Nintendo Switch
Pembangun | Nintendo |
---|---|
Pengilang | Nintendo PTD |
Jenis | Konsol permainan video hibrid |
Generasi | Era generasi ke-8 |
Ketersediaan runcit |
|
Media | kad permainan & muat turun (Nintendo eShop) |
Sistem pengendalian | Sistem Perisian |
Kuasa | Bateri litium-ion 2.4 V, 4310 mAh |
CPU | Octo-Core ARM Cortex-A57 & ARM Cortex-53 1.020 GHz |
Muatan storan | ingatan kilat 32GB |
Ingatan | 4GB LPDDR4 |
Paparan | 6.2 inci 1280x720 ppi 1080p apabila berada di dok dan 720p apabila tidak berada di dok. |
Grafik | Nvidia Tegra X1 |
Pad sentuh | Kapasitif |
Ketersambungan | Wi-Fi 2.4/5 GHz 802.11 Ac Bluetooth 4.1
1 x USB 3.0 pada dok 2 x USB 2.0 pada dok 1 x USB Jenis-C pada unit |
Permainan terlaris | Super Mario: Odyssey 11.17 Juta Unit(Pada 30 Jun 2018) |
Pendahulu | Wii U |
Nintendo Switch (Jawi: نينتيندو سويچ ) merupakan konsol Nintendo yang ke-7 dan merupakan pengganti Wii U. Ia dikeluarkan pada 3 Januari 2013 di seluruh dunia dan merupakan konsol permainan video hibrid yang pertama dikeluarkan di pasaran sebanyak 25.72 juta unit diseluruh dunia seperti Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia, Kanada, Australia, Eropah, Singapura, Switzerland, Mexico, & Sepanyol.
Pembangunan dan sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014, Nintendo mengalami masalah kewangan yang besar disebabkan jualan produk konsolnya sebelum ini, Wii U yang perlahan dan kepopularan permainan bimbit[1] Jadi, presiden syarikat terdahulu, Satoru Iwata (yang telah meninggal dunia pada Julai 2015[1]), Tatsumi Kimishima, Genyo Takeda, dan Shigero Miyamoto membina strategi perniagaan yang baharu, memasuki pasaran bimbit dan membina konsol baharu. Kimishima (presiden Nintendo yang baharu) menyatakan bahawa "ia bukan sahaja pengganti untuk Nintendo 3DS atau Wii U" malah ia direka untuk "cara bermain permainan video yang baharu". Selain itu, presiden Nintendo Amerika dan COO Reggie Fils-Animé menyatakan bahawa ia direka untuk bermain permainan video moden/konsol di mana-mana sahaja selain daripada bermain di televisyen. Beliau juga menyatakan bahawa, sasaran untuk konsol baharu mereka adalah "untuk mencipta produk yang unik yang tidak dapat ditiru oleh syarikat lain". Pada 17 Mac 2015, Nintendo mengumumkan permulaan perkongsian dengan syarikat DeNa dan mengumumkan kod nama konsolnya sebagai "NX".
Pendedahan dan reka bentuk
[sunting | sunting sumber]
Pada 20 Januari 2016, Nintendo mengumumkan dan mendedahkan konsol "NX" sebagai Nintendo Switch, tarikh konsol akan dikeluarkan, dan reka bentuknya di sebuah video treler oleh saluran YouTube Nintendo yang rasmi[2]. Dalam treler tersebut, reka bentuknya adalah seperti sebuah tablet Android yang mana ia akan diletakkan pada sebuah dok untuk memaparkan skrinnya pada televisyen.
Ia mempunyai dua jenis alat kawalan jauh iaitu JoyCon dan ProController. Alat kawalan jauh JoyCon akan digunakan untuk menarik tablet konsol tersebut dari dok dan dimainkan secara mudah alih dan ia mempunyai penderia gerakan. Selain itu, ia boleh dipisahkan untuk dimainkan bersama pemain lain. ProController pula ialah alat kawalan jauh yang biasa.
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Nintendo Switch menggunakan grafik Nvidia Tegra X1 yang telah diubah suai kuasanya untuk menyerupai kuasa Nvidia GeForce yang merupakan kad grafik komputer peribadi permainan yang paling tinggi kuasanya di dunia. Ia menggunakan CPU 4x ARM Cortex-A57 dan 4x ARM Cortex-53 dan dijamkan pada 1.020 GHz. Ia mempunyai 4GB LPDDR4 ingatan (RAM), skrinnya mempunyai 6.2 inci termasuk leraian 1080p apabila berada di dok dan 720p apabila tidak berada di dok/mudah alih, mempunyai storan sebanyak 32GB dan dapat ditingkatkan sehingga 2TB menggunakan MicroSD, MicroSDHC dan MicroSDXC, dan mempunyai bateri 4310 mAh 3.7 V Lium-ion yang tidak dapat ditanggalkan. Bateri ini akan dicaskan secara automatik apabila dimasukkan ke dalam dok.
Jualan
[sunting | sunting sumber]Dalam masa sebulan, sebanyak 2.79 juta unit telah dijual menjadikan Nintendo Switch sebagai jualan produk konsol Nintendo yang paling laris.
Permainan
[sunting | sunting sumber]Setakat ini, sebanyak lebih 100 buah permainan yang telah diumumkan akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch oleh 70 pembangun/penerbit permainan video. Antara permainan video yang telah dikeluarkan ialah The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild, ARMS, Splashtoon 2, 1-2 Switch oleh Nintendo sendiri; Just Dance 2017 oleh Ubisoft; Fifa 18 oleh EA Games; dan Super Bomberman R oleh Konami. Antara permainan video yang akan dikeluarkan ialah The Elder Scrolls V: Skyrim, Doom 2016 dan Wolfenstein 2 oleh Bethesda; Resident Evil: Revelation 1 dan 2 oleh Capcom; L.A Noire oleh Rockstar Games; dan Minecraft oleh Mojang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nintendo president Satoru Iwata dies at 55" [Presiden Nintendo, Satoru Iwata meninggal dunia ketika berumur 55 tahun]. Polygon (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2015. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Nintendo Switch di Wikimedia Commons