Pergi ke kandungan

Anjing pemburu baset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Anjing pemburu basset)
Anjing pemburu baset
Anjing pemburu baset sawo matang dan putih
Negara asalPerancis
Trait
Berat Jantan 25–34 kg (55–75 lb)
Betina 20–29 kg (45–65 lb)
Tinggi Jantan 30–38 cm (12–15 in)
Betina 28–36 cm (11–14 in)
Bulu Licin, pendek, dan rapat
Warna Umumnya hitam, putih, dan sawo matang (triwarna) atau sawo matang/lemon dan putih (dwiwarna); tetapi mana-mana warna hound beriktiraf diterima
Saiz perinduk 6–8 ekor anak anjing
Jangka hayat Median 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu baset, anjing baset, baset, atau basset hound[a] ialah satu baka anjing bertungkai pendek dalam keluarga hound. Baset ialah anjing pemburu bau yang pada asalnya dibiakbakakan untuk tujuan pemburuan kelinci. Deria baunya dan kebolehannya untuk menjejak bau di tanah menempatkannya di tangga kedua selepas anjing pemburu darah.[1]

Anjing pemburu baset ialah salah satu daripada enam baka jenis baset beriktiraf di Perancis. Nama aslinya basset diturunkan daripada perkataan bahasa Perancis bas, yang memaksudkan 'rendah', dengan akhiran pelemah -et—bersama-sama memaksudkan 'agak rendah'. Anjing pemburu baset biasanya mempunyai warna piawai hound, sama ada dwiwarna atau twiwarna.

Adult Basset Hound

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing baset adalah besar, pendek, teguh, dan panjang, dengan ekor saber melengkung yang terangkat tinggi di atas paras belakang panjangnya. Anjing dewasa berukuran seberat 20–35 kilogram (44–77 lb). Baka ini, berbanding dengan saiznya, bertulang lebih besar berbanding dengan baka lain.[2]

Baka ini, seperti leluhurnya anjing pemburu darah, mempunyai struktur kulit tergantung, yang menyebabkan mukanya cenderung berwajah sedih; hal ini, untuk ramai orang, menambahkan daya tarikan kepada baka ini. Kulit kenyal longgar di sekeliling leher dikenali sebagai gelambir.[3]

Anjing pemburu baset terkenal kerana tingkah laku lembut dan jinak.[4]

Lapis bulunya pendek, pada umumnya triwarna hitam, putih, dan sawo matang atau dwiwarna sawo matang dan putih, tetapi dengan banyak warna mungkin lain. Alel EM menghasilkan topeng hitam pada muka yang mungkin mengunjur ke sekitar mata dan ke arah telinga. Pola ini paling mudah terlihat pada anjing mahogani, namun mana-mana pola warna baset mungkin mengekspresikan alel EM, kecuali "merah dan putih" atau "lemon dan putih" oleh sebab e/e.[5]

Anjing pemburu baset ialah anjing mesra, ramah, dan suka bermain, serta bertolak ansur terhadap kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain.[4]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Seekor anjing pemburu baset dewasa dengan seekor anak anjing di belakangnya

Osteokondrodisplasia

[sunting | sunting sumber]

Tubuh rendah anjing pemburu baset disebabkan oleh keadaan genetik yang dikenali sebagai osteokondrodisplasia.[6] Osteokondrodisplasia menyebabkan pertumbuhan terbantut dan menjejaskan pergerakan. Anjing terjejas membentuk anggota belakang ranggung, sendi yang dibesarkan, sangkar rusuk rata, tulang panjang yang dipendekkan dan bengkok, dan kaki cacat bentuk.[7]

Jangka hayat

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian Perancis tahun 2015 mendapati jangka hayat sebanyak 10.3 tahun.[8] Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom pula mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]

Isu kesihatan lain

[sunting | sunting sumber]
Keadaan mata umum yang dihidap oleh anjing pemburu baset yang dipanggil mata ceri

Anjing pemburu baset terdedah kepada jangkitan yis.[10]

Punca utama bagi kematian dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan kanser (31%), usia lanjut (13%), volvulus pendilatan gastrik (11%), dan masalah jantung (8%).[11]

Maklumat daripada data veterinar mendapati bahawa prevalens bagi glaukoma ialah 5.44%, angka kedua tertinggi dalam kajian itu.[12]

Anjing pemburu baset cenderung terhadap volvulus pendilatan gastrik.[13] Sebuah kajian mendapati bahawa nisbah kemungkinannya ialah 5.9.[14]

Trombopati keturunan anjing pemburu baset ialah gangguan platelet pewarisan autosom yang bercirikan kecacatan trombastenia dalam keabnormalan pengagregatan primer bagi peretrakan bekuan. Glikoprotein IIb-IIIa adalah cacat walaupun dapat dikesan.[15]

Anjing pemburu baset terdedah terhadap beberapa keadaan kulit: penyakit kulit alahan; intertrigo; dermatitis Malassezia; dan otitis, kecacatan pengkeratinan primer.[16]

Anjing pemburu baset ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[17]

Anjing pemburu St Hubert

[sunting | sunting sumber]

Jenis baset berasal dari Perancis dan diturunkan daripada anjing pemburu abad ke-6 milik St Hubert dari Belgium, yang, melalui pembiakbakaan di Gereja Benediktus St. Hubert, akhirnya menjadi anjing yang dikenali sebagai anjing pemburu St Hubert pada sekitar tahun 1000 Masihi. Anjing pemburu asli St Hubert diturunkan daripada anjing pemburu Lakonia (Sparta),[18] salah satu daripada empat kelompok anjing yang diperhatikan daripada perwakilan dan pemerihalan Yunani. Anjing-anjing pemburu bau ini diperihalkan sebagai anjing besar, perlahan, "bertungkai pendek, dan bermulut dalam" dengan kepala kecil, hidung lurus, telinga tegak, dan leher panjang, dan sama ada sawo matang dengan tanda-tanda putih atau hitam dengan dengan tanda-tanda sawo matang.[19] Anjing pemburu Lakonia, menurut reputasinya, tidak mengalah dalam penghiduan sehingga menemukan mangsanya. Ia kemudian sampai ke Kunstantiniyah dan dari situ berkembang ke Eropah.[18]

Torehan kayu tahun 1879 bagi anjing pemburu jenis baset pertama milik Everett Millais yang bernama Model, yang diimport dari Perancis pada tahun 1874

Sebutan pertama bagi anjing "basset" muncul dalam La Venerie, yang merupakan teks perburuan berilustrasi yang dikarang oleh Jacques du Fouilloux pada tahun 1585.[20][21] Nama "basset" mempunyai asal usul pada kata bahasa Latin untuk "rendah", iaitu bassus, dan akhiran pelemah bahasa Perancis -et. Anjing dalam teks Fouilloux digunakan untuk memburu rubah dan bejar. Jenis baset dipercayai berasal sebagai mutasi dalam perinduk-perinduk anjing pemburu rusa Norman, yang merupakan salah satu keturunan anjing pemburu St Hubert. Pendahulu ini paling mungkin dibiakbakakan kembali ke dalam baka anjing pemburu St. Hubert, antara anjing pemburu turunan lain Perancis. Sehingga Revolusi Perancis pada sekitar tahun 1789, perburuan berkuda merupakan acara khusus para raja, keluarga besar bangsawan, dan para tuan tanah perdesaan, dan atas sebab ini, anjing bertungkai pendek sangat dihargai untuk perburuan secara berjalan.

Anjing pemburu jenis baset menjadi popular semasa pemerintahan Maharaja Napoleon III (memerintah 1852–1870). Pada tahun 1853, Emmanuel Fremiet, "pemimpin pengukir haiwan pada zaman beliau", mempamerkan ukiran-ukiran gangsa bagi Anjing-anjing Pemburu Baset Maharaja Napoleon III di Salon Paris.[22] Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1863 pada pameran anjing pertama yang diadakan di Paris, anjing pemburu baset menerima tumpuan antarabangsa.[23]

Pembiakbakaan terkawal bagi baset berbulu pendek bermula di Perancis pada tahun 1870. Daripada baset yang wujud, Comte Le Couteulx de Canteleu menetapkan jenis utilitarian dengan tungkai hadapan lurus yang dikenali sebagai anjing pemburu Artois, sementara En. Louis Lane mengembangkan jenis lebih menonjol, dengan tungkai hadapan bengkok, yang dikenali sebagai baset Normandie. Kedua-dua ini dibiakbakakan bersama-sama untuk menghasilkan baset Artois Normandie yang asli.[24][25]

Seekor anjing pemburu jenis baset awal abad ke-20

Basset hound Perancis diimport ke England sekurang-kurangnya seawal tahun 1870-an. Sementara sesetengah anjing ini pastinya baset Artois Normandie, menjelang tahun 1880-an, pembiakbakaan titisan telah berbalik kepada jenis lebih berat yang berbeza. Everett Millais, yang dianggap sebagai bapa kepada basset hound moden, membiakbakakan seekor anjing jantan sedemikian, Nicholas, dengan seekor anjing pemburu darah betina yang bernama Inoculation melalui permainan beradas untuk menghasilkan baset lebih berat di England pada tahun 1890-an. Perinduknya disambut melalui pembedahan caesar, dan anak-anak anjing yang terselamat diperhalus dengan baset-baset Perancis dan Inggeris.[26] Piawaian baka pertama untuk anjing yang kini dikenali sebagai basset hound dibuat di Great Britain pada penghujung abad ke-19.[27] Piawaian ini dikemaskinikan pada tahun 2010.[28]

Perburuan dengan baset

[sunting | sunting sumber]
Ilustrasi tahun 1925 tentang seekor anjing pemburu baset yang memburu seekor arnab

Anjing pemburu baset dibiakbakakan untuk perburuan dengan hidung berderia tajam dan tubuh rendah yang sesuai untuk perburuan buruan kecil secara berjalan. Satu keragaman basset hound yang dikembangkan hanya untuk perburuan oleh Kolonel Morrison dimasukkan ke dalam Masters of Basset Hounds Association pada tahun 1959 melalui lampiran ke dalam buku pembaka. Baka ini berlainan dengan tungkai lebih lurus dan lebih panjang dan telinga lebih pendek.[29]

[sunting | sunting sumber]
Sebuah patung Peter Falk yang memainkan watak Columbo dengan anjing pemburu basetnya di Hungary
  • Anjing pemburu baset telah ditonjolkan dalam kebudayaan popular berkali-kali. Sesetengah seniman, seperti pengarah Mamoru Oshii dan seniman komik web Scott Kurtz, selalu menonjolkan baset peliharaan mereka dalam karya mereka.
  • Pada 27 Februari 1928, majalah Time menonjolkan seekor anjing pemburu baset di kulit hadapannya.[30] Cerita pendampingnya adalah tentang Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club tahunan ke-52 di Madison Square Garden seolah-olah ditonton oleh anak anjing pemburu baset.
  • Banyak anjing kartun berdasarkan baset, seperti Droopy, dengan beberapa ekor baset yang muncul dalam filem-filem animasi Disney. Lerang komik gugusan, Fred Basset, telah ditonjolkan berkali-kali dalam surat khabar sejak tahun 1963.
  • Ada seekor basset hound dalam siri filem Smokey and the Bandit. Anjingnya, Fred, dipilih secara peribadi oleh pelakon utama, Burt Reynolds, kerana ia enggan mematuhi perintah.[31]
  • Dalam filem Disney tahun 1986, The Great Mouse Detective, seekor anjing pemburu baset bernama Toby ialah anjing kepada Sherlock Holmes.
  • Pada zaman awal televisyen, Elvis Presley secara masyhurnya menyanyikan "Hound Dog" kepada seekor anjing pemburu baset bernama Sherock yang tidak berminat dan memakai topi tinggi dalam The Steve Allen Show pada 1 Julai 1956.
  • Seekor lagi baset televisyen pada tahun 1950-an ialah Morgan. Ia kerap muncul dalam The Garry Moore Show, The Jackie Gleason Show, dan banyak lagi rancangan aneka ragam. Ia memainkan peranan anjing dari Pluto dalam Captain Video dan muncul dalam sebuah filem Dean Martin dan Jerry Lewis. Kemunculan terakhirnya adalah dalam Hallmark Hall of Fame, dalam peranan menentang Tom Bosley pada tahun 1959.[32] Ia mempunyai mainan plusy yang bermodelkan dirinya[33] dan muncul dalam sebuah rencana majalah Life.[34] Sungguhpun ada rencana itu, ia tidak pernah dikenali sebagai J J Morgan.
  • Dalam siri televisyen Columbo, Leftenan Columbo memiliki seekor basset hound bernama Dog. Pada asalnya, ia tidak patut muncul dalam rancangan kerana Peter Falk percaya bahawa "gimik cukup sudah ada" tetapi sebaik kedua-duanya berjumpa, Falk menyatakan bahawa Dog "merupakan jenis anjing tepat yang patut dimiliki oleh Columbo". Maka, beliau menambahkannya ke dalam rancangan dan ia membuat kemunculan pertama dalam "Étude in Black" pada tahun 1972.[35]
  • Dalam novel dewasa muda, The Disreputable History of Frankie Landau-Banks, anjing pemburu baset ialah lambang bagi persatuan kolej Loyal Order of the Basset Hound.[36]
  • Mulai musim ketiga dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard, Sheriff Rosco P. Coltrane memiliki seekor anjing pemburu baset malas bernama Flash. Flash membenci Boss Hogg tetapi menyayangi Dukes.
  • Anjing pemburu baset kerap digunakan sebagai logo pengiklanan. Logo untuk kasut jenama Hush Puppies jelas-jelas menonjolkan seekor anjing pemburu baset yang nama sebenarnya ialah Jason.[37] Anjing pemburu baset kadang-kadang dirujukan sebagai "hush puppies" atas sebab itu. Seekor anjing pemburu baset juga berkhidmat sebagai teman kepada Maytag Man yang bersendirian dalam iklan perkakasan Maytag. Tidewater Petroleum mengiklankan gasolin "Flying A"-nya dengan menggunakan seekor basset hound bernama Axelrod.

Baka berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو باسيت; انجيڠ باسيت; باسيت; باسيت هاءون; bahasa Inggeris: basset hound
  1. ^ Hart, Ernest H. (1974). This Is the Basset Hound [Inilah Anjing Pemburu Baset] (dalam bahasa Inggeris). Hong Kong: TFH Publications. ISBN 9780876662410. OCLC 1036893935.
  2. ^ "Basset Hound" [Anjing Pemburu Baset]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  3. ^ "9 Floppy Facts About Basset Hounds" [9 Fakta Terkelepai tentang Anjing Pemburu Baset]. www.mentalfloss.com (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  4. ^ a b Liebers, Arthur; Hardy, Dorothy (1959). How to Raise and Train a Basset Hound [Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Baset] (dalam bahasa Inggeris). Jersey City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC 10743773.
  5. ^ Drega, Dana (25 Januari 2011). "Basset Hound Coat Colours" [Warna Lapis Bulu Anjing Pemburu Baset]. Universiti Saskatchewan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  6. ^ Martínez, Simón; Fajardo, Raúl; Valdés, Jesús; Ulloa-Arvizu, Raúl; Alonso, Rogelio (Januari 2007). "Histopathologic study of long-bone growth plates confirms the basset hound as an osteochondrodysplastic breed" [Kajian histopatologi tentang plat pertumbuhan tulang panjang mengesahkan anjing pemburu baset sebagai baka osteokondrodisplasia]. Canadian Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 71 (1): 66–69. ISSN 0830-9000. PMC 1635992. PMID 17195339. S2CID 11967499.
  7. ^ "Osteochondrodysplasia (OCD) in Miniature Poodles" [Osteokondrodisplasia pada Pudel Katik]. Universiti California, Davis, Perubatan Veterinar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  8. ^ Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Etienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883.
  9. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  10. ^ "Yeast Dermatitis in Dogs" [Dermatitis Yis pada Anjing]. vca_corporate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  11. ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  12. ^ Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN 1463-5224. PMID 14982589. S2CID 46589186.
  13. ^ Bell, Jerold S. (19 September 2014). "Inherited and Predisposing Factors in the Development of Gastric Dilatation Volvulus in Dogs" [Faktor-faktor Terwaris dan Pendorong dalam Perkembangan Volvulus Pendilatan Gastrik pada Anjing]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 29 (3): 60–63. doi:10.1053/j.tcam.2014.09.002. ISSN 1946-9837. PMID 25496921. S2CID 31820259.
  14. ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs" [Analisis faktor risiko untuk pendilatan gastrik dan volvulus pendilatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 1943-569X. PMID 8050972. S2CID 20494568.
  15. ^ Mattson, Joan C.; Estry, Douglas W.; Bell, Thomas G.; Patterson, Wayne R. (1 Oktober 1986). "Defective contact activation of platelets from dogs with basset hound hereditary thrombopathy" [Pengaktifan sentuh cacat bagi platelet daripada anjing dengan trombopati keturunan anjing pemburu baset]. Thrombosis Research (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 44 (1): 23–38. doi:10.1016/0049-3848(86)90177-5. ISSN 1879-2472. PMID 3787559. S2CID 36278557.
  16. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
  17. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  18. ^ a b Campbell Thornton, Kim (1 Mac 1998). Bloodhounds: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Pemburu Darah: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764103421. OCLC 38199758.
  19. ^ "Dogs in Rome and Greece" [Anjing di Rom dan Di Yunani] (dalam bahasa Inggeris). Penelope.uchicago.edu. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  20. ^ "Pure-bred Dogs, American Kennel Gazette, Volume 106" [Anjing Baka Tulen, American Kennel Gazette, Jilid 106]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1989.
  21. ^ Isaac, Peter (1982). Which Pet? [Haiwan Peliharaan Mana?] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Jill Norman & Hobhouse. ISBN 9780906908563. OCLC 10965647.
  22. ^ Janson, Horst Woldermar; Fusco, Peter, penyunting (1980). The Romantics to Rodin [Romantik untuk Rodin] (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles, California, Amerika Syarikat: Muzium Seni Kaunti Los Angeles. m/s. 272. ISBN 9780875870915. OCLC 5846663.
  23. ^ Leighton, Robert (2009). The New Book of the Dog [Buku Baharu tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. ISBN 9781151753328.
  24. ^ "Standard FCI N° 34 BASSET ARTESIEN NORMAND" [Piawaian FCI No. 34 Baset Artois Normandie] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  25. ^ "FCI-Standard N° 34 BASSET ARTÉSIEN NORMAND (Norman Artesien Basset)" [Piawaian FCI No. 34 Baset Artois Normandie] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  26. ^ "The Early History of the Basset Hound in England, 1874-1921" [Sejarah Awal Anjing Pemburu Baset di England, 1874–1921]. Basset.net. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  27. ^ "Standard of the Breed Bassethound with Comments by Iva Černohubová" [Piawaian Baka Anjing Pemburu Baset dengan Ulasan oleh Iva Černohubová]. Bohemia-horrido.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  28. ^ "FCI-Standard N° 163 BASSET HOUND" [Piawaian FCI No. 163 Anjing Pemburu Baset] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 27 Januari 2011. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  29. ^ Lawson, Patrick (Oktober 1975). All About Dogs [Semua tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Orbis Publishing. ISBN 9780856130335. OCLC 16377820.
  30. ^ "Baby Basset Hound". Time. 27 Februari 1928.
  31. ^ "Smokey and the Bandit (1977)". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  32. ^ "Mr. Morgan" (dalam bahasa Inggeris)
  33. ^ "Morgan the Basset Hound" (dalam bahasa Inggeris)
  34. ^ "The Basset Hound Lowdown" (dalam bahasa Inggeris)
  35. ^ "A Lieutenant's best friend: Columbo and Dog" [Sahabat baik Leftenan: Columbo dan Dog]. The Columbophile (dalam bahasa Inggeris). 24 Julai 2016. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  36. ^ "The Disreputable History of Frankie Landau-Banks Summary" (dalam bahasa Inggeris). 2020.
  37. ^ "Jason's Hush Puppies Scrapbook" [Buku Skrap Hush Puppies Jason] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2006. Dicapai pada 26 Disember 2023.