Pergi ke kandungan

Aksara Tibet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tibetan
Jenis tulisan
Tempoh masa
c. 650–present
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaTibet, Dzongkha, Ladakh, Sikkim, Balti, Tamang, Sherpa, Yolmo, Tshangla
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
Limbu, Lepcha, 'Phags-pa
Sistem tulisan kerabat
Assam, Benggali
ISO 15924
ISO 15924Tibt (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Tibetan
U+0F00–U+0FFF
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik dari Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan antara simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Abjad Tibet adalah sebuah abugida yang digunakan untuk menulis bahasa-bahasa di Tibet seperti bahasa Tibet, Jongkha, bahasa Sikkim, Ladakh, dan kadang-kala bahasa Baltistani. Nama huruf untuk pencetakan abjad ini ialah skrip uchen sementara huruf tulisan tangan yang digunakan untuk tulisan setiap hari dinamakan skrip umê.

Abjad ini berkait rapat dengan identiti warga etnik Tibet yang berleluasa di wilayah Tibet, Bhutan, India, Nepal. Abjad Tibet adalah berasal dari asal-usul Indik dan nenek moyang kepada abjad Limbu, abjad Lepcha, dan skrip 'Phags-pa yang digunakan oleh berbilang bahasa.

Penciptaan abjad Tibet adalah oleh Thonmi Sambhota pada pertengahan abad ke-7. Tradisi berpendapat bahawa Thonmi Sambhota, seorang menteri Songtsen Gampo (569-649), telah dihantar ke India untuk mempelajari seni penulisan, dan setelah beliau pulang, beliau memperkenalkan 'abjad'. Bentuk huruf beliau berdasarkan kepada abjad Indik pada masa itu.[3]

Tiga sistem ejaan baku telah diciptakan. Yang terutama, sebuah sistem ejaan rasmi yang bertujuan untuk memudahkan terjemahan kitab-kitab Buddha, muncul pada awal abad ke-9. Sistem ejaan baku kini tidak berubah sejak itu, sedangkan sebutan dalam bahasa ini telah berubah oleh, contohnya, kehilangan gugus konsonan yang kompleks. Akibatnya, dalam semua dialek Tibet moden, terutamanya dalam Tibet Baku di Lhasa, terdapat perbezaan yang besar antara ejaan semasa (yang masih berupakan Tibet yang dituturkan abad ke-9) dan sebutan semasa. Pencapahan ini adalah asas hujah yang menyokong pembaharuan ejaan, untuk menulis Tibet seperti yang disebutkan, sebagai contoh, menulis Kagyu sebagai Kagyu dan bukan Bka'-rgyud (བཀའ་བརྒྱུད།). Namun sebutan bahasa Balti, Ladakhi dan Burig sebaliknya pula lebih serupa dengan ejaan kuno.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Abjad asas

[sunting | sunting sumber]

Dalam skrip Tibet, suku kata ditulis dari kiri ke kanan. Suku kata dipisahkan oleh tsek; kerana banyak perkataan Tibet adalah ekasukuan, tanda ini sering berfungsi sebagai jarak. Jarak tidak digunakan untuk membahagikan kata-kata.

Abjad Tibet mempunyai tiga puluh huruf asas, kadang-kala dikenali sebagai "radikal" ataupun akar, untuk huruf konsonan. Seperti dalam skrip Indik lain, setiap huruf konsonan mengandaikan vokal yang wujud; dalam skrip Tibet ialah ཨ /a/. Huruf ཨ  /a/ juga merupakan asas bagi tanda huruf vokal bergantung.

Walaupun beberapa dialek Tibet mempunyai nada, bahasa ini tidak mempunyai nada pada masa penciptaannya, dan tidak ada simbol yang khas untuk nada. Walau bagaimanapun, oleh kerana nada diperkembangkan dari ciri-ciri pembahagian, mereka biasanya boleh diteka dengan betul oleh ejaan perkataan-perkataan Tibet kuno.

Tanpa hembus
nada tinggi
Hembus
nada tengah
Dilafazkan
nada rendah
Sengau
nada rendah
Huruf IPA Huruf IPA Huruf IPA Huruf IPA
Garau /ka/ /kʰa/ /ga/ /ŋa/
Palatal /tʃa/ /tʃʰa/ /dʒa/ /ɲa/
Gigi /ta/ /tʰa/ /da/ /na/
Bibir /pa/ /pʰa/ /ba/ /ma/
Gigi /tsa/ /tsʰa/ /dza/ /wa/
rendah /ʒa/ /za/ /'a/ /ja/
tengah /ra/ /la/ /ʃa/ /sa/
tinggi /ha/ /a/

Gugus konsonan

[sunting | sunting sumber]

Aspek unik dalam aksara Tibet ialah konsonan-konsonan boleh ditulis sama seperti radikal, atau dapat ditulis dalam bentuk lain, seperti subskrip dan superskrip yang membentuk gugus konsonan.

Untuk memahami bagaimana ini berfungsi, seseorang boleh melihat radikal ཀ /ka/ dan lihat apa yang berlaku apabila ia menjadi ཀྲ /kra/ atau རྐ /rka/. Dalam kedua-dua kes, simbol untuk ཀ /ka/ digunakan, tetapi apabila ར /ra/ berada di tengah-tengah konsonan dan vokal, ia ditambah sebagai subskrip. Sebaliknya, apabila ར /ra/ datang sebelum konsonan dan vokal, ia ditambah sebagai superskrip. ར /ra/ sebenarnya berubah bentuk apabila ia melebihi kebanyakan konsonan lain; menjadi རྐ rka. Walau bagaimanapun, gugusan རྙ /rnya/ diberikan pengecualian dalam ini. Begitu juga, konsonan ཝ /wa/, ར /ra/, dan ཡ /ja/ ubah bentuk apabila mereka berada di bawah konsonan lain; maka ཀྭ /kwa/; ཀྲ /kra/; ཀྱ /kja/.

Selain ditulis sebagai subskrip dan superskrip, sesetengah konsonan juga boleh diletakkan di dalam posisi pra-skrip, pasca-skrip, atau post-postcript. Misalnya, konsonan ག /kʰa/, ད /tʰa/, བ /pʰa/, མ /ma/ dan འ /a/ boleh digunakan dalam kedudukan pra-skrip di sebelah kiri radikal lain, manakala posisi selepas radikal (kedudukan pasca-skrip), boleh dipegang oleh sepuluh konsonan ག /kʰa/, ན /na/, བ /pʰa/, ད /tʰa/, མ /ma/, འ /a/, ར /ra/, ང /ŋa/, ས /sa/, dan ལ /la/. Posisi ketiga, kedudukan pasca-pasca-skrip ialah khas untuk konsonan ད /tʰa/ dan ས /sa/.

Huruf kepala

[sunting | sunting sumber]

Posisi superskrip di atas radikal ialah khas untuk konsonan ར /ra/, ལ /la/, dan ས /sa/.

  • Apabila ར /ra/, ལ /la/, dan ས /sa/ berada dalam posisi superskrip bersama ཀ /ka/, ཅ /tʃa/, ཏ /ta/, པ /pa/ and ཙ /tsa/, tiada perubahan pada bunyi. Rupa dan bunyi mereka ialah:
    • རྐ /ka/, རྕ /tʃa/, རྟ /ta/, རྤ /pa/, རྩ /tsa/
    • ལྐ /ka/, ལྕ /tʃa/, ལྟ /ta/, ལྤ /pa/, ལྩ /tsa/
    • སྐ /ka/, སྕ /tʃa/, སྟ /ta/, སྤ /pa/, སྩ /tsa/
  • Apabila ར /ra/, ལ /la/, dan ས /sa/ berada dalam posisi superskrip bersama ག /kʰa/, ཇ /tʃʰa/, ད /tʰa/, བ /pʰa/ dan ཛ /tsʰa/, hembusan mereka dibuang dan sebutannya berubah. Rupa dan bunyi mereka ialah:
    • རྒ /ga/, རྗ /d͡ʒa/, རྡ /da/, རྦ /ba/, རྫ /dza/
    • ལྒ /ga/, ལྗ /d͡ʒa/, ལྡ /da/, ལྦ /ba/, ལྫ /dza/
    • སྒ /ga/, སྗ /d͡ʒa/, སྡ /da/, སྦ /ba/, སྫ /dza/
  • Apabila ར /ra/, ལ /la/, dan ས /sa/ berada dalam posisi superskrip bersama ང /ŋa/, ཉ /ɲa/, ན /na/ dan མ /ma/, bunyi sengau menjadi tinggi. Rupa dan bunyi mereka ialah:
    • རྔ /ŋa/, རྙ /ɲa/, རྣ /na/, རྨ /ma/
    • ལྔ /ŋa/, ལྙ /ɲa/, ལྣ /na/, ལྨ /ma/
    • སྔ /ŋa/, སྙ /ɲa/, སྣ /na/, སྨ /ma/

Huruf tercantum

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan subskrip di bawah radikal adalah untuk konsonan ཡ /ja/, ར /ra/, ལ /la/, dan ཝ /wa/.

Tanda vokal dan angka

[sunting | sunting sumber]

Vokal yang digunakan dalam abjad Tibet ialah ཨ /a/, ཨི /i/, ཨུ /u/, ཨེ /e/, dan ཨོ /o/. Walaupun vokal /a/ telah disertakan dalam setiap konsonan atau radikal, vokal-vokal lain ditunjukkan dengan tanda baca; maka ཀ /ka/, ཀི /ki/, ཀུ /ku/, ཀེ /ke/, ཀོ /ko/. Vokal ཨི /i/, ཨེ /e/, dan ཨོ /o/ diletakkan di atas konsonan sebagai tanda diakritik, manakala vokal ཨུ /u/ diletakkan di bawah konsonan. Tibet Lama mengandungi bentuk tanda berbalik untuk /i/, gigu 'verso', yang tidak pasti maknanya. Tidak ada perbezaan antara vokal panjang dan pendek dalam bahasa Tibet bertulis, kecuali dalam kata-kata pinjaman, terutamanya yang diterjemahkan dari bahasa Sanskrit.

Tanda vokal IPA Tanda vokal IPA Tanda vokal IPA Tanda vokal IPA
/i/ /u/ /e/ /o/
Angka Tibet
Angka Arab 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Angka Tibet
Angka Arab 0.5 1.5 2.5 3.5 4.5 5.5 6.5 7.5 8.5 9.5

Tanda baca

[sunting | sunting sumber]
Simbol/
Grafem
Nama Fungsi
ཡིག་མགོ་
yig mgo
tanda permulaan teks
སྦྲུལ་ཤད་
sbrul shad
memisahkan bahagian-bahagian, bersamaan dengan topik dan sub-topik
བསྐུར་ཡིག་མགོ་
bskur yig mgo
penghitung senarai (Dzongkha)
ཙེག་
tsek
pembatas morfem
ཚིག་གྲུབ་
tshig-grub
noktah (menandakan hujung bahagian teks)
དོན་ཚན་
don-tshan
noktah (menandakan penghujung teks)
བསྡུས་རྟགས་
bsdus rtags
gandaan
གུག་རྟགས་གཡོན་
gug rtags g.yon
kurungan kiri
གུག་རྟགས་གཡས་
gug rtags g.yas
kurungan kanan
ཨང་ཁང་གཡོན་
ang khang g.yon
kurungan kiri, digunakan untuk mengurung di atas 
ཨང་ཁང་གཡས་
ang khang g.yas
kurungan kanan, digunakan untuk mengurung di atas

Penggunaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]
Teks dalam skrip Tibet, disyaki sebagai Sanskrit mengikut kandungan. Dari koleksi artifak peribadi Donald Weir.

Abjad Tibet, apabila digunakan untuk menulis bahasa lain seperti Balti dan Sanskrit, sering mempunyai grafem tambahan dan/atau diubah suai yang diambil dari abjad Tibet asas untuk mewakili bunyi yang berbeza.

Abjad tambahan

[sunting | sunting sumber]
Abjad  Digunakan dalam Perumian & IPA
Balti kka /qa/
Balti rra /ɽa/
གྷ Sanskrit gha /ɡʱ/
ཛྷ Sanskrit jha /ɟʱ, d͡ʒʱ/
Sanskrit ṭa /ʈ/
Sanskrit ṭha /ʈʰ/
Sanskrit ḍa /ɖ/
ཌྷ Sanskrit ḍha /ɖʱ/
Sanskrit ṇa /ɳ/
དྷ Sanskrit dha /d̪ʱ/
བྷ Sanskrit bha /bʱ/
Sanskrit ṣa /ʂ/
ཀྵ Sanskrit kṣa /kʂ/
  • Dalam Bahasa Baltistani, konsonan ka, ra diwakili oleh membalikkan huruf-huruf ཀ ར (ka, ra) untuk menjadikan ཫ ཬ (ka, ra).
  • Dalam bahasa Sanskrit, "konsonan-konsonan gelungan" ṭa, ṭha, ḍa, ṇa, ṣa diwakili oleh membalikkan huruf-huruf ཏ ཐ ད ན ཤ (ta, tha, da, na, sha) untuk menjadikan ཊ ཋ ཌ ཎ ཥ (Ta, Tha, Da, Na, Sa).
  • Dalam bahasa Sanskrit, ia adalah peraturan klasik untuk terjemahkan ca, cha, ja, jha, kepada ཙ ཚ ཛ ཛྷ (tsa, tsha, dza, dzha), mengikut turutan. Kini, ཅ ཆ ཇ ཇྷ (ca, cha, ja, jha) juga masih boleh digunakan.

Tanda vokal dan tanda baca tambahan

[sunting | sunting sumber]
Tanda vokal Digunakan dalam Perumian & IPA
Sanskrit ā /ā/
ཱི Sanskrit ī /ī/
ཱུ Sanskrit ū /ū/
Sanskrit ai /ai/
Sanskrit au /au/
ྲྀ Sanskrit ṛ /ṛ/
Sanskrit /ṝ/
ླྀ Sanskrit /ḷ/
Sanskrit /ḹ/
Sanskrit aṃ /ṃ/
Sanskrit aṃ /ṃ/
ཿ Sanskrit aḥ /ḥ/
Simbol/
Grafem
Nama Digunakan dalam Fungsi
srog med Sanskrit menekan wujud vokal bunyi
paluta Sanskrit digunakan untuk memanjangkan bunyi vokal

Perumian dan transliterasi

[sunting | sunting sumber]

Perumian dan transliterasi skrip Tibet adalah perwakilan aksara Tibet dalam skrip Latin. Terdapat pelbagai cara Perumian dan sistem transliterasi yang dibuat pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi gagal mewakili bunyi fonetik sebenar.[4] Walaupun sistem transliterasi Wylie digunakan secara meluas untuk merumikan Tibet Baku, yang lain termasuklah sistem Perpustakaan Kongres dan transliterasi berasaskan IPA (Jacques 2012).

Di bawah adalah jadual dengan abjad Tibet dan sistem perumian dan sistem transliterasi yang berlainan bagi setiap abjad, sistem yang disenaraikan di bawah adalah: transliterasi Wylie (W), Tibet pinyin (TP), Dzongkha phonetic (DP), Perumian ALA-LC (A)[5] dan Transkripsi Fonetik Ringkas THL (THL).

Huruf W TP DP A THL Huruf W TP DP A THL Huruf W TP DP A THL Alphabet W TP DP A THL
ka g ka ka ka kha k kha kha kha ga k kha ga ga nga ng nga nga nga
ca j ca ca cha cha q cha cha cha ja q cha ja ja nya ny nya nya nya
ta d ta ta ta tha t tha tha ta da t tha da da na n na na na
pa b pa pa pa pha p pha pha pa ba p pha ba ba ma m ma ma ma
tsa z tsa tsa tsa tsha c tsha tsha tsa dza c tsha dza dza wa w wa wa wa
zha x sha zha zha za s sa za za 'a - a 'a a ya y ya ya ya
ra r ra ra ra la l la la la sha x sha sha sha sa s sa sa sa
ha h ha ha ha a a a a a

Kaedah input dan susun atur papan kekunci

[sunting | sunting sumber]
Susun atur papan kekunci Tibet

Versi pertama Microsoft Windows yang menyokong susunan papan kekunci Tibet ialah MS Windows Vista. Susun atur ini telah tersedia untuk Linux sejak September 2007. Di Ubuntu 12.04, individu boleh memuat turun sokongan bahasa Tibet melalui Dash / Language Support / Install / Remove Languages, kaedah input boleh dihidupkan dari Dash / Layout Keyboard, menambah susun atur papan kekunci Tibet. Susun atur ini memakai susun atur yang serupa seperti di Microsoft Windows.

Mac OS-X memperkenalkan sokongan Unicode Tibet dengan OS-X versi 10.5 dan yang lebih baru, kini dengan tiga susunan atur papan kekunci yang berbeza: Tibetan-Wylie, Tibetan QWERTY dan Tibetan-Otani.

Susun atur papan kekunci Jongkha

Skema susun atur Jongkha direka sebagai cara mudah untuk memasukkan teks Jongkha pada komputer. Tata atur papan kekunci ini dipiawaikan oleh Suruhanjaya Pembangunan Jongkha (DDC) dan Jabatan Teknologi Maklumat (DIT) Kerajaan Diraja Bhutan pada tahun 2000.

Ia telah dikemas kini pada tahun 2009 untuk menampung aksara tambahan yang ditambahkan pada piawaian Unicode & ISO 10646 sejak versi awal. Oleh kerana susunan kunci berdasarkan susunan biasa abjad Jongkha dan Tibet, tata atur ini dapat dipelajari dengan cepat oleh siapa pun yang telah biasa dengan abjad ini. Konsonan bercantum (penggabungan) dimasukkan menggunakan kekunci Shift.

Susunan atur papan kekunci Jongkha (dz) dimasukkan ke dalam pengedaran XFree86.

Tibet pada asalnya merupakan salah satu skrip dalam versi pertama Piawai Unicode pada 1991, di blok Unicode U+1000-U+104F. Walau bagaimanapun, pada tahun 1993, dalam versi 1.1, ia telah dikeluarkan (kod titik yang digunakan kemudian akan digunakan untuk skrip Burma dalam versi 3.0). Skrip Tibet telah ditambah semula pada bulan Julai, 1996 dengan pelancaran versi 2.0.

Blok Unicode untuk Tibet adalah U+0F00-U+0FFF. Ia mengandungi huruf, angka dan pelbagai tanda baca dan simbol khas yang digunakan dalam teks agama:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Daniels, P.T. (January 2008). "Writing systems of major and minor languages". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Masica, Colin (1993). The Indo-Aryan languages. m/s. 143.
  3. ^ Which specific Indic script inspired the Tibetan alphabet remains controversial. Recent study suggests Tibetan script was based on an adaption from Khotan of the Indian Brahmi and Gupta scripts taught to Thonmi Sambhota in Kashmir (Berzin, Alexander. A Survey of Tibetan History - Reading Notes Taken by Alexander Berzin from Tsepon, W. D. Shakabpa, Tibet: A Political History. New Haven, Yale University Press, 1967: http://studybuddhism.com/web/en/archives/e-books/unpublished_manuscripts/survey_tibetan_history/chapter_1.html).
  4. ^ See for instance [1] [2]
  5. ^ [https://www.loc.gov/catdir/cpso/romanization/tibetan.pdf ALA-LC Romanization of Tibetan script (PDF)
    • Asher, R. E. ed. The Encyclopedia of Language and Linguistics. Tarrytown, NY: Pergamon Press, 1994. 10 vol.
    • Beyer, Stephan V. (1993). The Classical Tibetan Language. Reprinted by Delhi: Sri Satguru.
    • Chamberlain, Bradford Lynn. 2008. Script Selection for Tibetan-related Languages in Multiscriptal Environments. International Journal of the Sociology of Language 192:117–132.
    • Csoma de Kőrös, Alexander. (1983). A Grammar of the Tibetan Language. Reprinted by Delhi: Sri Satguru.
    • Csoma de Kőrös, Alexander (1980–1982). Sanskrit-Tibetan-English Vocabulary. 2 vols. Reprinted by Delhi: Sri Satguru.
    • Daniels, Peter T. and William Bright. The World’s Writing Systems. New York: Oxford University Press, 1996.
    • Das, Sarat Chandra: "The Sacred and Ornamental Characters of Tibet". Journal of the Asiatic Society of Bengal, vol. 57 (1888), pp. 41–48 and 9 plates.
    • Das, Sarat Chandra. (1996). An Introduction to the Grammar of the Tibetan Language. Reprinted by Delhi: Motilal Banarsidass.
    • Jacques, Guillaume 2012. A new transcription system for Old and Classical Tibetan, Linguistics of the Tibeto-Burman Area, 35.3:89-96.
    • Jäschke, Heinrich August. (1989). Tibetan Grammar. Corrected by Sunil Gupta. Reprinted by Delhi: Sri Satguru.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]