Pergi ke kandungan

Aksara Rejang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Rejang
ꥆꤰ꥓ꤼꤽ ꤽꥍꤺꥏ
Jenis tulisan
Tempoh masa
?–kini
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaMelayu, Rejang
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan kerabat
Bali
Batak
Baybayin
Jawa
Lontara
Makassar
Sunda Kuno
Rencong
ISO 15924
ISO 15924Rjng (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Rejang
U+A930–U+A95F
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik dari Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan antara simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Aksara Rejang, Kaganga, atau Surat Ulu ialah sejenis aksara abugida dari keluarga aksara Brahma, dan berkerabat dengan aksara serantau dengannya, seperti aksara Batak, aksara Lontara, aksara Ogan, aksara Rencong, dan lain-lain. Aksara Rejang merupakan ahli dalam kumpulan kerabat aksara Surat Ulu yang merangkumi lainan aksara Bengkulu, Lembak, Lintang, Lebong, dan Serawai. Aksara lain yang berkait rapat, dan kadangkala termasuk dalam kumpulan Surat Ulu, ialah aksara Rencong (Kerinci) dan aksara Lampung. Aksara Rejang digunakan sebelum pengenalan Islam ke kawasan Rejang; dokumen yang terawal dibuktikan tampaknya bermula dari pertengahan abad ke-18 TM. Aksara Rejang kadangkala juga dikenali sebagai aksara Kaganga mengikut tiga huruf pertama dalam abjadnya (ka, ga, nga). Istilah Kaganga tidak pernah digunakan oleh pengguna komuniti aksara tersebut, tetapi ia dicipta oleh ahli antropologi Beritis Mervyn A. Jaspan (1926–1975) dalam bukunya Folk literature of South Sumatra. Redjang Ka-Ga-Nga texts. Canberra, Universiti Kebangsaan Australia 1964.

Aksara Rejang telah digunakan untuk menulis penulisan dalam bahasa Melayu dan bahasa Rejang, yang kini dituturkan oleh kira-kira 200,000 orang yang tinggal di tanahtinggi baratdaya pulau Sumatera, Wilayah Bengkulu utara, sekitar Argamakmur, Muaraaman, Curup, dan Kepahiang, dan juga di kawasan Rawas Wilayah Sumatera Selatan, berhampiran Muara Kulam. Terdapat lima loghat utama bahasa Rejang: Lebong, Musi, Kebanagung, Pesisir (semuanya di Wilayah Bengkulu), dan Rawas (di Wilayah Sumatera Selatan). Kebanyakan penggunanya tinggal di kawasan luar bandar yang agak terpencil, iaitu kurang separuh daripadanya celik huruf.

Korpus aksara Rejang tradisional terdiri utamanya daripada naskhah upacara, mantera perubatan, dan puisi.

Huruf-huruf aksara boleh didapati dalam naskhah di bawah:[1][2]

Aksara Rejang, bersama alihhurufnya

Huruf dengan AFA

[sunting | sunting sumber]

Tanda pelat aksara dilampirkan di sini pada huruf dasar a () untuk menyahkaburkan huruf yang serupa jika huruf dasar tidak digunakan, seperti untuk /i/, /u/, /əu̯/, dan /ɛa̯/. Pengecualian untuk virama, di mana huruf asasnya ialah ka ().

Aksara Rejang dengan tatatanda AFA[3]
Rejang ꤿ
AFA [k] [ɡ] [ŋ] [t] [d] [n] [p] [b] [m] [c] [ɟ] [ɲ] [s] [r] [l] [j]
Rejang ꥆꥇ ꥆꥈ ꥆꥉ ꥆꥊ ꥆꥋ ꥆꥌ ꥆꥍ ꥆꥎ ꥆꥏ
AFA [w] [h] [mb] [ŋg] [nd] [ɲɟ] [a], [ə] [i], [ɪ] [u], [ʊ] [ɛ], [e] [ai̯] [o], [ɔ] [au̯] [əu̯] [ɛa̯] akhiran [ŋ]
Rejang ꥆꥐ ꥆꥑ ꥆꥒ ꤰ꥓
AFA akhiran [n] akhiran [r] akhiran [ʔ] (tiada vokal)

Aksara Rejang telah ditambahkan ke Piawaian Unikod pada April 2008 dengan keluaran gubahan 5.1. Blok Unikod untuk Rejang ialah U+A930–U+A95F:

Aksara Rejang[1][2]
Carta kod rasmi Konsortium Unikod (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+A93x ꤿ
U+A94x
U+A95x
Catatan
1. Setakat Unikod gubahan 14.0
2. Kawasan kelabu menandakan titik kod nirumpuk

Usulan sedang dibangunkan untuk menambah angka Rejang (angka bejagung).[4]

  1. ^ Crawfurd, John. (1820). History of the Indian Archipelago (vol. 2).
  2. ^ Everson, Michael. (2006). Proposal for encoding the Rejang script in the BMP of the UCS.
  3. ^ Omniglot. Rejang. Retrieved 23 March 2019.
  4. ^ Pandey, Anshuman (2018-03-26). "Preliminary proposal to encode Rejang Numbers in Unicode" (PDF). Unicode Consortium. L2/L2018/18081. Dicapai pada 2021-02-18.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]