Magnavox Odyssey
Pengilang | Magnavox |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Ditamatkan | 1975[1] |
Bil. dijual | 330 000[1] |
Sistem pengendalian | tiada |
CPU | tiada |
Input pengawal | 2 alat pengawal |
Kamera | tiada |
Pengganti | Magnavox Odyssey 2 |
Magnavox Odyssey merupakan konsol permainan video komersial yang pertama di dunia. Konsol ini pertama kali ditayangkan kepada umum pada bulan April 1972[1] dan dikeluarkan pada bulan Ogos tahun yang sama. Ianya merupakan konsol permainan video digital, walaupun sering kali disalah anggap sebagai konsol permainan video analog kerana salah faham pada reka bentuk konsol ini.
Konsol Odyssey ini telah direka oleh Ralph Baer yang bermula sekitar tahun 1966 dan prototaip mengenai konsol ini siap pada tahun 1968[2] yang dikenali sebagai Brown Box. Prototaip ini masih kekal disimpan di Institusi Smithsonian bertempat di Muzium Sejarah Nasional Amerika di Washington D.C[2].
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Konsol Magnavox Odyssey merupakan konsol digital. Namun begitu, konsol ini menggunakan litar analog untuk keluaran paparan di television kerana pada ketika itu television hanya menerima siaran analog dan juga mempunyai alat pengawal jenis analog. Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa konsol Odyssey merupakan konsol analog, yang akhirnya mendorong Baer untuk menjelaskan bahawa konsol ini merupakan konsol digital atas alasan bahawa isyarat elektronik yang diterima dan ditukar pada semua komponen di dalam konsol ini seperti penjana bola dan pemain, penjana serentak dan diod berbentuk binari (0 dan 1). Logik dan permainan video itu sendiri dilaksanakan dalam logik transistor diod; asas TTL yang menggunakan transistor dan diod[1].
Konsol ini dikuasakan dengan menggunakan enam bateri jenis C, manakala bekalan kuasa A/C dijual secara berasingan. Konsol Odyssey tidak mempunyai keupayaan mengeluarkan atau menjana suara dari permainan video. Baer pernah mencadangkan idea untuk sambungan suara pada konsol ini tetapi idea beliau itu ditolak.
Magnavox Odyssey didatangkan dengan set tambahan seperti dadu, cip poker dan lembaran markah yang boleh digunakan semasa pengguna bermain permainan video[1]. Ianya seolah-olah sama seperti bermain pada papan permainan tradisional. Konsol ini juga didatangkan dengan set plastik yang agak lut sinar yang boleh diletakkan pada paparan television untuk mensimulasi paparan grafik.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ralph H. Baer telah memikirkan idea permainan video yang boleh disambungkan ke television untuk pengguna pada tahun 1951. Pada tahun 1960-an semasa bekerja untuk Sanders Associates, beliau telah mereka beberapa reka bentuk konsol permainan. Salah satu reka bentuk ini, yang diberi nama "Brown Box", mempunyai ciri permainan video yang boleh diubah oleh pengguna, telah ditayangkan kepada beberapa pengeluar television yang akhirnya membawa kepada satu perjanjian telah dibentuk di antara Sanders Associates dan Magnavox[3].
Syarikat Magnavox kemudiannya mengubah beberapa reka bentuk asal prototaip Brown Box dan mengeluarkan konsol itu dengan diberi nama Magnavox Odyssey pada bulan Januari 1972[3][4].
Senarai permainan video
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Magnavox Odyssey |
- ^ a b c d e David Winter. "Magnavox Odyssey : First home video game console". Pongstory.com. Dicapai pada 2014-07-17.
- ^ a b "Magnavox Odyssey Video Game Unit, 1972". Muzium Sejarah Nasional Amerika. Dicapai pada 2014-07-17.
- ^ a b D.S. Cohen. "Hardware Profile - Magnavox Odyssey - The First Gaming Console". About.com. Dicapai pada 2014-07-17.