Polis Peronda
Polis Peronda | |
---|---|
Genre | Aksi, drama, jenayah |
Dibangunkan oleh | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Skop Productions |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 33 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fetty Hj. Ismail Salmah Hj. Ismail |
Penerbit | ACP (K) Datuk Yusof Haslam |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Jun 2024 4 Oktober 2024 (kembali bersiaran) – kini |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Gerak Khas (1999–2021) Gerak Khas Undercover (2021–2022) |
Polis Peronda atau Polis Peronda: Ranjau Jalanan merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di TV3. Drama ini bersiaran pada 28 Jun 2024 dan disiarkan setiap hari Jumaat jam 10:00 malam juga boleh menonton di laman web rasmi Tonton. [1] Pada 4 Oktober 2024, Drama ini kembali bersiaran setelah tamat Penggambaran drama bersiri ini.
Siri 33 episod ini mempaparkan cabaran anggota polis peronda daripada Unit Rondaan Kereta (MPV/URK) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (MPU/URB) dalam harungi pelbagai cabaran termasuk tangani kes jenayah seperti ragut, samun, pergaduhan dan bunuh selain cabaran sebagai anggota kedua-dua unit hadapi masalah peribadi .
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan cabaran anggota dan pegawai peronda IPD Gombak, Selangor dalam usaha menjaga keamanan di daerah itu, Koperal Bani (Shah Iskandar) seorang anggota MPV berpengalaman sentiasa menjaga disiplin, Integriti dirinya dan disenangi oleh rakan setugas Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dan Sarjan Othman (Shyim Husni) manakala URB pula Lans Koperal Mazlan (Ahmad Adly) dan Ali (Arwan Umar) sentiasa memberi komitmen terbaik buat mereka.[2]
Mereka juga disenangi oleh pegawainya seperti ASP Daniel (Aliff Aziz), Inspektor Lina (Puteri Khareeza) dan Inspektor Elly (Ramona Zamzam) kerana tanggungjawab yang dibawa oleh Bani. Dalam masa sama Bani seorang Bapa kepada dua anaknya iaitu Fariz dan Shira serta suami kepada isterinya.
Pelakon & Watak
[sunting | sunting sumber]Unit Peronda Kereta Polis :
- Shah Iskandar sebagai Koperal Bani, seorang anggota MPV berkhidmat 15 tahun yang berpegang teguh amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat,pasukan. Di luar beliau seorang bapa penyayang dan tegas kepada dua anaknya
- Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar, rakan setugas Koperal Bani berkhidmat Lima tahun
- Aliff Aziz sebagai ASP Daniel
- Puteri Khareeza sebagai Inspektor Lina
- Ramona Zamzam sebagai Inspektor Elly
- Arnie Shasha Ismail sebagai Lans Koperal Shasha
- Soffwany Yusof sebagai Lans Koperal Delisha
- Shyim Husni sebagai Sarjan Othman, Penyelia URB & URK IPD Gombak
- Inspektor Wan Safrie sebagai dirinya sendiri (bertindak sebagai penasihat Teknikal) [3]
Unit Rondaan Bermotorsikal :
[sunting | sunting sumber]- Arwan Umar sebagai Lans Koperal Ali
- Ahmad Adly sebagai Lans Koperal Mazlan
PELAKON UNDANGAN:
[sunting | sunting sumber]Setiap episod Polis Peronda akan tampilkan oleh ramai pelakon undangan seperti berikut : [1]
Koperal Bani (Episod 1-2)
Sinopsis : Koperal Bani dan Lans Koperal Amar menahan dua remaja atas kesalahan membawa kereta tanpa lesen manakala Lans Koperal Husin,Ali meleraikan pergaduhan kecil selain meronda cegah jenayah ragut. Sementara itu Rudi terlibat dengan kumpulan samun bersenjata bagi langsaikan hutang ceti haram bernama Chai selain mempunyai isteri sarat mengandung. Bagaimanapun Rudi telah bunuh Chai kerana tidak sanggup dengan gangguan mereka selain membunuh Sam dan rakan-rakan tetapi akhirnya Rudi ditangkap tanpa merasa duit hasil rompakan. Sementara itu Lans Koperal Ali membuat kesalahan ponteng ketika bertugas sehingga dimarahi oleh Sarjan Othman
- Jay Iswazir sebagai Rudy, Seorang kaki judi dan meminjam duit daripada ceti haram kemudian menyertai kumpulan rompakan yang diketuai oleh Sam
- Effa Naresha sebagai Shima
- Mazlee Razli sebagai Sam, Ketua kumpulan rompakan
- Kok Hao Lin sebagai Chai, Pengutip hutang haram
Food Rider (Episod 3-4)
Koperal Bani dan Lans Koperal Amar berhadapan dengan segelintir penghantar makanan bermotorsikal (food rider) yang melakukan kesalahan lalu lintas di sekitar daerah Gombak. Jojo merupakan seorang food rider yang mempunyai sikap panas baran dan sering melakukan kesalahan semata-mata kejar pesanan pelanggan, namun satu hari Jojo dan rakan-rakan diburu polis kerana terlibat kes mencederakan seorang pemandu kereta yang dilakukan oleh Jojo. Sementara itu isteri Jojo iaitu Ana telah menegur, nasihat kepada beliau supaya ubah perangai namun Jojo tidak endahkan nasihat tersebut. Berikutan kes belasah pemandu kereta rakan-rakan Jojo terpaksa elak laluan sekatan jalan raya, dalam masa sama Jojo melakukan perkara sama apabila dua food rider cuba heret ke balai polis tetapi dibelasah namun mujurlah dua pemuda tadi membuat laporan polis dan berjaya menangkap rakan-rakan Jojo selepas itu Lans Koperal Husin, Ali pergi ke rumah Jojo dan bertembung Jojo semasa turun tangga akhirnya dikejar oleh Lans Koperal Husin,Ali diikuti Koperal Bani, Lans Koperal Amar serta Insp Wan Maka berlaku kejar mengejar tapi Jojo dilanggar oleh sebuah kereta dan mati ditempat kejadian.
- Amai Kamarudin sebagai Jojo
Duri Jalanan (Episod 5)
Insp Sarah bersama Koperal Bani dan Lans Koperal Amar sedang membuat rondaan kemudian ternampak sebuah kereta penjenayah yang baru membuat rompakan di sebuah kedai.Sementara itu Inspektor Wan dan anggota lain berjaya membuat sekatan terhadap kereta tersebut, selepas itu berlaku tembak menembak antara penjenayah dengan Inspektor Sarah, Inspektor Wan akhirnya 3 penjenayah mati ditembak oleh Inspektor Sarah sendiri seterusnya mendapat pujian daripada ASP Daniel dan masyarakat.
Dalam pada itu Sazali seorang penanggur berdepan masalah apabila beliau dibuang kerja selepas terjadi hubungan sulit dengan seorang pekerja. Isterinya Rina tidak tahan dengan Sazali kerana asyik meminta Wang daripadanya dan kerap memukul jika tidak memenuhi, suatu hari Sazali dan Rina bergaduh dalam kereta sehingga Koperal Bani,Lans Koperal Amar dan Lans Koperal Delisha ternampak terus memujuk mereka berdua tidak habis itu Sazali mencederakan Rina sehingga melarikan diri sebelum kereta Peronda tiba. Akhirnya Sazali ditangkap atas kesalahan keganasan rumah tangga.
- Wan Raja sebagai Sazali
- Sabrina Ali sebagai Rina
Drama Polis Peronda terpaksa dihentikan siaran seketika bagi meneruskan penggambaran episod dan memberi laluan kepada filem Nana Tanjung 2 & drama Jabatan Call Centre.
Husin Oh Husin (Episod 6-7)
Unit Peronda Kereta dan Bermotorsikal berhadapan dengan kes pengedaran dadah di sekitar daerah Gombak dan dalam pada itu kehadiran bekas Sub Inspektor @ Pak Hashim memberi semangat kepada pegawai dan anggota kedua-dua unit termasuk Sarjan Othman yang juga anak saudara beliau. Kehadiran bekas suami Inspektor Sarah iaitu ASP Rashid mula memujuk Sarah agar kembali kepada beliau selepas bercerai. Suatu malam ketika Lans Koperal Ali dan Lans Koperal Husin mengejar pusher dadah tiba tiba Lans Koperal Husin dikepung oleh rakan pusher sehingga dibelasah namun berjaya diselamatkan oleh Lans Koperal Ali dan Koperal Bani,Amar sehingga tertangkap pusher dadah yang memukul Husin.
- A. Galak sebagai Sub Inspektor (B) Hashim / Pak Long Misai, bekas anggota unit khas dibawah Dato Helmi kemudian menjadi pemandu Teksi & bapa saudara Sarjan Othman.
- Fezrul Khan sebagai ASP Rashid,bekas suami Inspektor Sarah
Taktik (Episod 8-9)
IPD Gombak menerima laporan tentang kes peras ugut yang didalangi oleh dua orang bernama Bob, Eddy menyamar sebagai anggota polis demi mendapat duit melalui peras ugut terhadap orang awam sementara itu ASP Rashid cuba mengajak Inspektor Sarah untuk berbual selepas bercerai namun Sarah enggan.Dalam pada itu Fariz cedera selepas berlaku pergaduhan dengan rakannya kerana mengejek Koperal Bani berikutan kawan Fariz geram terhadap isu rasuah anggota polis namun pergaduhan ini dileraikan oleh orang awam yang melihat kejadian ini.
Di episod 9,kes penyamar anggota polis semakin menjadi-jadi di sekitar Gombak hingga Sarjan Othman terasa hati apabila netizen menghina polis namun selepas dinasihat oleh Insp Wan beliau tenang .Dalam pada itu Bob dan Eddy masih melakukan kerja terkutuk tetapi satu hari mereka berdua cuba lakukan taktik sama terhadap mangsa baru tapi mujurlah kereta peronda yang kebetulan lalu ternampak langsung mereka lari tanpa sedar ia dirakam CCTV.Akhirnya Bob, Eddy telah ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (JSJD) dan Koperal Bani bersama MPV lain semasa kejar mengejar malah Koperal Bani sempat marah kepada Bob , Eddy kerana cemarkan nama baik PDRM "Orang macam kamu berdua cemarkan nama baik polis".
•Farid Wari sebagai Bob
•Mizi Razuan sebagai Eddy
•Izhar Hamid sebagai Muzafar,mangsa peras ugut #1
Buang Bayi (Episod 10-11)
Seorang wanita berusia lewat 20 an telah melahirkan bayi kemudian buang ke dalam tong sampah langsung terus pergi tanpa hiraukan tangisan bayi tersebut, tidak lama kemudian seorang lelaki sedang buang sampah terjumpa bayi itu yang tidak bernyawa akhirnya terus hubungi polis.Koperal Bani dan Lans Koperal Amar pergi ke lokasi kejadian sementara menunggu tim forensik dan pegawai penyiasat tiba untuk lakukan siasatan.Amar terlihat dompet milik wanita tersebut dan kepunyaan bernama Affiah Abu , rupanya Affiah buang bayi kerana hasil zina dengan Rizo seorang ketua samseng yang terlibat peras ugut dan edar dadah di sekitar Gombak dan Rizo tidak mahu bayi itu sebaliknya suruh buang.
Suatu hari Rizo dan pengikutnya membuat rutin biasa tiba-tiba berlaku pergaduhan dengan orang luar yang cuba ambil duit perlindungan dari seorang peniaga, kebetulan seorang lelaki melihat kejadian terus rakam pergaduhan dan hubungi polis kemudian Koperal Bani dan Amar terus ke tempat dilaporkan ternyata tiada mencurigakan dan apabila Bani bertanya peniaga itu enggan cakap kerana takut ugutan Rizo.Dalam perjalanan meneruskan rondaan lelaki tadi rakam telah berhenti kereta MPV terus lapor dengan tunjuk videonya.Keesokan Lans Koperal Husin dan Ali berhenti di sebuah kedai untuk beli air dan Ali ternampak Rizo langsung Ali dan Husin ekori mereka bertiga sementara menunggu MPV tiba.
•Fareez Fauzi Nawawi sebagai Rizo,Ketua samseng dan tokan dadah
•Zal Fazin sebagai Affiah Abu,Wanita buang bayi dan perempuan simpanan Rizo
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Drama Polis Peronda adalah cerita pertama mengangkat kisah polis peronda dan idea ini datangnya daripada Dato Yusof Haslam sejak dahulu lagi namun idea tersebut terperap sekian lama kerana ingin menumpukan drama Gerak Khas,Roda-Roda Kuala Lumpur di RTM dan Gerak Khas Undercover di TV3 , namun idea itu berjaya direlisasikan oleh anaknya Syafiq Yusof dan pengarah episode lain.Malah drama Polis Peronda cuba lari bayangan fenomena Gerak Khas setelah 20 tahun bersiaran di dua stesen TV iaitu RTM dan TV3.
- Shah Iskandar kembali menjadi pelakon utama selepas berehat tempoh panjang dan kerap mendapat pelakon pembantu, untuk jayakan drama ini berat badan diturunkan kepada 83kg demi bawa watak anggota polis [4]
- Lokasi penggambaran dijalankan sekitar Gombak namun hanya adegan pejabat dilakukan di pejabat Skop Production,Setapak dan adegan lain di Sentul.
- Semasa menjalani penggambaran drama ini dilakukan ketika bulan ramadhan tahun 2023,menurut Raja Afiq dan Shasha dalam program di sebalik tabir, semua pelakon dan krew terpaksa lakukan babak lasak meskipun di saat jalani ibadah puasa tetapi berjaya selesaikan seperti tetapkan.
- Soffwany Yusoff yang memegang watak Kpl Delisha dalam kehidupan sebenar beliau adalah bekas anggota polis dan sedikit sebanyak dapat guna pengalaman di dalam drama Polis Peronda. Soffwany juga isteri kepada Raja Afiq turut jayakan drama tersebut.
•Inspektor Wan Saffri merupakan pegawai polis dari Bukit Aman bertanggungjawab membantu dari segi teknikal terutamanya percakapan,gaya seorang pegawai polis dengan cara berlakon dalam set penggambaran.Selain dibantu oleh pegawai, anggota bahagian MPV,URB IPD Gombak
- Puteri Sarah pertama kali membawa kelainan watak yang selalu sinonim watak antagonist,lemah lembut dalam mana-mana projek di stesen TV lain.
- Kodi Rasheed pernah bekerjasama dengan Syafiq Yusof menerusi filem Sheriff: Narko Integriti pada 2023 diikuti Ramona terlibat dalam KL Special Force pada 2017 ,tetapi Ali Reza dan Puteri Sarah kali pertama bekerja dibawah beliau.
- Kereta peronda Honda Civic dan motorsikal Kawasaki Ninja digunakan kenderaan rasmi drama Polis Peronda: Ranjau Jalanan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b [1]
- ^ "Polis Peronda: Drama Bersiri Kepolisan Terbaru Dari Yusof Haslam dan Syafiq Yusof". BACKSTAGE.MY (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-27. Dicapai pada 2024-06-28.
- ^ TV3MALAYSIA Official (2024-06-19), [CLIP] MHI (20 Jun 2024): Pelancaran Drama Polis Peronda Ranjau Jalanan | Tonton, dicapai pada 2024-07-01
- ^ Drama Sangat Official (2024-06-23), [DI SEBALIK TABIR] Polis Peronda (2024) | Tonton, dicapai pada 2024-06-28