Pergi ke kandungan

Telekinesis (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telekinesis
PengarahSyafiq Yusof
PenulisNazifdin Nasrudin
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik olehKen Hor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Telekinesis ialah sebuah filem aksi cereka sains Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Nazifdin Nasrudin terbitan bersama Skop Productions dan Viper Studios. Dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Beto Kusyairy, Nick Davis, Shabby Sharath Nair dan Aman Graseka, filem ini ditayangkan pada 10 Oktober 2024 di Astro First.

Mengisahkan tentang Fadli, Aru dan Lee yang menjalani kehidupan sebagai ahli organisasi ‘National Telekinesis Security Force’ (NTSF). Mereka ditugaskan untuk menumpaskan sebuah gerakan rahsia yang dipanggil ‘Telekinesis Liberty Movement’ (TLM).

Misi NTSF menjadi rumit apabila seorang lelaki misteri bertopeng yang dipanggil ‘Helang' mengganggu setiap operasi NTSF. Misi Fadli dan Lee adalah untuk menumpaskan TLM dan Helang, manakala Aru mengesyaki ada pengkhianat di kalangan mereka, menjadikan misi ini semakin mencabar dan mendebarkan.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Jesse Lim sebagai Jack
  • Kenji Sawahi sebagai Ayah Fadhi
  • Nur Aini Attan sebagai Ibu Fadhi
  • Wanji Aswandi sebagai Tuan Jaafar
  • Razib Salimin sebagai Chief
  • Kazuto Soon sebagai Han
  • Damien Wu sebagai Wong
  • Fadhil Haniff sebagai Pengawal Rahman 1
  • Yaacob sebagai Pengawal Rahman 2
  • Afiqah Ishak sebagai Sarah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]