Pergi ke kandungan

Jasnih Daya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Berhormat Datuk Jasnih Daya merupakan ahli politik Malaysia berasal dari Sabah Borneo, serta merupakan anak jati Pantai Dalit, Tuaran. Beliau merupakan Pembantu Menteri Sabah, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Pantai Dalit, Ketua Penyelaras GRS Pantai Dalit dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit sejak tahun 2020.

Jasnih Daya
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) untuk Pantai Dalit
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehPelantikan baharu
Ketua Penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk Pantai Dalit
Menyandang jawatan
2020
Didahului olehPelantikan baharu
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Pantai Dalit
Menyandang jawatan
2020
Didahului olehKonstituensi baharu
Pembantu Menteri Kewangsan Sabah
Dalam jawatan
2020–2023
Berkhidmat with Nizam Abu Bakar Titingan
Ketua MenteriHajiji Noor
Digantikan olehTan Lee Fatt
MenteriHajiji Noor
Masidi Manjun
Maklumat peribadi
Lahir (1974-09-15) 15 September 1974 (umur 50)
Tuaran, Sabah, Malaysia
Parti politik GRS-GAGASAN RAKYAT (Gabungan sejak 2020; sebagai ahli sejak 2023)
PekerjaanAhli Politik

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Datuk Jasnih Daya dilahirkan di Tuaran, Sabah. Beliau merupakan anak jati tempatan Pantai Dalit yang lantang menyuarakan permasalahan di kawasan beliau. Beliau sangat aktif dalam membuat kerja amal sejak berumur 12 tahun. Pada umur 20 tahun, beliau menubuhkan satu jawatankuasa tempatan yang membolehkan kawasan Pantai Dalit mendapat kemudahan hasil dari mesyuarat dan pengumpulan suara-suara rakyat di Pantai Dalit.[1]

Datuk Jasnih Daya bergiat aktif dalam kerjaya politik selepas mencecah umur 27 tahun, iaitu selepas beliau mendapat pengalaman yang mencukupi dalam arena politik. Beliau secara rasmi menjadi ahli tidak langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Ketua Penyelaras Gabungan Rakyat Sabah Pantai Dalit pada tahun 2020 (semasa itu BN adalah komponen parti tidak langsung kepada GRS), dan seterusnya Datuk Jasnih Daya dilantik menjadi Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) untuk Pantai Dalit selepas menyatakan sokongan terhadap Hajiji Noor.[2][3]

Sokongan terhadap Hajiji Noor

[sunting | sunting sumber]

Datuk Jasnih Daya memiliki hubungan yang rapat terhadap Hajiji Noor.[4] Beliau menyatakan sokongan dan kesetiaan terhadap pemimpin tempatan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tahun 2020 dan secara rasmi dilantik sebagai Ketua penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pantai Dalit pada tarikh 10 Oktober 2020.[5] Manakala, beliau secara rasmi dilantik sebagai ketua bahagian Dun Pantai Dalit untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dibawah pemerintahan Hajiji Noor pada tahun 2023.[6][7]

Keputusan Pilihan raya negeri

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya negeri Sabah 2020: Pantai Dalit
Parti Calon Undian % ∆%
BN Jasnih Daya (GRS-BN) 6,868 60.90
WARISAN Rakam Sijim 3,074 27.26
PCS Muhamad Amirul Amin 269 2.39
Bebas Johan Jahid 244 2.16
Bebas Petr Pikul 236 2.09
LDP Rusdi Saelih 138 1.22
USNO (Baru) Matbee @ Matbeh Ismail 74 0.66
GAGASAN Awil Kamsari 46 0.41
Jumlah undian sah 10,949 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 224
Kertas undi tidak dikembalikan 105
Keluar mengundi 11,278 74.73
Pemilih berdaftar 15,091
Majoriti 3,794 33.64
Kawasan pilihan raya yang baru diwujudkan.

Keputusan Pilihan raya umum

[sunting | sunting sumber]