Anjing gembala Garafía
![]() | |||||||||||||||||
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Catatan | diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[2]:13431[3] | ||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |


Anjing gembala Garafía[a] ialah satu baka anjing gembala biri-biri Sepanyol yang asli di pulau La Palma di Kepulauan Canaria.[1]:562[4] Namanya diterbitkan daripada nama comarca Garafía, di utara pulau itu. Di sana, baka ini paling lazim, walaupun spesimen terdapat di seluruh pulau. Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 2003.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ini ialah populasi anjing tersendiri yang asli di comarca Garafía, di pulau La Palma. Di sana, ia digunakan oleh gembala untuk membawa kawanan kambing. Oleh sebab ini, haiwan itu bertahan hidup di kawasan curam dan berbatu. Ia mempunyai ciri-ciri sangat heterogen, kerana hanya telah dilakukan pemilihan berfungsi. Kecekapan terasnya ialah penggiringan kambing dan biri-biri ke padang ragut di kawasan berceranggah, mengikut geografi La Palma. Asal usulnya terletak pada zaman pra-Hispanik, walaupun penyilangan dengan baka-baka lain (paling penting anjing gembala Belgium) selepas penaklukan menyumbang kepada perkembangan anjing gembala Garafía.
Untuk satu ketika, baka ini berada di ambang kelenyapan kerana pembiakbakaan ke luar dengan baka anjing lain. Silangan berturut-turut, terutamanya dari tahun 1960-an dengan baka-baka anjing gembala lain, menunjukkan keperluan untuk berusaha untuk pemulihan dan pemilihannya daripada segelintir spesimen tulen baka ini yang dibela oleh gembala di pulau itu. Sebuah kumpulan kerja untuk pemuliharaan baka ini dibentuk pada tahun 1980; ini kemudian menjadi Asociación Española del Perro Pastor Garafiano ("Persatuan Anjing Gembala Garafía Sepanyol").[1]:563[5]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Garafía bersaiz sederhana: betina berdiri setinggi 50–56 cm (20–22 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 18–25 kg (40–55 lb), manakala jantan berdiri dengan lebih tinggi sebanyak sekitar 4 cm (1.6 in) dan berukuran lebih berat sebanyak 6 kg (13 lb). Ketinggian pada paras krup mungkin sehingga lebih tinggi sebanyak 3 cm (1.2 in) berbanding dengan ketinggian pada paras kelasa.[4]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ݢارافيا; Sepanyol: perro pastor garafiano; perro de pastor garafiano; pastor garafiano; pastor de Garafía; bahasa Inggeris: Garafian shepherd
Rujukan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Garafía |
- ^ a b c d e f Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan (14 Jun 2001). "11347: REAL DECRETO 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [11347: DEKRI DIRAJA 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142): 21156–21182.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Cañete, Arias (30 Mac 2004). "5652: ORDEN APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [5652: PERINTAH APA/807/2004, pada 24 Mac, yang mengemaskinikan lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (77): 13430–13435.
- ^ a b "Pastor Garafiano" [Anjing Gembala Garafía] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 November 2024. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ "Historia del Perro Pastor Garafiano" [Sejarah Anjing Gembala Garafía] (dalam bahasa Sepanyol). Santa Cruz de la Palma, Sepanyol: Asociación Española del Perro Pastor Garafiano. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2024. Dicapai pada 15 Februari 2025.