 April 2024.
  35. ^ a b Baertlein, Lisa; Takenaka, Kiyoshi (6 September 2006). "Sony PlayStation 3 delayed in Europe". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  36. ^ Ricker, Thomas (6 September 2006). "PlayStation 3 launch delayed for Europe and others". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  37. ^ "SCEE official press release". Sony Computer Entertainment Europe. 24 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  38. ^ "Singapore's PS3 launch party". CNET. 8 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  39. ^ "Sony finalises Middle East PS3 launch date". Arabian Business. 1 Februari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2021. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  40. ^ "Hard-Core Gamers Drive Gray Console Sales". Arab News. 13 Februari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  41. ^ "Sony PlayStation 3 Launch In India Next Month; Price Rs 39,990". Gigaom.com. 23 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  42. ^ Murray, J. (15 Disember 2006). "PS3 launching at $974 in Mexico". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  43. ^ "PlayStation 3 (80 GB) Korean". SCEI. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2007. Dicapai pada 18 Januari 2008.
  44. ^ Caoili, Eric (10 September 2008). "Report: Sony To Launch PS3 In Malaysia". Game Developer. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  45. ^ Ashcraft, Brian (10 September 2008). "Malaysia Is Getting PS3 Launch This Month". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021. Dicapai pada 1 April 2024.
  46. ^ a b Schofield, Jack (26 Ogos 2009). "Sony's PlayStation 3 Slim has tough game ahead of it". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  47. ^ Ohannessian, Kevin (18 Ogos 2009). "Sony Announces PS3 Slim". Fastcompany.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2022. Dicapai pada 1 April 2024.
  48. ^ "Sony Completely Rebrands The PlayStation 3". Kotaku. 19 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2014. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  49. ^ a b Altizer, Roger (9 Disember 2019). "PlayStation 3 (PS3) Slim Release Dates and Prices". Lifewire. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  50. ^ "Sony Throwing A Global Launch Party For Slim PS3". Siliconera. 21 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2022. Dicapai pada 1 April 2024.
  51. ^ Cullen, Johnny (21 Ogos 2009). "Sony throwing worldwide launch party for PS3 Slim in Hong Kong". VG247. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2022. Dicapai pada 1 April 2024.
  52. ^ McGlaun, Shane (19 Oktober 2009). "PS3 Slim and PSP Go set to hit Malaysia on Halloween". Slash Gear. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  53. ^ Siew, Alfred (14 Oktober 2009). "Sony PS3 Slim at S$512 in Singapore". Tech Gondu. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  54. ^ "Cell Introduction" (PDF). IBM. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Mac 2009. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  55. ^ a b Clayton, Syler (2012). "PlayStation 3 System Architecture". Dicapai pada 1 April 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  56. ^ a b Wright, Steven (5 April 2022). "Why Sony's new PlayStation Plus can't emulate PS3 games". BDG Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  57. ^ Rayne, Crimson (6 Oktober 2013). "Sony Playstation 3 – Post-Mortem Part 1 – The Cell Processor". RedGamingTech. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  58. ^ "PlayStation 3 Technical Specifications". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  59. ^ Smith, Tony (17 Mei 2005). "Sony details PlayStation 3". The Register. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  60. ^ a b Shimpi, Anand Lal (16 Mei 2005). "Sony Introduces Playstation 3, to launch in 2006". AnandTech. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  61. ^ Fahey, Rob (1 September 2003). "NVIDIA link with PS3 rubbished by senior source". Games Industry. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  62. ^ Krazit, Tom (11 Julai 2003). "Rambus unveils XDR DRAM with Elpida, Toshiba". Computer World. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2023. Dicapai pada 1 April 2024.
  63. ^ Hruschak, PJ (10 April 2008). "Gamertell Review: Sony Dualshock 3 wireless controller". Technologytell. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  64. ^ "NEW PLAYSTATION®3 (CECHH00 SERIES) COMES IN TWO COLOR VARIATIONS AT A NEW PRICE" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  65. ^ "PLAYSTATION®3 AND DUALSHOCK®3 WIRELESS CONTROLLER COME IN A NEW SATIN SILVER COLOR ON MARCH 6th, 2008" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-21. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  66. ^ "NEW 80GB PLAYSTATION®3 BECOMES AVAILABLE IN JAPAN ON OCTOBER 30TH" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  67. ^ "DFRWS 2009 Network Forensics - NETRESEC Blog". Netresec. 26 Februari 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  68. ^ "Khronos Developer Presentations Library". khronos.org.
  69. ^ Rayne, Crimson (2 Jun 2014). "ICE Team, AMD & Other Devs Discuss API's – Sony's LibGCM First Modern Low Level API?". Redgamingtech. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  70. ^ a b Opsahl, Kurt (6 Februari 2012). "PlayStation 3 "Other OS" Saga Shows: Jailbreaking Is Not a Crime". Electronic Frontier Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
  71. ^ a b Dobra, Andrei (5 Mei 2011). "PlayStation 3 Gets OtherOS Feature Back Through Unofficial Hack". Softpedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2011. Dicapai pada 2 April 2024.
  72. ^ "PlayStation Manual (How to)". Manuals.playstation.net. 17 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  73. ^ Kingsley-Hughes, Adrian (28 Mac 2010). "Goodbye Linux on the PS3 - Sony backpedals on "Install Other OS" support". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  74. ^ "PSA: PS3 Firmware Update 3.21 available now". 1 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2010. Dicapai pada 1 April 2010.
  75. ^ Hanlon, Tim (29 Mac 2010). "Upcoming PS3 3.21 firmware update removes Other OS functionality, adds nothing". New Atlas. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  76. ^ "PS3 Firmware (v3.21) Update". PlayStation.Blog. 28 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2011. Dicapai pada 28 Mac 2010.
  77. ^ "Sony Steals Feature From Your PlayStation 3". 30 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  78. ^ Welsh, Oli (11 Mei 2010). "Sony hit by two more Other OS lawsuits". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2010. Dicapai pada 11 Mei 2010.
  79. ^ "Sony Tosses PlayStation 3 Upgrade Claims Aside". Courthouse News Service. 9 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2011. Dicapai pada 16 Disember 2011.
  80. ^ Miller, Paul (23 Jun 2016). "Sony agrees to pay millions for abandoning Linux on PS3". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  81. ^ Orland, Kyle (13 Oktober 2016). "You can now claim your cash in the PS3 "Other OS" settlement". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
  82. ^ Hollister, Sean (15 Mac 2018). "Ever buy an original PS3? Sony may owe you $65". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
  83. ^ a b Barker, Sammy (2 Mac 2010). "Playstation 3: It Only Does Self-Resurrection, Bugged Consoles Back To Full Working Order". Push Square. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 2 April 2024.
  84. ^ a b Cullen, Johnny (1 Mac 2010). "The APOCALYPS3 - everything so far". VG247. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
  85. ^ a b Bramwell, Tom (2 Mac 2010). "Sony declares ApocalyPS3 is over". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  86. ^ a b Bramwell, Tom (1 Mac 2010). "Sony advises against PS3 use". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  87. ^ a b Kollar, Phil (1 Mac 2010). "UPDATE: Sony Provides Info On ApocalyPS3". GameInformer. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  88. ^ a b Grayson, Nathan (2 Mac 2010). "Take a breath: The APOCALYPS3 is over (Updated)". VG247. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
  89. ^ a b Orry, James (2 Mac 2010). "APOCALYPS3 is over". Videogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
  90. ^ Murray, Max (30 Mac 2010). "Firmware Update Prevents Future "ApocalyPS3"". PlayStation Lifestyle. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 2 April 2024.
  91. ^ "Building Supercomputer Using PlayStation 3". Console Watcher.com. 28 Ogos 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2006.
  92. ^ "Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". PhysOrg.com. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  93. ^ "NC State Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  94. ^ "Sony PS3 Cluster (IBM Cell BE)". Frank Mueller, Associate Professor, College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  95. ^ Jon Stokes (28 November 2009). "Sony still subsidizing US military supercomputer efforts". Ars Technica. Dicapai pada 18 Disember 2009.
  96. ^ "AFRL to hold ribbon cutting for Condor supercomputer". www.wpafb.af.mil. The Official Web Site of Wright-Patterson Air Force Base. 17 November 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
  97. ^ Koff, Stephen (30 November 2010). "Defense Department discusses new Sony PlayStation supercomputer". blog.cleveland.com. Dicapai pada 28 Mac 2011.
  98. ^ "PlayStation 3 used to hack SSL". Engadget. Dicapai pada 31 Oktober 2009.
  99. ^ "Folding@home". Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 2007-03-18.
  100. ^ a b "PS3 System Software Update (v4.30): View PS Vita Trophies on your PS3". Sony PlayStation. 22 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  101. ^ "Folding@Home - Client statistics by OS". Stanford University.
  102. ^ "eHiTS". SimBioSys. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-08. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  103. ^ "PlayStation Cell Speeds Docking Programs". Bio-IT World. 14 Julai 2008. Dicapai pada 11 Oktober 2015.