Pergi ke kandungan

Bukit Putus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Putus, dilihat dari barat
Replika Destar Dendam Tak Sudah terletak di Jalan Lama Bukit Putus, menandakan sempadan antara daerah-daerah Kuala Pilah dan Seremban.

Bukit Putus (sebutan dalam loghat tempatan: Bukik Putuih; Jawi: بوكيت ڤوتوس) merupakan sebuah genting gunung di ekor selatan Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan daerah-daerah Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Malaysia. Genting gunung ini diapit oleh Gunung Angsi dan massif Telapak BurukBerembun.

Terdapat dua jalan utama yang menyeberangi Bukit Putus, iaitu Laluan Persekutuan 51 iaitu jalan utama yang menghubungkan bandar raya Seremban di barat dengan Bandar Kuala Pilah di timur, dan Laluan Persekutuan 361, iaitu jajaran lama yang lebih berliku. Jambatan Bukit Putus, iaitu jambatan keempat tertinggi di Malaysia, membawa sebahagian jajaran Laluan Persekutuan 51.

Bukit Putus terkenal sebagai tempat meletusnya Perang Bukit Putus pada tahun 1875 yang berpunca daripada ketidaksefahaman antara Seri Menanti dan Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu atas perlantikan Tunku Antah sebagai Yamtuan Besar yang dipersetujui oleh Luak Tanah Mengandung dan Johol, yang akhirnya membawa kepada perpecahan Negeri Sembilan dengan Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu memutuskan untuk keluar daripada konfederasi itu sebagai tanda membantah tindakan tersebut yang dianggap melanggar hak mereka untuk memilih dan melantik Yamtuan Besar. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kehadiran pihak British di Sungai Ujong, di bawah pimpinan Kapten Patrick J. Murray merangkap Residen di luak tersebut.

Kisah rakyat

[sunting | sunting sumber]

Bukit-bukau ini dipercayai menutup jejak tapak seekor gajah putih yang penuh keramat dan dijadikan suatu telaga, diceritakan lapan buah keluarga mendirikan kampung tempat sekitar telaga ini.[1]

Pekan berhampiran

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Winstedt, R. O. (1924). "'Karamat': sacred places and persons in Malaya". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 2 (3 (92)): 269–70. ISSN 2304-7550.