Yusof Haslam
Yusof Haslam | |
---|---|
يوسف حسلام | |
Kelahiran | Mohd Yusof bin Md Haslam Khan 24 April 1954 Jalan Pahang, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan), Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Nama lain | DYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam) |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1972–kini |
Pasangan | Raja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980) Datin Fatimah Ismail (k. 1982) |
Anak-anak | 4 (termasuk Syamsul dan Syafiq) |
Ibu | Bahyah Talib |
Bapa | Md. Haslam Khan |
Datuk Dr. Mohd Yusof bin Md Haslam Khan (Jawi: محمد يوسف محمد حسلام خان; lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1984.[3]
Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1972, beliau memegang watak tambahan sebagai penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan. Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan.[8] Beliau menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Beliau terpikat dengan filem melalui pengalamannya menonton filem barat Hollywood dan filem-filem Bollywood—dengan yang kedua, beliau menjadikan bintang Bollywood Shashi Kapoor sebagai idola beliau dalam bidang lakonan. Oleh itu, Yusof memutuskan bahawa beliau akan menjadi pelakon, meskipun tidak direstui oleh bapanya yang percaya bahawa industri hiburan tidak mempunyai jaminan masa depan.[8] Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusof mengambil pekerjaan sebagai konduktor tiket bas Sri Jaya, tetapi beliau juga diam-diam menghadiri ujibakat lakonan.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1972, sebagai penonton perlawanan. Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem Permintaan Terakhir sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, Uji Rashid.[8][2]
Yusof membintangi tiga filem sepanjang tahun 1976, iaitu filem Loceng Maut arahan Nas Achnas dan serta dua filem arahan Dato' Jamil Sulong, Sayang Anakku Sayang dan Cinta dan Lagu. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem Detik 12 Malam arahan S. Sudarmaji serta filem Tiada Esok Bagimu arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan Bukit Kepong arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950.[9] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 pada 1982.
Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya Bayangan Maut, sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock Ella. Ini kemudian diikuti oleh Pemburu Bayang pada tahun 1993, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, Maria Mariana pada tahun 1996 serta sekuelnya dua tahun selepas antara lain.[10] Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.[2]
Pada 8 Januari 2000, beliau mengarahkan filem drama romantik, Pasrah yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Norman Hakim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.[11][12][13] Setahun kemudian, beliau mengarahkan filem Gerak Khas The Movie yang ditayangkan pada 1 Mac 2001 dan dibintangi oleh sebahagian besar daripada pelakon utama drama Gerak Khas.[14] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungan menerusi filem kedua (2002)[15] dan ketiga (2004).[16]
Pada 24 Mac 2005, beliau mengarahkan filem terakhirnya, Sembilu 2005 yang dibintangi oleh Vince dan Hetty Sarlene. Filem cinta remaja ini mengisahkan tetang percintaan Salina dan Vince mendapat tentangan hebat daripada keluarga mereka masing-masing.[17] Selepas bersara dari mengarah filem, Yusof lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas sebagai penerbit untuk filem dan televisyen terbitan Skop Productions yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
Pada 2008, beliau menerbitkan filem Evolusi KL Drift arahan anak lelakinya, Mohd Syamsul yang ditayangkan pada 3 April hingga kejayaan kewangan dan kritis.[18] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungannya yang ditayangkan pada 25 Mac 2010[19] dan turut mencetuskan siri TV adaptasi filem yang disiarkan di TV2 pada 2012.[20]
Pada 2012, beliau dan pelakon bertukar pengarah, Ahmad Idham mengumumkan akan bekerjasama menerusi sebuah filem aksi komedi hasil kerjasama Skop Productions milik Yusof dan Excellent Pictures milik Idham. Filem itu yang bertajuk Gangster Celop yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 merupakan gabungan dari filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha. Di dalam filem ini, Idham sebagai pengarah dan Yusof sebagai penerbit.[21]
Beliau bersama-sama dengan komposer Datuk Ramli M. S. dan penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap rancangan TV realiti, Gegar Vaganza musim keempat yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2017 di Astro Ria.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]
Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]
Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Datuk Yusof berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980, pasangan ini tidak dikurniakan anak; Raja Noor Saadah meninggal dunia pada 19 Disember 2017. Perkahwinan kedua beliau ialah bersama Datin Fatimah Ismail pada 1982 dan dikurniakan empat anak serta lima cucu. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal (lahir 1983), Mohd Syamsul (lahir 1984), Nursyamin (lahir 1988) dan Mohd Syafiq (lahir 1992).[31] Anak sulungnya, Faizal berkahwin dengan Nazariah Harun dan mempunyai 3 anak. Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014,[32][33][34] manakala Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.[35][36]
Pada 7 Julai 2014, jam 2:30 pagi kediaman beliau yang diberi nama Darul Haslam telah dipecah masuk di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Menyedari rumahnya dipecah masuk, beliau melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri. Beliau yang ketika itu sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya dan terus mencapai pistol Glock miliknya dan melepas tiga das tembakan.[37]
Pada 13 Oktober 2017, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakkal akibat muntah-muntah, selepas disyaki mengalami keracunan makanan. Keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan bertugas seperti biasa.[38][39][40]
Kolaborasi
[sunting | sunting sumber]Yusof mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. A. Galak dan Erra Fazira ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 9 filem.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | ||||
1972 | Laksamana Do Re Mi | Penonton perlawanan | Filem pertama, pelakon tambahan | ||||
1975 | Permintaan Terakhir | Idham | |||||
Jiwa Remaja | Yusof | ||||||
1976 | Loceng Maut | Tok Penghulu | |||||
Sayang Anakku Sayang | Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat | ||||||
Cinta dan Lagu | Malek | ||||||
1979 | Tiada Esok Bagimu | Amir | |||||
1980 | Detik 12 Malam | Remie | |||||
1981 | Ribut Barat | Adnan | |||||
Jejak Bertapak | |||||||
Bukit Kepong | MM Jaafar Hassan | ||||||
1982 | Sikit Punya Gila | Abang Yusof | Pelakon undangan | ||||
Senja Merah | Anuar | ||||||
Penentuan | Hafsham | ||||||
1983 | Mekanik | Ketua Mafia Jahat | |||||
1984 | Di Ambang Kasih | Rusdi | |||||
Melati Putih | Hisham | ||||||
Jauh Di Sudut Hati | |||||||
1987 | Rahsia | Dato' Karim | |||||
Wira Angkasa | Leftenan Ridzuan | ||||||
1990 | Driving School | Dato' Zahlol | |||||
1991 | Juara | Joe Martino | |||||
Bayangan Maut | ASP Razlan | Filem arahan pertama | |||||
Harry Boy | |||||||
Shakila | Zahari | Pelakon undangan | |||||
1993 | Pemburu Bayang | Ramon | |||||
Balada | Sunny | ||||||
1994 | Sembilu | — | |||||
1995 | Sembilu II | — | |||||
1996 | Maria Mariana | — | |||||
Tragedi Oktober | — | ||||||
1997 | Gemilang | Cerita | — | ||||
1998 | Maria Mariana II | — | |||||
1999 | Bara | — | |||||
2000 | Pasrah | — | |||||
2001 | Gerak Khas The Movie | DSP Helmi | |||||
2002 | Gerak Khas The Movie II | SUPT Helmi | |||||
Mr. Cinderella | — | ||||||
2003 | Gila-Gila Pengantin | — | |||||
Janji Diana | — | ||||||
Mr. Cinderella 2 | — | ||||||
2004 | Gila-Gila Pengantin Remaja | — | |||||
2005 | GK3 The Movie | SUPT Helmi | |||||
Gila-Gila Pengantin Popular | Juri ujibakat | Penampilan khas | |||||
Sembilu 2005 | — | Filem arahan terakhir | |||||
2008 | Evolusi KL Drift | — | |||||
2009 | Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | — | |||||
2010 | Evolusi KL Drift 2 | — | |||||
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | — | |||||
KL Gangster | — | ||||||
Aku Bukan Tomboy | Cerita | — | |||||
2012 | Jalan Kembali: Bohsia 2 | — | |||||
SAM: Saya Amat Mencintaimu | — | ||||||
2013 | Gangster Celop | — | |||||
KL Gangster 2 | — | ||||||
2014 | Abang Long Fadil | — | |||||
2015 | Villa Nabila | — | Penerbit bersekutu | ||||
2016 | Mat Moto | — | |||||
Munafik | — | ||||||
Desolasi | — | ||||||
2017 | Abang Long Fadil 2 | Dirinya sendiri | Penampilan khas | ||||
KL Wangan | Ketua Polis | ||||||
2018 | KL Special Force | — | |||||
Munafik 2 | — | ||||||
Tangisan Akinabalu | DSP Ranau | Penampilan khas | |||||
Operasi X | SAC Dato' Mokhtar | ||||||
2019 | Misteri Dilaila | — | |||||
Rise to Power: KLGU | — | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
Banglo No. 99 | Tengku Izzuddin Shah | ||||||
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | — | Penerbit bersekutu | ||||
2021 | Penunggang Agama | — | |||||
Mat Bond Malaya | Ejen 1 | Penampilan khas | |||||
Penunggang Agama 2 | — | ||||||
Siapa Tutup Lampu? | Dr. Ali | Penampilan khas | |||||
Tarantula X | Dr. Yusof Enstein | ||||||
2022 | Abang Long Fadil 3 | Pengarah filem | |||||
2023 | Harum Malam | — | Penerbit eksekutif | ||||
Polis EVO 3 | — | ||||||
Budak Flat | — | ||||||
2024 | Sheriff: Narko Integriti | Cerita | — | ||||
Padu | — | Penerbit bersekutu | |||||
Housekeeping | — | Penerbit eksekutif | |||||
Telekinesis | — | ||||||
Don Dukun | Pak Samad | ||||||
2025 | Game Of Life | — | Penerbit eksekutif; Pra-produksi | ||||
Blood Brothers | — | ||||||
TBA | Munafik 3 | — | Pos-produksi |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Pencipta | Penerbit | |||||
1983–1984 | PJ Holdings | Jamil | TV1 | Drama pertama | ||||
1985/86 (Musim 1 & 2 ) | Remang-Remang Kota Raya | ASP Alif | Drama arahan pertama | |||||
1987/88 (Musim 1 & 2) | Harimau Rimba | Leftenan Jantan | ||||||
1988 | Disebalik Ombak | Inspektor | ||||||
1989/90/91 (Musim 1,2 & 3) | Debu-Debu Kotaraya | ASP Jefri | ||||||
1991 | Metro Skuad | ACP Osman Salleh | ||||||
1992 | Detik Metropolitan | ASP ketua Unit Operasi | ||||||
1993 | Roda Roda Kotaraya (Musim 1) | ASP Anuar | ||||||
1994 | Skuad Khas | DSP Unit Khas | ||||||
1995 | Roda Roda Kotaraya (Musim 2) | DSP Anuar | ||||||
1998, 2008–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | — | TV1, TV2 | |||||
1999–2011, 2014–2021 | Gerak Khas | DCP Datuk Helmi | TV1, TV2, TV3 | Penerbit bersama | ||||
2000 | Maria Mariana The Series | — | TV3 | |||||
2003 | Sembilu | — | TV2 | |||||
2005 | Meniti Bara | — | ||||||
2006 | Janji Diana | — | TV2, Astro Prima | |||||
2005–2007 | Sembilu Kasih | — | TV3 | |||||
2007 | Airmata Maria | — | ||||||
2008 | Farah Syakira | — | TV2 | |||||
2009–2011 | Si Capik | — | ||||||
2011 | Serapah Darah Bulan Madu | — | Astro Prima | |||||
Khurafat The Series | — | Astro Ria | ||||||
2012–2013 | Metro Skuad | — | TV2 | |||||
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | — | ||||||
2013 | Sopi Sekuriti | — | Astro Warna | |||||
2014 | Jalan Kembali | — | TV2 | Adaptasi dari filem Jalan Kembali: Bohsia 2. Lakonan pertama Hafiz Hamidun. | ||||
Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) | — | Astro Mustika HD | ||||||
Tanah Kubur (Musim 9) | Pak Kamil | Astro Oasis | Episod: "Qasaf" | |||||
Tanah Kubur (Musim 13) | Johan | Episod: "Jangan Ceraikan Kamu, Kamu, Kamu" | ||||||
2015 | Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2) | — | Astro Prima | |||||
2015–2016 | Cinta Dari Marikh | — | TV2 | |||||
2017 | Dia Bidadariku | — | Astro Ria | |||||
My Darling, Inspektor Daniel | — | |||||||
2018 | Sejadah Untuk Dia | — | Astro Oasis | |||||
KL Gangster: Underworld | — | Iflix | Penerbit eksekutif | |||||
Mata Ketiga | — | Tonton | ||||||
2020–2021 | KL Gangster: Underworld 2 | — | Iflix, WeTV | Penerbit eksekutif | ||||
2021 | Single Terlalu Lama | Datuk | TV3 | Penampilan khas | ||||
Diva Popular | Awesome TV | |||||||
2021–2022 | Gerak Khas Undercover | — | TV3 | |||||
2022 | Kuasa | — | Astro Citra | |||||
2023 | Special Force: Anarchy | — | Disney+ Hotstar | Penerbit eksekutif | ||||
Persepsi | — | Astro Ria | ||||||
2024 | Polis Peronda | — | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1976 | Madu Beracun | Shamsul | TV1 | Telefilem pertama | |||
1986 | Rumah Maut | ||||||
1998 | Tirai Kasih | — | Astro Ria | ||||
2000 | Sebalik Bayangan | TV3 | |||||
2012 | Asmara Beijing | — | Astro Citra | Telefilem arahan pertama | |||
2017 | Kalut Nak Raya | — | Astro Warna |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Juri | Astro Warna | |
2014 | Hlive: Apa Khabar Malaysia | Tetamu undangan | Astro Ria | |
2015 | Projek Komedi Warna | Juri | Astro Warna | |
2016 | Gegar Vaganza (musim 3) | Juri Jemputan | Astro Ria | |
2017 | Gegar Vaganza (musim 4) | |||
2019 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna | Episod: "Lelaki Kiriman" |
Gegar Vaganza (musim 6) | Juri Jemputan | Astro Ria | ||
2022 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Kameo | Astro Warna | Episod: "Guntingkan Kesedihanmu" |
Master in the House Malaysia | Master | TV3 | ||
Fit for Action | Ketua juri | |||
2023 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna | Episod: "Kerana Aku Manusia Biasa" |
2024 | Kilauan Emas 6 | Juri jemputan | Astro Prima |
Siniar
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran/Aplikasi Siniar | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Borak Selebriti Sinar | Artis jemputan | Sinar (Malaysia) | bersama Dina Nadzir & Falyq Hikyle |
2023 | Raksasa Manja | Raksasa Manja (Malaysia) | bersama Mr Bop & Mr Bon | |
2024 | Show Dalam Bilik | Ohbulan Official (Malaysia) | bersama Amat Larbsib | |
Apa Cerita? | Apa Cerita? (Malaysia) | bersama Asyraf Khalid & Ishraq Kamarudin | ||
Dols Podcast | Shuib Channel (Malaysia) | bersama Shuib Sepahtu, Shuk Sahar & Fizie Roslan |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Pada September 2017, beliau dianugerahkan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-29 atas sumbangannya.
- Penghargaan Malaysia
- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (1993)[41]
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) (2001)[42]
- Ijazah kehormat
Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 22 September 2018.[43]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Biodata Yusof Haslam". Defarhano. Julai 2011. Dicapai pada 17 November 2011.
- ^ a b c Melati Pusaka (14 November 2010). "Dari pelakon crook jadi pengarah filem". Free Malaysia Today. Dicapai pada 15 November 2010.
Yusof Haslam dikenali sebagai pelakon crook dalam filem pertamanya Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong
- ^ Angelin Yeoh (4 October 2013). "Yusof Haslam knows best". The Star Online. Dicapai pada 11 November 2013.
The prominent filmmaker and actor has not spoken to his son, KL Gangster director Syamsul, in over a month.
- ^ Siti Juliana Mohd Johar (28 September 2012). "Yusof Haslam: 'Kejayaan tidak datang bergolek'". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
- ^ Charles Ramendran (7 July 2014). "Yusof Haslam turns real crimebuster, foils robbery". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 15 November 2014.
- ^ Farahanim (23 Oktober 2012). ""Kejayaan Syamsul kepuasan berganda saya" - Datuk Yusof Haslam". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 17 November 2012.
- ^ "Bapa dan anak kaki kritik". Kosmo!. 14 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010.
- ^ a b c Bissme (31 October 2017). "A life in films". The Sun. m/s. 18. Dicapai pada 4 November 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (2 September 2015). "Yusof Haslam akui pernah skeptikal dengan 'Bukit Kepong'". The Rakyat Post. Dicapai pada 22 Disember 2015.
Mengakui pernah bersikap skeptikal terhadap penghasilan filem 'Bukit Kepong', namun, pandangan Datuk Yusof Haslam itu terhapus sama sekali apabila melihat kejayaan yang dikecapi menerusi inisatif Tan Sri Jins Shamsudin menghasilkan filem klasik itu.
- ^ "Maria Mariana II pertahankan kesinambungan". Utusan Malaysia. 3 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.
- ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 15 April 2010.
- ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
- ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 15 April 2010.
- ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Diarkibkan 2017-11-10 di Wayback Machine Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
- ^ Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop” Oh Bulan!. 13 Julai 2012.
- ^ Nor Atieyah Yusoff (28 Ogos 2013). "KL Gangster 2 bocor di pawagam, pawagam jadi dalang". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2013.
- ^ "Seven cases of pirating KL Gangster 2 film being investigated so far". The Borneo Post. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ "Tujuh kes cetak rompak filem KL Gangster 2 disiasat". Malaysiakini. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ KL Gangster 2 dimuat naik sebelum ditayangkan. Astro Awani. 30 Ogos 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai pada 18 May 2016.
- ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
- ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 31 Mac 2016.
- ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (29 September 2017). ""Jangan Hina Anak Saya Mansor!" – Marahnya Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Ogos 2011). "Skeptikal Yusof terhadap anak-anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2011.[pautan mati kekal]
- ^ "Datuk Yusof Haslam restui hajat Syamsul kahwin Puteri Sarah". Malaysian Review. 13 Januari 2014. Dicapai pada 10 Februari 2014.
- ^ Rahman, Ifqdar (10 March 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 May 2016.
- ^ "Saat indah dua hati bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 18 May 2016.
- ^ Hanan Mansor (20 April 2014). "Majlis resepsi sederhana tapi meriah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-04. Dicapai pada 21 April 2014.
- ^ "SYAFIQ YUSOF KINI SUAMI AEISHA". Media Hiburan. 5 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 21 April 2014.
- ^ "Datuk Yusof Haslam lepaskan tembakan selepas rumahnya dipecah masuk". Berita Harian Singapura. 7 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014.
- ^ Rozdan Mazalan (13 Oktober 2017). "Yusof Haslam masuk hospital". Berita Harian. Dicapai pada 10 November 2017.
- ^ Kemalia Othman (13 Oktober 2017). ""Jangan Risau, Saya Dah Okey" - Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 10 November 2017.
- ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (12 Oktober 2017). "Yusof Haslam dimasukkan ke hospital". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 November 2017.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ Yusof Haslam terima gelaran Doktor
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1954
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Penerbit filem Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Penerbit televisyen Malaysia
- Orang dari Selangor
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Warga kerja Skop Productions