Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Kampung Pandan Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Pelajaran Panduan Hidup[4] |
Ditubuhkan | 1958[1] |
Nombor sekolah | +603-92858219 |
Kod sekolah | WEA0196[2] |
Pengetua | Nor Haida binti Hamdan[3] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Rafidah binti Kamson[3] |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Assemah binti Johan[3] |
Penolong Kanan Kokurikulum | Nur shahzehan binti Muhamed@Saail[3] |
Faks | +603-92811905 |
Laman sesawang | Laman Google Sites |
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, (Sekolah Cemerlang) yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SMK Aminuddin Baki atau SABKL, merupakah sebuah sekolah menengah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Maluri, di bawah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu[2]. Pada masa kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki memiliki 980 murid dan 68 guru[Mac 2023].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SMK Aminuddin Baki) ditubuhkan sebagai Sekolah Menengah Melayu pada tahun 1958, yang ditempatkan secara sementara di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Kebangsaan Maxwell. Pada tahun 1963, lokasi Sekolah Menengah Melayu dipindahkan ke tempat sementara baharu di Sekolah Menengah Cochrane.
Pada 24 Mac 1964, Sekolah Menengah Melayu menukar nama kepada SMK Aminuddin Baki sempena tokoh pendidikan dan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia waktu itu, Aminuddin Baki. Di samping itu, sekolah ini juga telah berpindah sekali lagi ke sebuah tapak yang kekal hingga kini.
Dari permulaan pertubuhannya, SMK Aminuddin Baki telah menawarkan tempat untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Namun, pada tahun 1966, kelas Tingkatan Enam telah diperkenalkan sehingga tahun 2012. SMK Aminuddin Baki juga telah dikategorikan sebagai Sekolah Kawalan pada tahun 1987 dan membina asrama harian untuk pelajar perempuan yang ingin tinggal di situ pada 1997.
SMK Aminuddin Baki juga menjadi perintis untuk beberapa program kerajaan seperti Sekolah Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (TDKT) (1998), Sekolah Pintar (Smart School) (1999) dan Projek Rintis Sumber Persiarann Terbuka (Open Source Software) (2006)[1].
Misi dan Visi
[sunting | sunting sumber]Misi
[sunting | sunting sumber]Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].
Visi
[sunting | sunting sumber]Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Jumlah Murid | Jumlah Guru |
---|---|---|
2009 | 1,141 | 99 |
April 2018[6] | 840 | 77 |
Mei 2019[7] | 846 | 76 |
Januari 2020[8] | 859 | 73 |
Jun 2020[9] | 891 | 75 |
Jun 2021[10] | 897 | 72 |
Jun 2022[11] | 966 | 72 |
Mac 2023[12] | 980 | 68 |
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
- Jalan Kampung Pandan, Maluri
- 55100 Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
- Telefon: +603-92858219
- Faks: +603-92811905
- E-mel: wea0196@moe.edu.my[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/latar-belakang
- ^ a b c d https://www.apac.com.my/wea0196-smk-aminuddin-baki.html
- ^ a b c d https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengurusan/pengurusan-sekolah
- ^ https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/moto
- ^ a b https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sabkl/pengenalan/misi-dan-visi
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/565-senarai-sekolah-30-april-2018/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/2620-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-31-mei-2019/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3295-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jan-2020/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/4808-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2021/file
- ^ https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/5341-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2022/file
- ^ "PROFIL". sites.google.com. Dicapai pada 2023-10-18.