Pergi ke kandungan

Tazy Kazakhstan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tazy Kazakhstan
Negara asalKazakhstan
Trait
Berat Jantan 32–35 kilogram (71–77 lb)
Betina 20–30 kilogram (44–66 lb)
Tinggi Jantan 60–72 sentimeter (24–28 in)
Betina 55–60 sentimeter (22–24 in)
Bulu lapis bulu pendek
Anjing (Canis lupus familiaris)

Tazy Kazakhstan[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan yang berasal dari Kazakhstan.[1][2][3] Walaupun ia kelihatan serupa dengan anjing pemburu penglihatan saluki, ia merupakan baka anjing berkaitan tetapi berbeza.[4]

Tazy digunakan di Kazakhstan terutamanya untuk perburuan dan dianggap sebagai salah satu baka anjing tertua di dunia.[5] Tazy diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa,[6] namun tidak diiktiraf oleh American Kennel Club, United Kennel Club, mahupun Canadian Kennel Club.[7] Pada masa ini, terdapat hampir 300 ekor anjing baka tulen dan pemerintah Kazakhstan mencuba untuk mencegah anjing ini daripada menjadi pupus.[5][7]

Keleluhuran

[sunting | sunting sumber]

Keleluhuran baka ini tidak jelas.[1] Tazy mengongsi DNA dengan banyak baka anjing serupa di Afrika Utara, di Timur Tengah, dan di Asia Tengah.[1] Baka ini mempunyai paras kepelbagaian genetik tinggi.[4][8]

Sejarah purba

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman nomad, tazi dihargai kerana kemahiran untuk mengejar dan membunuh serigala.[1] Ia juga digunakan untuk memburu kelinci, babi hutan, rubah, bejar, rusa, dan saiga.[4] Ia mempunyai status istimewa dalam kebudayaan Kazakhstan dengan ada tabu anggapan untuk merujuk baka ini semata-mata sebagai anjing.[1] Orang Kazakh dikatakan sanggup menukar 47 ekor kuda untuk seekor tazy.[1]

Sejarah moden

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, kumpulan perburuan kebangsaan Kanzonar menganjurkan pertunjukan anjing tazy di Astana.[1][9] Ini dilakukan untuk menyebarkan kesedaran tentang baka ini.[1] Baka ini diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada September 2024.[10]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Tazy ialah anjing bersaiz sederhana, berdada dalam, dan bertungkai panjang dengan bulu pendek pada tubuh dan bulu lebih panjang pada ekor dan telinga.

Tazy cenderung untuk menjadi berdikari dan menyendiri terhadap orang asing.[7] Tazy terkenal kerana sifat suka bermain, daya ketahanan, dan kewaspadaan. Tazy mampu berlari sepanjang jarak jauh pada kelajuan 12–15 kilometer per jam (7.5–9.3 miles per jam).[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تازي کازخستن; Bahasa Kazakh: тазы
  1. ^ a b c d e f g h "Tazy: Speedy Dog of the Steppes in a Race Against Extinction" [Tazy: Anjing Pantas dari Steppe dalam Perlumbaan Melawan Kepupusan] (dalam bahasa Inggeris). National Geographic. 15 Januari 2016. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ "Kazakhstan: Hunters try to save rare Tazy dog breed" [Kazakhstan: Pemburu cuba selamatkan baka anjing jarang tazy] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 1 Oktober 2014. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  3. ^ Polonskaya, Yulia (23 Jun 2014). "Tazy Dog Breed to be Recovered" [Baka Anjing Tazy Bakal Dipulihkan] (dalam bahasa Inggeris). The Astana Times. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  4. ^ a b c Perfilyeva, Anastassiya V.; Bespalova, Kira B.; Bespalov, Sergey; Begmanova, Mamura; Kuzovleva, Yelena; Zhaniyazov, Zhassulan; Vishnyakova, Olga Dmitrievna; Nazarenko, Inna; Perfilyeva, Yuliya Viktorovna; Khamdiyeva, Ozada Khakimovna; Bekmanov, Bakhytzhan (8 Mac 2023). Avramidou, Evangelia V. (penyunting). "Kazakh national dog breed Tazy: What do we know?" [Baka anjing kebangsaan Kazakhstan tazy: Apakah yang kita ketahui?]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 18 (3): e0282041. Bibcode:2023PLoSO..1882041P. doi:10.1371/journal.pone.0282041. ISSN 1932-6203. PMC 9994743 Check |pmc= value (bantuan). PMID 36888576 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 257403578 Check |s2cid= value (bantuan).
  5. ^ a b c "Я пришёл к тебе с тобетом" [Saya datang kepada kamu dengan tobet] (dalam bahasa Rusia). Time.kz. 27 Oktober 2009. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  6. ^ Zhanibekov, Yerzhan (4 September 2024). "The Tazy breed has been recognized by the International Canine Federation" [Baka tazy telah diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa] (dalam bahasa Inggeris). Kazinform. Dicapai pada 11 September 2024.
  7. ^ a b c Plyaskina, Nadezhda (8 Mac 2014). "Каждый охотник желает тазы" [Setiap pemburu inginkan tazy] (dalam bahasa Rusia). Time.kz. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  8. ^ Perfilyeva, Anastassiya V.; Bespalova, Kira B.; Bespalov, Sergey; Begmanova, Mamura; Kuzovleva, Yelena; Vishnyakova, Olga Dmitrievna; Nazarenko, Inna; Abylkassymova, Gulnar Muchtargazyevna; Perfilyeva, Yuliya Viktorovna; Plakhov, Konstantin Nikolayevich; Djansugurova, Leyla Bulatovna; Bekmanov, Bakhytzhan (3 Julai 2023). "Homozygosity mapping in the Kazakh national dog breed Tazy" [Pemetaan kehomozigotan pada baka anjing kebangsaan Kazakhstan tazy]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 13 (1): 10735. Bibcode:2023NatSR..1310735P. doi:10.1038/s41598-023-37990-5. ISSN 2045-2322. PMC 10318078 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37400480 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 259324223 Check |s2cid= value (bantuan).
  9. ^ Urazova, Dinara (29 September 2014). "Efforts to preserve rare nomad dog breed in Kazakhstan" [Usaha untuk pulihara baka anjing nomad jarang di Kazakhstan] (dalam bahasa Inggeris). Tengrinews.kz. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  10. ^ "FCI breeds nomenclature: KAZAKH TAZY (372)" [Tatanama baka FCI: TAZY KAZAKHSTAN (372)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 11 September 2024.