Ationg Tituh
Dr. Ationg Tituh PhD | |
---|---|
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 2013–2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Stephen Jacob Jimbangan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ationg Bin Tituh[1] |
Parti politik | AKAR (1989-2001) GAGASAN (sebagai ahli sejak 2013) |
Pekerjaan | Ahli politik Pengasas organisasi Pengurus organisasi NGO |
Dikenali dengan | Pengasas dan presiden pertama untuk Parti GAGASAN |
Dr. Ationg Tituh merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau adalah ahli politik yang telah menubuhkan serta memulakan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan juga merupakan penyandang sulung presiden parti tempatan berkenaan pada 28 Ogos 2013.[2][3][4][5][6][7] Parti politik beliau adalah antara 20 parti politik rasmi yang didaftarkan pada tahun 2013.[8][9] Pada tahun 2021, jawatan beliau sebagai presiden telah digantikan oleh Stephen Jacob Jimbangan iaitu presiden ke-2 bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ahli Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) dan menjadi calon politik pada pilihan raya negeri Sabah 1990 mewakili Parti AKAR untuk Kuamut.[10] Pada tahun 2009, beliau mula merancang untuk menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah tetapi parti itu hanya terdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan selepas 3 tahun kemudian iaitu pada tahun 2013.[11] Beliau telah rasmi menjadi pengasas utama bagi organisasi Parti Gagasan Rakyat Sabah pada tahun 2013 dan beliau sangat terkenal di kalangan rakyat Kinabatangan sebagai "presiden pertama" untuk parti tempatan pertama yang berpusat di Kinabatangan, Parti Gagasan Rakyat Sabah semasa penubuhan parti berkenaan pada tahun 2013 (Ibu pejabat terletak di Kota Kinabalu). Beliau juga merupakan pengasas untuk beberapa organisasi NGO tempatan Sabah. Pada tahun 2018 sehingga tahun 2020, beliau mula bertindak dan kembali menjadi calon politik untuk pilihan raya Sabah selepas partinya iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah mendapat pengiktirafan baik dan dikategorikan sebagai salah satu parti yang banyak memberi sumbangan.[12][13]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan negeri | Bilangan Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|
2020 | N57 Kuamut, P187 Kinabatangan | Kalah kerusi | Ationg Tituh (GAGASAN) | 270 | 3.77% |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kota Kinabalu (kawasan persekutuan)
- Api-Api (kawasan negeri)
- Chong Tze Kiun (Ahli politik Kota Kinabalu)
- Stephen Jacob Jimbangan (Ahli politik Kapayan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ "Call for govt to fulfill promises". PressReader. The Borneo Post. 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
- ^ Stephanie Lee (27 August 2019). "New party ready to fight for Sabah, will not work with any others to achieve goals". The Star Online. Dicapai pada 27 August 2019.
- ^ Durie Rainer Fong (August 27, 2019). "Sabah's small opposition party has big aims". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-02. Dicapai pada August 27, 2019.
- ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
- ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ PGRS Tandingi Semua 73 Kerusi
- ^ PGRS dibentuk pada tahun 2009 tetapi hanya diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan tiga tahun kemudian.
- ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
- ^ "N47 Kuamut". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.