Pergi ke kandungan

Gajah putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran kerajaan Gajah putih dalam sebuah karya seni lukisan Siam sekitar pertengahan abad ke-19.

Gajah putih (atau gajah albino) ialah gajah biasa dan tidak bezanya dengan spesis gajah biasa yang lain. Ia sering digambarkan sebagai berwarna putih salji, walhal kulit ia sebenarnya berwarna coklat lembut kemerahan yang berubah menjadi warna merah muda apabila basah. Ia memiliki bulu mata dan kuku yang lentik.

Gajah putih hanya putih pada nama dan tidak pada realitinya. Berdasarkan gajah-gajah yang disimpan oleh penguasa Myanmar (bangsa Burma) Jeneral Than Shwe yang menganggap diri beliau sebagai pewaris sah dari takhta raja-raja Burma, terdapat seekor gajah yang berwarna kelabu dan tiga ekor lagi berwarna merah muda, walaupun begitu ia secara rasmi disebut "putih". Raja Thailand juga menyimpan sejumlah gajah putih. Pada masa ini tidak ada gajah putih di Laos , atau di Kemboja, tapi mantan Timbalan Presiden AS Spiro Agnew pernah menghadiahkan seekor gajah putih kepada Raja Norodom Sihanouk dari Kemboja.

India dan Indonesia

[sunting | sunting sumber]
Indra dan Sachi menunggang Airawata, dewa gajah berkepala lima [1]

Dalam mitos agama Hindu di India dan nusantara, gajah putih dianggap sebagai milik Dewa Indra yang dinamakan Airawata, sang gajah terbang. Ia dinobatkan sebagai raja gajah melampaui semua gajah yang ada di dunia oleh Dewa Indra.

Pada zaman dahulu di nusantara Indonesia, gajah putih dianggap haiwan suci ketika zaman kerajaan Hindu-Buddha. Ia masih popular di kebudayaan Gayo bertempat di Nanggroe Aceh Darussalam terutamanya dalam tradisi Tari Guel. Kabupaten Bener Meriah di Dataran tinggi Gayo mendapat jolokan "Bumi Gajah Putih" kerana tradisi tersebut.

"Bendera gajah putih", bendera Siam tahun 1855-1916.

Di Siam, gajah putih (Bahasa Thai: chang phueak, Aksara Thai: ช้างเผือก) dianggap suci dan sebagai simbol kekuasaan kerajaan; semua gajah putih yang dijumpai harus diberikan kepada Raja Siam, begitu pula Raja Thai (biasanya ini adalah upacara kerajaan dan gajah tersebut tidak dimasukkan ke dalam penangkaran). Semakin banyak gajah putih yang dimiliki oleh raja, dipercayai akan semakin besarlah kekuasaannya dan semakin baik nasib kerajaannya. Kerana tradisi-tradisi inilah Negeri Siam juga mendapat jolokan sebagai Negeri Gajah Putih di nusantara (Indonesia). Raja Thai Bhumibol Adulyadej atau "Rama IX" memiliki sepuluh gajah putih dan dianggap sebagai pencapaian besar yang mungkin dapat diperolehnya berkat adanya kemajuan teknologi komunikasi moden.

Seekor gajah putih di Kerajaan Thai tidak semestinya albino, meskipun harus memiliki kulit pucat. Calon haiwan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria fizikal dan perilaku (termasuk warna mata, bentuk ekor dan telinga, dan kecerdasan). Gajah yang lulus ujian kemudian dimasukkan ke dalam salah satu dari empat kategori dan ditawarkan kepada raja, meskipun yang mendapat nilai rendah kadang-kadang akan ditolak.

Pada masa lalu, Kerajaan Siam akan memberikan gajah putih dengan kualiti yang lebih rendah kepada teman dan sekutu raja Siam sebagai hadiah. Haiwan ini memerlukan banyak perawatan, dan kerana suci, tidak dapat disuruh untuk bekerja, menjadikan gajah putih sebagai beban kewangan yang besar kepada penerima hadiah atau pemiliknya, sehingga hanya raja atau orang yang sangat kaya yang mampu membelinya.

Menurut satu cerita, gajah putih kadang-kadang diberikan sebagai hadiah untuk beberapa musuh (biasanya bangsawan berkedudukan lebih rendah yang tidak disenangi oleh raja Siam). Penerima yang malang, selain tidak dapat memperoleh keuntungan apa pun daripada hadiah ini juga wajib menjaga haiwan tersebut. Ini menyebabkan penerima akan mengalami kebangkrapan dan kehancuran kerana tidak mampu menguruskan haiwan tersebut [perlu rujukan].

Begitu juga di Burma, gajah putih juga dihormati sebagai simbol kekuasaan dan nasib yang baik. Pengumuman oleh rejim junta Myanmar tentang penemuan gajah putih pada tahun 2001 [2] dan 2002[3] dinilai oleh pembangkang mereka sebagai bertujuan untuk memperkuat sokongan untuk rejim mereka. Sebanyak tiga gajah putih pada tahun 2010 [4] diletakkan di sebuah pavilion di pinggir bandar Yangon.

Istilah "white elephant" ("gajah putih") dalam bahasa Inggeris, bererti hal spektakuler dan bergengsi yang memberikan lebih banyak kesulitan daripada kegunaan, atau telah habis manfaatnya bagi orang yang memilikinya. Walaupun benda atau objek tersebut mungkin berguna bagi orang lain, pemiliknya saat ini biasanya akan senang apabila boleh lepas dari benda tersebut. Dengan alasan ini, secara komersial, sebuah benda yang dinilai sebagai "gajah putih" dapat tersedia untuk dibeli dengan harga yang sangat menguntungkan. Salah satu contoh benda seperti ini mungkin adalah rumah besar yang kos penjagaannya melebihi kemampuan kewangan pemiliknya.

Di Britain, Australia, dan New Zealand istilah "kios gajah putih" bererti sebuah kios di pasar yang menjual benda yang tidak biasa atau pernak-pernik lainnya yang telah disumbangkan, karena benda-benda tersebut adalah "gajah putih" bagi pemilik sebelumnya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Naskah dari kitab Jain, Panchakalyanaka ("Lima Peristiwa Menguntungkan dalam Kehidupan Jina Rishabhanatha [Adinatha]"), sekitar 1670-1680 Templat:Masihi, Lukisan di muzium LACMA, lukisan asli dari Amber, Rajasthan
  2. ^ BBC
  3. ^ irrawaddy.org
  4. ^ Gajah Putih Diabaikan oleh Junta

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Simbol Thai

Templat:Budaya-stub Templat:Binatang-stub