Universiti Terbuka Malaysia
Open University Malaysia | |
Moto | Universiti Untuk Semua |
---|---|
Moto dalam Bahasa Melayu | University for All |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 2000 |
Canselor | Tun Jeanne Abdullah |
Naib Canselor | Prof Dr Ahmad Izanee Awang |
Pro-Canselor | Tan Sri Dato' Azman Hashim |
Lokasi | Kelana Jaya , Petaling Jaya |
Kampus | Urban |
Warna | Biru, dan Perak |
Nama samaran | OUM |
Laman sesawang | http://www.oum.edu.my/ |
Universiti Terbuka Malaysia ataupun Open University Malaysia merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Universiti ini menjalankan pendidikan jarak jauh, pengajian secara dalam talian atau bersemuka. Universiti ini lebih menumpukan kepada pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara separa penuh.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) merupakan sebuah Universiti Terbuka pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan dan dimiliki oleh Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) Sdn. Bhd. iaitu gabungan atau konsortium 11 universiti Institut Pengajian Tinggi Awam Utama di Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama menggunakan kaedah 'ODL' (Open Distance Learning) secara interaktif.[perlu rujukan]
Kini, Universiti Terbuka Malaysia mempunyai ebih 40 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Universiti Terbuka Malaysia
- Rencana mengenai Universiti Terbuka Malaysia
- Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd
- Universiti Terbuka Malaysia Sabah
- Virtual OUM student club
- UNESCO Asia Pacific Open and Distance Learning Knowledge Base Diarkibkan 2006-05-09 di Wayback Machine
- Malaysian Ministry Of Higher Education Diarkibkan 2006-07-02 di Wayback Machine
- Google Earth Software