Maria Mariana
Maria Mariana | |
---|---|
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis | Yusof Haslam |
Lakon layar | Yusof Haslam |
Cerita oleh | Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM4.7 juta. |
Maria Mariana ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 1996 yang diarahkan oleh Yusof Haslam dan ditayangkan pada 18 April 1996.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jefri mengubah kehidupan Mariana menjadi lebih baik. Namun, Mariana kembali menjadi liar setelah mengetahui Jefri sebenarnya menyukai Maria berbanding dirinya. Tatkala hubungan mereka dua beradik bergolak, ketua penjenayah iaitu Tony dan Robert yang berdendam dengan Maria selepas kegiatan haram mereka ditumpaskan, kemudian bertindak menculik Mariana sebagai tebusan. Maria segera menyelamatkan adiknya namun dia terpaksa bertarung nyawa apabila dia ditembak ketika cuba menyelamatkan Mariana.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Erra Fazira sebagai Maria/Insp. Maria
- Ziana Zain sebagai Mariana
- Edika Yusof sebagai Jefri
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Noraini Hashim sebagai Zainab, Ibu kepada Maria Mariana & Isteri kepada Zakaria
- Roy Azman sebagai Ray, Teman Lelaki Mariana & Ketua geng motor
- Kenji Sawahi sebagai Tony, Ketua kongsi gelap & Abang kepada Robert
- A. Galak sebagai Zakaria, Ayah kepada Maria Mariana dan suami Zainab
- Shaharon Anuar sebagai ASP Anuar
- Jesslyn sebagai Insp. Susan
- T.S Jeffry sebagai Robert
- Aziz Singah sebagai Haji Baharom (Pengetua sekolah)
- Deen Maidin sebagai Penjahat 1
- Musikal sebagai Penjahat 2
- Zulkifli sebagai Penjahat 3
- Majed Salleh sebagai Pengurus
- Md Nor Bond sebagai Kawan Ray
- Yank Kassim sebagai Ameng
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Korban Cinta (Instrumental)" (Ziana Zain) | Johari Teh | Johari Teh | 1:25 | |
2. | "Sangkar Cinta" (Ziana Zain) | Azam Dungun | Idzahar | 2:34 | |
3. | "Tiada Kepastian" (Ziana Zain) | Johari Teh | Johari Teh | 3:32 | |
Produksi
[sunting | sunting sumber]Filem ini melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur antaranya SMK Aminuddin Baki, Kg Pandan serta Bukit Tinggi, Pahang dan Genting Highlands. Malah Skop Production bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi khidmat teknikal, persenjataan untuk menghidupkan karakter Maria.