Pergi ke kandungan

Bridge Companion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BBC Bridge Companion
PengilangBritish Broadcasting Company (BBC)
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitUnited Kingdom 1985
MediaKatrij ROM
CPUZilog Z80 A (8-bit)

BBC Bridge Companion merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat dari Britain, BBC pada tahun 1985. Konsol ini direka bagi pemain yang ingin belajar atau bermain permainan video yang berasaskan kepada kad-kad poker[1]. Konsol ini hanya dipasarkan di kawasan United Kingdom sahaja[2].


Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Sistem teras
Cip mikropemproses Zilog Z80 A (8-bit)
RAM 16 KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 280 px x 216 px
Saluran audio Tidak diketahui


Senarai judul permainan video

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 9 judul permainan video yang bergenre kad poker dikeluarkan untuk konsol ini dan setiap satunya mempunyai tutorial bagaimana ingin bermain[2].

  • Advanced Bidding
  • Advanced Defence
  • Bridge Builder
  • Club Play 1
  • Club Play 2
  • Club Play 3
  • Conventions 1
  • Duplicate 1
  • Master Play 1


  1. ^ Frank, Ian. Search and Planning Under Incomplete Information: A Study Using Bridge Card Play. Springer Science & Business Media, 2012. ISBN 1447115945. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  2. ^ a b "BBC Bridge Companion". Video Console Library. Dicapai pada 17 Oktober 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]