Pergi ke kandungan

Bahagian Samarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kota Samarahan)
Bahagian Samarahan
سماراهن
Jata Bahagian Samarahan سماراهن
Lokasi Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Malaysia Timur
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Malaysia
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Asia
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Koordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°E / 1.3443453; 110.5764615Koordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°E / 1.3443453; 110.5764615
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Daerah
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
  • Majlis Perbandaran Kota Samarahan
  • Majlis Daerah Simunjan
  • Majlis Daerah Asajaya
  • Pejabat Residen Sadong Jaya
  • Majlis Daerah Kecil Sebuyau
  • Majlis Daerah Gedong
 • PengerusiDato' Peter Minos
Keluasan
 • Jumlah4,967.45 km2 (1,917.94 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah309,878
 • Kepadatan62/km2 (160/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQC
Laman sesawangsamarahan.sarawak.gov.my

Bahagian Samarahan ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 4,967.45 kilometer persegi.[2] Secara rasmi, Bahagian Samarahan dipecahkan kepada lima daerah iaitu Simunjan, Daerah Sebuyau, Daerah Gedong , Kota Samarahan, dan Asajaya. Terdapat juga satu kawasan daerah kecil iaitu daerah kecil Sadong Jaya, dimana kawasan daerah kecil Sadong Jaya masih boleh dikira sebagai sebahagian daripada kawasan daerah Asajaya.[3][4] Jumlah penduduk ialah seramai 309,878 orang pada tahun 2022.[5]

Kawasan Kota Samarahan dahulunya merupakan sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai "Muara Tuang" dan ketika itu ia di bawah urusan pentadbiran daerah Kuching. Pada tahun 1983, daerah kecil Muara Tuang telah dinaikkan taraf menjadi sebuah daerah penuh dan telah dinamakan sebagai Daerah Samarahan. Pada tahun 1987, Samarahan telahpun dinaikkan taraf sebagai bahagian yang kelapan di negeri Sarawak yang dimana ia telah gabungan daerah Serian, Simunjan dan Asajaya untuk membentuk sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Samarahan.

Namun demikian, pada 1 Oktober 2015, Kerajaan Sarawak akhirnya memutuskan untuk memisahkan Daerah Serian daripada kawasan bahagian Samarahan.[2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan satu tinjauan umum yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, jumlah populasi penduduk dalam kawasan daerah Samarahan adalah seramai 309,878 orang penduduk. Daripada jumlah tersebut, masyarakat berbangsa Melayu adalah sebanyak 107,683 orang penduduk (atau bersamaan dengan 50.9 peratus). Ini diikuti oleh masyarakat etnik Bidayuh dengan sebanyak 67,725 orang penduduk. Masyarakat etnik Iban pula hanya berjumlah 58,176 orang, manakala populasi masyarakat etnik Cina adalah sebanyak 51,209 orang. Hanya sekitar 25,085 orang penduduk sahaja adalah berasal dari pelbagai etnik lain, termasuk etnik Orang Ulu dan etnik Melanau.

Jumlah populasi penduduk di daerah Samarahan mengikut etnik pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 309,878 Melayu 107,683
2 Bidayuh 67,725
3 Iban 58,176
4 Cina 51,209
5 Melanau 10,317
6 Orang Ulu 9,120
7 Lain-lain etnik 5,648

Berdasarkan satu perangkaan terkini yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, kawasan daerah Samarahan mencatatkan jumlah penduduk beragama Islam yang amat banyak, iaitu sebanyak 124,938 orang penduduk. Walau bagaimanapun, jumlah populasi penduduk beragama Kristian di kawasan daerah Samarahan adalah berjumlah 86,541 orang penduduk. Sebanyak 38,172 orang penduduk adalah beragama Buddha, dan hanya 10,857 orang penduduk mengamalkan ajaran Taoisme. Kawasan daerah Samarahan turut mempunyai jumlah penduduk yang beragama Hindu dengan 6,240 orang, meskipun ianya adalah masyarakat minoriti di wilayah Sarawak. Baki 37,830 orang penduduk di Samarahan adalah masyarakat yang mengamalkan ajaran-ajaran agama yang lain termasuk ajaran Bahaisme dan golongan ateisme.

Jumlah populasi penduduk di daerah Samarahan mengikut agama pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Agama Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 309,878 Islam 124,938
2 Katolik Anglikan 46,738
3 Roman Katolik 39,803
4 Buddha 38,172
5 Taoisme 10,857
6 Hindu 6,240
7 Bahaisme 5,742
8 Mazuisme 15,386
9 Katolik Adventisme 7,380
10 Lain-lain agama 14,622

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Samarahan keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Serian terletak di Bahagian Samarahan, tetapi sejak 1 Oktober 2015, Daerah Serian dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Samarahan dan membentuk bahagian tersendiri, Bahagian Serian yang dimana merangkumi Serian, Tebedu dan Siburan.[2] Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Samarahan.

Senarai Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Samarahan.[4]
No. Peta Keluasan (km2) Daerah/Daerah Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Pekan pentadbiran Penduduk (orang)[6]
1
4,967.45 Daerah Samarahan Majlis Perbandaran Kota Samarahan Kota Samarahan 201,956
2
Daerah Simunjan Majlis Daerah Simunjan Simunjan 65,192
3 Daerah Sebuyau Pejabat Daerah Sebuyau Pekan Sebuyau 14,901
4
Daerah Asajaya Majlis Daerah Asajaya Asajaya 17,900
5 Sadong Jaya Pejabat Residen Sadong Jaya Pekan Sadong Jaya 9,938
  1. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ a b c "Profail Bahagian Samarahan". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-18. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  3. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  4. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  5. ^ "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-02-25. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  6. ^ name="Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2022 (Semakan 2023)"

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]