Pergi ke kandungan

Serapah Darah Bulan Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serapah Darah Bulan Madu merupakan sebuah drama bertemakan alam ghaib dan mistik yang telah diarahkan oleh pengarah C. Kumaresan dibawah syarikat Skop Productions Sdn. Bhd. yang disiarkan sebanyak 13 episod bermula 4 Julai 2011 pada setiap hari Isnin di saluran Astro Prima. Dibintangi oleh Salina Saibi, Razali Hussain, Sabree Fadzil, A. Galak, Huda Ali, Bella Dally, Kuswadinata, Mahyon Ismail dan ramai lagi.

Serapah Darah Bulan Madu
GenreMistik
Seram
Misteri
Dendam
PenciptaLando Zawawi
Ditulis olehLando Zawawi
Dilla Hussien
PengarahLando Zawawi
C. Kumaresan
Dibintangi oleh
Salina Saibi
Razali Hussain
Huda Ali
Bella Dally
Riz Amin
Kuswadinata
Mahyon Ismail
A. Galak
Sabree Fadzil
Anna Halim
Aris Yamin
Lagu penutup"Serapah Darah Bulan Madu" nyanyian Razali Hussain & Ieda Majid
PenggubahRazali Hussain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamal Haji Ismail
Azman Haji Ismail
PenerbitDato' Yusof Haslam
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Julai 2011 – 3 Oktober 2011
Kronologi
Rancangan berkaitan
Bercakap Dengan Jin

Drama ini mengisahkan tentang Adura yang amat menyayangi suaminya, Johan. Namun, sayangnya sifat baran dan kaki perempuan Johan memporak-porandakan situasi rumahtangga mereka berdua. Johan sering menyalahkan Adura yang tidak boleh hamil atas segala kelakuan curangnya itu.

Adura yang terpengaruh dengan desakan temannya Mona, mula berjumpa dengan bomoh untuk menundukkan Johan dengan cara yang sulit. Tok Kelana yang terkenal dalam ilmu hitamnya ternyata mula tertarik dengan kecantikan Adura dan ingin mengambil kesempatan, lantas Adura membatalkan niatnya untuk terus berurusan dengan bomoh itu.

Johan pula mula mengenali Soraya seorang gadis jelita yang ditemui secara tiba-tiba sewaktu pulang dari kelab malam. Perkenalan mereka semakin intim sehinggakan kejadian itu mula menyinggung perasaan Adura. Tanpa Johan sedari, Soraya bukanlah manusia biasa melainkan makhluk halus yang berasal dari alam bunian. Keadaan lebih bertambah buruk apabila rakan baik Adura, iaitu Mona yang turut menyimpan perasaan terhadap Johan mulai bersubahat dengan Tok Kelana untuk meruntuhkan rumahtangga Adura dan Johan.

Ini merupakan drama lakonan yang terakhir seniwati Mahyon Ismail sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 20 Mei 2011 di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur akibat mengalami sesak nafas. Allahyarhamah meninggal pada usia 68 tahun. Jenazahnya juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.