Memory Stick
Jenis media | Kad ingatan kilat |
---|---|
Dibangunkan oleh | Sony |
Diperluas kepada | Memory Stick PRO, Memory Stick Duo, Memory Stick Micro |
Memory Stick ialah format kad ingatan kilat mudah alih, mula dilancarkan oleh Sony pada lewat tahun 1998[1]. Di samping produk asal Memory Stick, terdapat juga beberapa produk lain seperti Memory Stick PRO iaitu produk kemaskini yang menawarkan saiz storan yang lebih besar dan kadar pemindahan fail yang lebih pantas; Memory Stick Duo, versi Memory Stick yang memiliki kerangka yang lebih kecil (termasuklah PRO Duo); Memory Stick Micro (M2) yang menawarkan saiz kerangka lebih kecil berbanding Memory Stick Duo dan juga Memory Stick PRO-HG yang merupakan varian kepada PRO bagi kegunaan video berdefinisi tinggi dan kamera pegun[2].
Disebabkan hak cipta format ini dipatenkan Sony, Sony menggunakan Memory Stick secara eksklusif kepada produk-produk yang dikeluarkan sekitar tahun 2000-an seperti kamera digital Cyber-shot, kamkoder digital Handycam, telefon mudah alih Sony Ericsson, televisyen di bawah jenama WEGA dan BRAVIA, komputer VAIO, pemain audio digital dan konsol permainan video mudah alih PlayStation Portable. Format ini juga pernah dilesenkan kepada beberapa syarikat di waktu awal pelancarannya[1].
Dengan populariti Secure Digital (SD) yang semakin meningkat sekitar tahun 2010, Sony mula menawarkan komponen SD dalam produk-produknya, menandakan berakhirnya "perang format" Sony dalam pasaran memori kad serta menamatkan pembangunan berterusan terhadap format ini[3]. Walaupun begitu, Sony masih lagi menyokong penggunaan Memory Stick dalam beberapa produk barunya dengan penggunaan penyesuai[4].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Memory Stick asal, yang dilancarkan pada bulan Oktober 1998[5], hanya ditawarkan dengan kapasiti bermula daripada 4 MB sehingga 128 MB[6].
Pada bulan Oktober 1999, Sony melesenkan teknologi ini kepada syarikat Fujitsu, Aiwa, Sanyo, Sharp, Pioneer dan Kenwood, bagi mengelakkan situasi kegagalan format Betamax berulang[7]. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat yang memiliki lesen Memory Stick adalah seperti produk pemain MP3 Sharp, pemain hiburan dalam kereta Alphine dan pencetak Epson. Pada 22 September 1999, Sony mengumumkan produk Memory Stick yang dilengkapi dengan teknologi perlindungan hak cipta, "MagicGate" yang mula dipasarkan untuk pasaran di Jepun bermula Disember[8]. Di hari yang sama juga, Sony mengumumkan produk terbaru mereka, pemain audio Walkman menggunakan storan Memory Stick yang dilengkapi dengan "MagicGate", dengan perancangan asal untuk memasarkan sebanyak 20,000 unit setiap bulan bagi pasaran Jepun[9].
Di awal pelancaran, format ini menerima reaksi yang agak suram, namun popularitinya meningkat lebih-lebih lagi selepas penawaran perlesenan kepada syarikat lain. Memasuki musim bunga tahun 2001, pasaran Memory Stick memegang sebanyak 25% pegangan (berbanding CompactFlash sebanyak 40% dan SmartMedia sebanyak 32%), meningkat sebanyak 7% berbanding tahun sebelumnya. Pada bulan Mei 2001, jumlah pengeluaran unit Memory Stick mencecah 10 juta unit.
Namun begitu, populariti kad SD, yang dibangunkan bersama Toshiba, Panasonic dan SanDisk mula meningkat, kemudian melopori pegangan pasaran untuk kad ingatan - memegang sebanyak 42% pasaran di Amerika Syarikat, berbanding CompactFlash sebanyak 26% dan Memory Stick sebanyak 16%[10]. Ramai mengkritik format Memory Stick ini yang dianggap mahal[7][11] berbanding format-format lain. Pada bulan Januari 2009, Sony mengumumkan kerjasama dengan SanDisk bagi membangunkan storan Memory Stick sehingga sebesar 2 TB[12].
Setakat Januari 2010[5], Sony mula menyokong penggunaan kad SD/SDHC di samping Memory Stick dalam produk keluarannya. Kesemua kamera digital dan kamkoder yang diumumkan Sony dalam acara Pertunjukkan Elektronik Kepenggunaan 2010 (CES 2010) menggunakan kad SD/SDHC serta Memory Stick[13][14]. Sony kemudian dilaporkan mengeluarkan produk untuk pasaran kad SD[15]. Ramai menganggap perkara ini bakal memuktamadkan "perang format" di antara Memory Stick dan kad SD. Namun begitu, Sony tidak terus mengabaikan format ini dan menyatakan bahawa mereka akan menyokong pembangunan format ini untuk masa akan datang[16].
Pada tahun 2019, Sony mengumumkan produk terbaru iaitu kamera panel kanta boleh tukar α7R IV yang tidak lagi menyokong penggunaan Memory Stick buat pertama kali, sebaliknya menyediakan sambungan kad ingatan SDXC berganda[17].
Senarai produk
[sunting | sunting sumber]Memory Stick
[sunting | sunting sumber]Kad ingatan Memory Stick versi asal mula diperkenalkan pada bulan Julai 1998. Saiz Memory Stick versi asal berukuran 21.5 mm x 50 mm x 2.8 mm (panjang x lebar x tinggi)[1], atau memiliki dimensi yang lebih kurang sama dengan sekeping gula-gula getah. Pada awalnya, ia diperkenalkan dalam dua kapasiti; 4 MB yang menggunakan nombor model MSA-4A dan 8 MB yang menggunakan nombor model MSA-8A[1]. Sony juga memperkenalkan kit untuk kegunaan komputer di mana pengguna juga akan diberi Memory Stick bersaiz 4 MB secara percuma[1].
Pada bulan November 1999, Sony memperkenalkan kad ingatan Memory Stick yang dilengkapi dengan teknologi perlindungan hak cipta yang dikenali dengan nama "MagicGate". Teknologi "MagicGate" terdiri daripada dua ciri iaitu pengesahihan dan penyulitan di mana proses pengesahihan memastikan kandungan yang dilindungi hanya boleh dipindahkan kepada alatan elektronik yang dipatuhi manakala proses penyulitan pula memastikan pemindahan data berlaku dalam keadaan sulit[8]. Dua kapasiti ditawarkan bagi kad ingatan Memory Stick dengan ciri "MagicGate" iaitu 32 MB dengan nombor model MSG-32A dan 64 MB dengan nombor model MSG-64A[8].
Memory Stick Select
[sunting | sunting sumber]Memory Stick asal hanya ditawarkan sehingga bersaiz 128 MB oleh kerana teknologi yang terhad pada ketika itu[18]. Sebagai respon kepada permasalahan ini, Sony mengumumkan produk Memory Stick Select semasa dalam acara Ekspo Elektronik Kepenggunaan (CES 2003) pada bulan Januari 2003[19]. Memory Stick Select mengandungi dua pemetakan bersaiz 128 MB di mana pengguna boleh menukar di antara dua pemetakan ini menggunakan suis kawalan yang terdapat pada kad ini[19]. Hasilnya, kapasiti produk ini dipasarkan melebihi 128 MB, walaupun pengguna tidak boleh menggunakan kedua-dua pemetakan dalam masa yang sama.
Namun begitu, produk ini tidak mendapat sambutan yang hangat, kerana proses penggunaan yang agak kompleks, di mana pengguna perlu menggunakan dua storan yang berasingan dalam 1 unit yang sama[18].
Memory Stick PRO
[sunting | sunting sumber]Produk kad ingatan Memory Stick PRO mula diperkenalkan pada 10 Januari 2003 melalui hasil bentuk kerjasama di antara Sony dan SanDisk bagi penawaran kapasiti storan yang lebih besar selain memenuhi permintaan bagi kegunaan rakaman video berdefinisi tinggi[20]. Kebanyakkan alatan yang menggunakan Memory Stick asal berupaya menyokong produk PRO di samping produk asalnya. Beberapa alatan pembaca yang tidak berupaya menyokong PRO boleh dinaik taraf melalui kemaskini perisian[20]. Melalui kerjasama ini juga, SanDisk diberikan hak bagi pengeluaran kad ingatan di bawah produk Memory Stick PRO menggunakan jenama SanDisk[21].
Secara teorinya, kapasiti Memory Stick PRO mampu ditingkatkan sehingga 32 GB dengan kadar permindahan data dianggarkan sebanyak 160Mbps[22], serta menggunakan teknologi perlindungan hak cipta "MagicGate"[22]. Pada bulan Januari 2004, SanDisk memperkenalkan produk Memory Stick PRO dengan kapasiti 2 GB yang mula dipasarkan pada bulan Februari berikutnya[23]. Saiz kerangka produk PRO ini memiliki dimensi yang sama dengan produk asal Memory Stick[21].
Pada 8 Januari 2009, Sony mengumumkan pembangunan dalam mempertingkatkan penawaran kapasiti storan yang lebih besar pada produk Memory Stick PRO, hasil daripada kerjasama yang telah dimeterai bersama syarikat SanDisk[24]. Melalui bentuk kerjasama ini, maksimum kapasiti storan bagi produk PRO ini bakal dipertingkatkan sehingga 2 TB berbanding 32 GB sebelumnya[24].
Memory Stick Duo
[sunting | sunting sumber]Memory Stick Duo mula diperkenalkan pada bulan Julai 2002[25] bagi memenuhi keperluan saiz kerangka kad ingatan kilat yang lebih kecil yang digunakan untuk alatan bersaiz poket seperti kamera digital, telefon bimbit dan konsol PlayStation Portable[26] (kemudiang menyokong penggunaan produk PRO Duo). Berbanding kad ingatan kilat SD, produk di bawah Duo memiliki saiz kerangka yang lebih kecil, atau lebih kurang dua pertiga saiz versi asal Memory Stick, namun dipasarkan dengan harga yang agak tinggi.
Memory Stick Duo memiliki ciri-ciri lain yang lebih kurang sama dengan produk Memory Stick yang lain, selain daripada penawaran teknologi "MagicGate" dan ciri permindahan pantas. Di awal pengumuman mengenai produk ini, ianya ditawarkan hanya dengan kapasiti 16 MB yang bakal dipasarkan bermula pada bulan Julai 2002[25]. Memory Stick Duo juga dipasarkan di bawah jenama SanDisk sebagai sebahagian daripada jalinan kerjasama yang dimeterai pada bulan Januari 2003[27].
Memory Stick PRO Duo
[sunting | sunting sumber]Hasil kerjasama di antara Sony dan SanDisk membolehkan SanDisk mengeluarkan produk Memory Stick di bawah jenama SanDisk. Di antara produk yang dikeluarkan mereka ialah Memory Stick PRO dan Memory Stick PRO Duo. Kedua-dua produk ini menawarkan ciri berprestasi tinggi dan kapasiti yang lebih besar. Saiz kerangka luar Memory Stick PRO Duo lebih kecil berbanding PRO serta ditawarkan melalui kapasiti storan bersaiz 256 MB dan 512 MB di awal pengumuman[28]. Selain itu, produk Memory Stick PRO Duo ini dipasarkan dengan menggunakan warna biru muda pada kerangka luar bagi membezakan ianya adalah produk yang dikeluarkan SanDisk[28].
Pada 9 Januari 2004, SanDisk mengumumkan penawaran produk Memory Stick PRO Duo berkapasiti 1 GB, yang dipasarkan bersama PRO Duo bersaiz 128 MB, 256 MB dan 512 MB[29]. Pada bulan Julai 2006, Sony mengumumkan Memory Stick PRO Duo dengan kapasiti 1 GB, 2 GB dan 4 GB menerusi dua varian; varian biasa atau Pro DUO High Speed iaitu varian berprestasi tinggi[30]. Penawaran kapasiti yang lebih besar adalah bagi memenuhi keperluan storan yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit dan PDA[29].
Semasa dalam acara Ekspo Elektronik Kepenggunaan (CES 2008), Sony memperkenalkan Memory Stick PRO Duo yang berkapasiti 16 GB[31]. Sony menyatakan bahawa saiz storan yang besar ini boleh digunakan dalam produk kamkoder baru Handycam yang menyimpan fail menggunakan storan keras atau cakera optik dan bergantung kepada teknologi pemampatan data AVCHD, selain mampu merakam selama 110 minit untuk video berdefinisi tinggi penuh[31].
Memory Stick Micro
[sunting | sunting sumber]Produk Memory Stick Micro (singkatan: M2) dikeluarkan hasil daripada bentuk kerjasama yang telah dimeterai di antara Sony dan SanDisk pada 6 Februari 2006. Produk M2 ini berukuran 15 × 12.5 × 1.2 mm (kira-kira satu perempat daripada saiz produk Duo) dengan ketebalan 1.2 mm[32] dan dipasarkan dengan kapasiti sebanyak 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8 GB, dan 16 GB. Produk ini mampu mencapai kapasiti maksimum sebanyak 32 GB dan kadar permindahan data maksimum sebanyak 160 Mbit/s[33].
Produk M2 ini dipasarkan bersama penyesuai, seperti Duo, bagi membolehkan ianya dipasang pada alatan yang memiliki slot sambungan PRO. Namun begitu, tidak semua alatan yang memiliki slot sambungan PRO berupaya membaca kandungan di dalam M2, kerana perisian tegar yang dipasang pada alatan yang lama tidak menyokong produk M2 yang berkapasiti besar. Salah satu contoh alatan yang tidak menyokong kapasiti M2 yang lebih besar ialah PDA Sony CLIÉ yang tidak menyokong kad M2 berkapasiti lebih daripada 2 GB[34] .
Seperti produk PRO, Sony mengumumkan pembangunan dalam mempertingkatkan penawaran kapasiti storan yang lebih besar pada produk Memory Stick M2 ini, hasil daripada kerjasama yang telah dimeterai bersama syarikat SanDisk[24]. Melalui bentuk kerjasama ini, maksimum kapasiti storan bagi produk M2 bakal dipertingkatkan sehingga 2 TB berbanding 32 GB sebelumnya[35]. Kad yang bakal dipasarkan di bawah M2 versi baru ini dikenali dengan nama Memory Stick HG Micro[24].
Memory Stick PRO-HG Duo
[sunting | sunting sumber]Kad ingatan Memory Stick PRO-HG Duo menawarkan kadar pemindahan data yang lebih pantas berbanding produk di bawah PRO Duo. Sony mengumumkan pengeluaran kad ingatan ini pada 29 Mei 2007, serentak dengan pengumuman produk baru kamkorder Handycam HDR-CX7 yang membolehkan rakaman video berdefinisi tinggi dibuat dan disimpan terus ke dalam Memory Stick[36]. Menurut Sony, video berdurasi 1 jam yang dirakam menggunakan kamkorder ini yang bersaiz lebih kurang 3.6 GB mampu dipindahkan ke komputer dalam masa 2 minit[36]. Ianya ditawarkan dengan kapasiti 1 GB sehingga 4 GB. Kadar permindahan data juga dianggarkan setinggi 30 MB/s dan apabila menggunakan pembaca kad yang bersesuaian, fungsi kad ingatan ini boleh digunakan bagi kegunaan ciri ReadyBoost yang terdapat dalam sistem operasi Windows Vista[37].
Pada tahun 2008 pula, Sony mengumumkan kad ingatan Memory Stick PRO-HG Duo HX bagi kegunaan kamera DSLR, kamera padat berpiksel tinggi dan kamkorder berdefinisi tinggi[38]. Ianya ditawarkan dengan kapasiti sebanyak 4 GB dan 8 GB, menawarkan kadar bacaan data setinggi 20 MB/s atau 15 MB/s bagi kadar salinan data.
Pada tahun 2011 pula, Sony mengeluarkan kad ingatan Memory Stick PRO-HG Duo HX yang dikatakan lebih pantas berbanding produk terdahulu. Ditawarkan dengan kapasiti 8 GB, 16 GB dan 32 GB, kad ini mampu mencapai kadar permindahan data setinggi 50 MB/s dan ianya menggunakan teknologi HX Engine bagi membolehkan kadar permindahan data yang lebih tinggi serta stabil[39].
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Varian produk | Dimensi (Panjang × Lebar × Tebal) |
Kadar maksimum pemindahan data | Kapasiti | Tahun dikeluarkan |
---|---|---|---|---|
Memory Stick | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 4 MB, 8 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB | 1999 | |
Memory Stick Duo | 31.0 mm × 20.0 mm × 1.6 mm | 20 MB/s | 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB | 2002 |
Memory Stick Select | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 256 MB (128 MB × 2) | 2003 | |
Memory Stick PRO | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 1.8 MB/s | 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB | 2003 |
Memory Stick PRO Duo | 31.0 mm × 20.0 mm × 1.6 mm | 20 MB/s | 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8GB, 16 GB | 2004 |
Memory Stick Micro | 15 mm × 12.5 mm × 1.2 mm | 20 MB/s[33] | 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8 GB, 16 GB | 2006 |
Memory Stick PRO-HG Duo | 31 mm × 20 mm × 1.6 mm | 30 MB/s | ||
Memory Stick PRO-HG Duo HX (versi 2008) |
31 mm × 20 mm × 1.6 mm[40] | 30 MB/s | 4 GB, 8 GB | 2008 |
Memory Stick PRO-HG Duo HX (versi 2011) |
31 mm × 20 mm × 1.6 mm | 50 MB/s[41] | 8 GB, 16 GB, 32 GB | 2011 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Memory Stick. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Sony Announces "Memory Stick" Recordable IC Memory Card Products". Sony. 30 Julai 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "What is the difference between Memory Stick PRO Duo (Mark2) and new HX series?". Sony. 11 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ McCracken, Harry (6 Januari 2010). "The Beginning of the End of Memory Stick? Hope So!". Technologizer. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "MS-A16G - Accessories Compatibility Information". support.d-imaging.sony.co.jp. Dicapai pada 2023-04-22.
- ^ a b Cable, Jeff (7 Disember 2017). "Memory cards past, present and future – What you need to know about the different card formats". DIYP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Buchanan, Matt (1 Oktober 2008). "Giz Explains: An Illustrated Guide to Every Stupid Memory Card You Need". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b Eaton, Kit (3 Jun 2009). "Sony's Long List of Format Failure, From Betamax to MemoryStick Micro". Fast Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b c "Sony Announces MagicGate Memory Stick™" (Siaran akhbar). Sony. 22 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Sony Announces "Memory Stick™ Walkman™"" (Siaran akhbar). Sony. 22 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Taub, Eric A. (2 Februari 2004). "TECHNOLOGY; Memory Evolution: Survival of the Smallest". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2023.
- ^ "Behind the smiles at Sony". The Economist. 10 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2023. Dicapai pada 29 Disember 2021.
- ^ Hellesø-Knutsen, Olav (13 Januari 2009). "Sony and Sandisk announces 2 terrabyte Memory Stick cards". Esato. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2024. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "SONY UNVEILS FIRST COMPACT DIGITAL STILL CAMERAS WITH HIGH DEFINITION 1080i AVCHD VIDEO CAPABILITY" (Siaran akhbar). Sony. 6 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2012. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "SONY INTRODUCES FIRST CCD CYBER-SHOT DIGITAL STILL CAMERAS WITH SWEEP PANORAMA TECHNOLOGY" (Siaran akhbar). Sony. 6 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2012. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "SONY EXPANDS FAMILY OF CONSUMER MEDIA WITH NEW SD MEMORY CARDS" (Siaran akhbar). Sony. 6 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2012. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Buley, Taylor (7 Januari 2010). "Betamaxed: Sony Flushes Its Flash Card Down the Memory Hole". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Sony introduces the a7R IV with 61 Megapixel full-frame sensor". Digital Photography Review. 16 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 16 Julai 2019.
- ^ a b "What Types of Memory Stick Media are Available?". OEM PC World. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b "Sony Memory Stick Pro and Select". DPReview. 9 Januari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b "New Memory Stick Platform Strategy for The Broadband Era" (Siaran akhbar). Sony. 10 Januari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b "SANDISK AND SONY DEVELOP NEW-GENERATION IC RECORDING MEDIA TECHNOLOGY" (Siaran akhbar). Sony. 10 Januari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b "SanDisk and Sony Develop New-Generation IC Recording Media Technology" (Siaran akhbar). SanDisk. 9 Januari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2004. Dicapai pada 4 April 2024.
- ^ "SanDisk 2 GB Memory Stick Pro". DPReview. 9 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b c d "SANDISK AND SONY TO EXPAND "MEMORY STICK PRO" AND "MEMORY STICK MICRO" FORMATS" (Siaran akhbar). Sony. 8 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 4 April 2024.
- ^ a b "Memory Stick Supporting Companies Gather at Second Memory Stick Partners Forum" (Siaran akhbar). Sony. 3 Jun 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ Bramwell, Tom (8 Mei 2005). "PSP Multimedia Guide". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ "SANDISK AND SONY EXPAND THE SCOPE OF THEIR MEMORY STICK COOPERATION WITH A NEW CROSS LICENSE AGREEMENT" (Siaran akhbar). Sony. 17 Jun 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b "SanDisk 2 GB Memory Stick Pro". DPReview. 9 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b "SanDisk doubles capacity of memory cards". DPReview. 27 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ "4GB Memory Stick PRO Duo card launched". DPReview. 12 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ a b Vochin, Alex (7 Januari 2008). "CES 2008: Sony Intros 16GB Memory Stick PRO Duo Memory Card". Softpedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
- ^ "What are the dimensions of Memory Stick Micro?". Sony. 11 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2024. Dicapai pada 6 April 2024.
- ^ a b "What is the data transfer speed of Memory Stick Micro (M2)?". Sony. 11 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2024. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ "Sony Compatibility Chart – Clie Handhelds". Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 6 April 2024.
- ^ MacManus, Christopher (5 Ogos 2009). "Sony Finalizes Backwards Compatible Memory Stick XC With 2TB Maximum Capacity". Sony Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2010. Dicapai pada 6 April 2024.
- ^ a b ""メモリースティック"※1にハイビジョン映像を記録 世界最小・最軽量※2デジタルハイビジョン"ハンディカム"発売" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Jepun). Sony. 11 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2009. Dicapai pada 18 April 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Chen, Jason (25 April 2007). "Sony Pro-HG Duo Media is the New King of Memory Sticks". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ Goldstein, Mark (4 September 2008). "Sony Memory Stick PRO-HG Duo HX". Photography Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2022. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ Reagan, Eric (17 Mei 2011). "Sony Announces Fastest Memory Stick PRO-HG Duo HX". Photography Bay. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2023. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ "Full Specifications". Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2024. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ Ricker, Thomas (8 April 2011). "Sony accelerates Memory Stick's rate of obsolescence to 50MBps". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2021. Dicapai pada 18 April 2024.
Kad ingatan
|
---|
CompactFlash (CF) | Microdrive (MD) | JEIDA | Memory Stick (MS/MS-PRO) | miCard | MultiMediaCard (MMC) | PC Card | SmartMedia (SM) | Secure Digital (SD) | SxS | xD-Picture | USB Perbandingan antara kad ingatan | Perbandingan keluarga SD Card/MultiMediaCard |